Hai, rindu saya tak ? kalau rindu rajin-rajinlah baca tulisan saya. Kalau tak rindu pun, korang wajib juga baca tulisan saya. Mengapa ? kerana ia perkara wajib yang saya wajibkan untuk korang. hehe. so, korang harus selalu rajin datang melawat blog ini. wokey ?
Ni haaaaa, saya mau kongsi kisah lawatan saya ke Rumah Terbalik Sabah atau pun dalam bahasa Mat Sallehnya adalah Upside Down House. Terbalikkan duniamu ketika melawat rumah ni hehe. Ia terletak di Tamparuli, Sabah dan merupakan rumah terbalik yang pertama di Asia Tenggara dan rumah terbalik ni hanya ada lima buah di dunia ( 3 buah di Eropah dan 1 di Jepun ). wow ! teruja tak. Kalau teruja, pergilah melawat sendiri. Pengalaman terbaik adalah dengan menikmatinya sendiri tanpa perlu mendengar cerita orang lain.
Semua perabot didalam rumah itu berada di atas kepala kita. Pening ? guide tu cakap kalau korang pening tu maknanya korang ada penyakit tinggi diri. oppss tinggi darah. Kalau korang mau tau korang ada penyakit tu tanpa perlu jumpa doktor, silalah melawat Rumah Terbalik Sabah. Syukur saya tak pening pening lalat.
Rumah Terbalik ni dibuka seawal jam 7 pagi hingga jam 7 malam. Istimewanya rumah ni kerana ia terbina sebagai mesra pengguna termasuk orang kurang upaya (kerusi roda boleh digunakan semasa melawat). Ia boleh dilawati oleh seluruh lapisan masyarakat dari seluruh dunia. Untuk pengetahuan korang juga Rumah Terbalik Sabah ni telah dimasukkan didalam Malaysia Book of Records kerana keunikan dan ciri-cirinya yang semenangnya awesome ! hebat kan. kalau tak hebat manalah dapat masuk dalam buku rekod Malaysia kan..
Inilah wajah rumah terbalik |
Hebat tak saya angkat kereta ni |
Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 , tidak lengkap rasanya kalau korang melawat Sabah tetapi, tidak memasukkan senarai Rumah Terbalik sebagai destinasi lawatan korang.
Kereta pun terbalik tau |
Arrgghhh, macam mana mau buat pelaburan ni |
1 Ulasan