MEMULAKAN
PEMANDUAN DENGAN GEAR MANUAL
6. Kalau pasti, angkat tangan. Kalau tak lepas, buat semula.
Ramai yang tertanya-tanya terutama bagi mereka yang
baru nak berjinak-jinak dengan kereta. Bagaimana cara-cara nak memandu yang
tepat. Haa, ni ada beberapa tips untuk korang semua. Lepas baca ni takdalah
korang gelabah atau panik semacam bila berhadapan dengan situasi sebenar nanti.
Cara
hendak menggerakkan kereta.
Tekan
clutch hingga jejak ke lantai dan masuk gear satu dengan cermat dan lembut.
Kaki di pedal clucth diangkat perlahan lebih kurang 60% sehingga terasa badan
kereta bergegar hendak bergerak, tambah sedikit minyak dan kawallah kelajuan
dan stereng anda. Bila sudah stabil dan meter mencecah ke 20km - 25km, tukarlah
kepada gear 2 dan meter mencecah ke 30km - 35km, tukar ke gear 3, meter
mencecah ke 4okm tukarlah ke gear 4 dan seterusnya tukarlah ke gear 5 mengikut
kelancaran jalanraya.
Cara hendak mengelakkan dari enjin mati setelah gear dimasukkan
Jangan
angkat pedal clutch secara mengejut dan pastikan kelajuan kereta anda
telahstabil barulah penukaran gear dilakukan atau pedal clutch dilepaskan dengan
perlahan.
Jika
hendak berhenti atau mengekori kereta yang terlalu perlahan sehingga meter
turun dibawah 30km, tekan pedal clucth dulu baru tekan pedal brek. Untuk mengelakkan anda kelam kabut kerana kurang
mahir.
Bila
kereta berhenti pastikan tekan pedal clutch sehingga jejak ke lantai dan pedal
brek. Sebelum mengangkat kedua-dua kaki, anda wajib freekan gear dulu dan tarik
hand brek.
PARKING 3 PENJURU
1.
Pusingan tiga penjuru adalah olahgerak terakhir dalam ujian bahagian 2 untuk
ujian memandu kereta selepas ujian mendaki bukit dan ujian meletak kereta
secara masuk belok.
2.
Berhati-hati untuk olahgerak terakhir ini untuk memastikan anda boleh lulus sepenuhnya untuk
ujian bahagian 2.
3. Ini adalah kerana jika anda kurang berhati-hati kemungkinan anda gagal dan akan menyebabkan anda gagal keseluruhan ujian bahagian 2.
3. Ini adalah kerana jika anda kurang berhati-hati kemungkinan anda gagal dan akan menyebabkan anda gagal keseluruhan ujian bahagian 2.
4.
Risikonya ialah anda perlu membuat ujian ulangan bahagian 2 dan anda wajib menjalani semula
ujian mendaki bukit dan ujian meletak kereta secara masuk belok
walaupun sebelum ini anda sudahpun lulus kedua-dua olahgerak ini.
5.
Selepas keluar dari petak meletak kereta secara masuk belok ( side parking), anda
terus menuju ke dalam petak tiga penjuru ini.
6. Pandu
kereta anda bergerak lurus di sebelah kiri mengikut anak panah masuk dan
sebaik cermin sisi sebelah kiri sama lurus dengan tiang no.2 di sebelah
kiri anda, pusing stereng habis ke kanan dengan pantas.
7.
Berhenti di hadapan tiang sebelah kanan anda dan pastikan kereta anda tidak melepasi garisan
kuning dan tidak melanggar atau menyentuh tiang itu. Pastikan juga stereng
selari dengan tiang di tengah dan tayar hadapan dalam keadaan menegak.
8.
Pastikan kereta anda tidak bergerak ketika ini. Pusing stereng sampai habis ke
kiri dan masukkan gear reverse, lepaskan clucth perlahan2 barulah boleh undur
terus ke belakang dan tidak boleh menyentuh atau melanggar tiang belakang
serta belakang badan kereta tidak boleh terkeluar dari garisan
kuning. Panduannya mudah semasa mengundur
kereta anda tengok anak panah masuk dan sebaik anak panah itu lurus kearah
anda, terus berhenti. Bermakna kereta anda tidak akan terlanggar tiang
belakang. Cuba praktik dan perhatikan.
9. Pastikan
kereta anda tidak bergerak ketika ini. Pusing stereng sampai habis ke kanan
dan masukkan gear 1. Terus bergerak keluar mengikut anak panah keluar dan
letak semula kereta dimana anda bermula.
Untuk
info:
Pastikan hanya
tiga pergerakan sahaja dibenarkan ketika masuk, berada dalam petak
dan keluar dari petak. Anda tidak dibenarkan berhenti-henti di pertengahan di
setiap pergerakan. Jika enjin kereta mati tiba-tiba semasa berhenti, pastikan
tekan brek danfreekan gear barulah hidupkan semula enjin kereta anda. Masa
yang dibenarkan dari mula anda masuk hingga keluar dari petak ini tidak
melebihi 3 minit.
SIDE
PARKING
1. Anda
hanya dibenarkan untuk membuat ujian side parking atau meletak kereta
secara masuk belok hanya selepas lulus ujian mendaki bukit.
2. Pandu
kereta bergerak lurus ke hadapan dan sebaik-baiknya jarak cermin sisi kiri
dengan tiang pertama lebih kurang 3 kaki.Tidak terlalu dekat dan tidak
pula terlalu jauh dari tiang.
3. Toleh
ke kiri arah cermin tingkap tiga segi di bahagian penumpang kiri. Berhentikan
kereta sebaik anda nampak tiang pertama berada di tengah-tengah cermin itu.
4. Tekan
clutch & masukkan gear reverse.
5. Pusing stereng ke kiri sampai habis.
6. Lepaskan clutch perlahan2, mula undur perlahan-lahan dan lihat melalui cermin sisi sebelah kanan. Kira tiang yang anda nampak didalam cermin sisi dan berhenti sebaik badan kereta sudah sama lurus dengan tiang no.7.
5. Pusing stereng ke kiri sampai habis.
6. Lepaskan clutch perlahan2, mula undur perlahan-lahan dan lihat melalui cermin sisi sebelah kanan. Kira tiang yang anda nampak didalam cermin sisi dan berhenti sebaik badan kereta sudah sama lurus dengan tiang no.7.
7. Pusing
stereng sebanyak 2 kali ke kanan. Undur kereta dan lihat kedudukan
tayar belakang sebelah kanan berada di atas garisan kuning. Berhenti.
8. Pusing
stereng ke kanan sampai habis dan undur sehingga kereta betul-betul masuk
ke lot Parking. Lihat tayar hadapan sebelah kanan dan berhenti sebaik
tayar itu sudah berada di atas garisan kuning. Jangan langgar tiang hadapan.
9. Tekan brek, freekan gear, tarik hand brek & angkat tangan sebagai tanda anda telah berjaya meletak kereta dengan betul.Tunggu isyarat dan arahan pegawai penguji untuk anda keluarkan kereta dari petak.
9. Tekan brek, freekan gear, tarik hand brek & angkat tangan sebagai tanda anda telah berjaya meletak kereta dengan betul.Tunggu isyarat dan arahan pegawai penguji untuk anda keluarkan kereta dari petak.
10.
Masukkan gear reverse. Pusing stereng 2 kali ke kiri. Gerakkan kereta berhati-hati.
Lihat tayar hadapan sebelah kanan dan berhenti sebaik tayar berada diatas
garisan kuning.
11.
Pusing stereng ke kanan sampai habis dan masukkan gear 1. Terus keluar
berhati-hati jika anda mahir. Sekiranya anda tidak berapa mahir. Berhenti
dahulu sebaik tiang no. 1 berada di tengah-tengah pintu penumpang kiri anda.
12.
Pusing stereng 3 1/2 kali ke kiri dan terus keluar.
Untuk
info:
Masa yang
diberi dari mula anda hendak bergerak masuk dan sehingga anda keluar dari
petak ialah tidak boleh melebihi dari 5 minit. Kebiasaannya ketika hari
ujian, kebanyakan pelajar hanya mangambil masa kurang dari 2 minit.
Syarat utama untuk mengelakkan anda gagal ialah:
1. Jangan
sentuh atau langgar mana-mana tiang walaupun tiang tidak jatuh atau
tiang bergoyang.
2. Badan
kereta mesti berada di dalam petak dan tidak boleh terjulur keluar melebihi garisan.
3. Tidak
melebihi masa 5 minit.
4. Tidak
berlaku sebarang kemalangan.
MENAIKI
BUKIT
1.
Mulakan gear 1.
2. Gerak perlahan2.
3. Apabila side mirror menghampiri palang pertama, cepat2 tekan clutch & break kaki.
4. Tarik hand brake & freekan gear.
5. Lihat keluar sama ada tayar depan cecah pada line kuning.
-Tayar mesti berada paling kurang 50% didalam garisan kuning.
2. Gerak perlahan2.
3. Apabila side mirror menghampiri palang pertama, cepat2 tekan clutch & break kaki.
4. Tarik hand brake & freekan gear.
5. Lihat keluar sama ada tayar depan cecah pada line kuning.
-Tayar mesti berada paling kurang 50% didalam garisan kuning.
-Tayar
tidak boleh melebihi 50% keluar dari garisan kuning. Keadaan ini
menyebabkan
anda terus dianggap gagal.
-Ketika berhenti di garisan kuning, brek tangan tidak ditarik dengan betul
menyebabkan kereta berundur dan tayar terkeluar dan menjadi kurang
50%
masuk ke garisan kuning.
6. Kalau pasti, angkat tangan. Kalau tak lepas, buat semula.
MENURUNI
BUKIT
1. Masukkan gear 1.
2. Tekan minyak sampai 2.5
3. Lepaskan clutch perlahan2 sampai terasa kereta bergerak ke depan.
4. Lepaskan hand brake.
5. Kereta akan meluncur ke hadapan secara automatik.
6. Perlahankan kereta sebaik menuruni bukit.
1. Masukkan gear 1.
2. Tekan minyak sampai 2.5
3. Lepaskan clutch perlahan2 sampai terasa kereta bergerak ke depan.
4. Lepaskan hand brake.
5. Kereta akan meluncur ke hadapan secara automatik.
6. Perlahankan kereta sebaik menuruni bukit.
24 Ulasan
yang ni guna pakai kereta Viva :D