Legoland, sebuah nama yang
segera menari di benak dan terlontar di mulut, apabila seseorang menanyakan
pada saya jika beruntung diberikan kesempatan jalan-jalan ke Johor , tempat
mana yang akan saya datangi dahulu ?
Jawapan pasti Legoland. Sebenarnya ini bukan kali pertama saya menjejakkan kaki ke negeri ini. Dulu datang ketika remaja (remajalah sangat :p), Legoland baru dalam rancangan pembinaan. Waktu tu hanya sempat ke Taman Mini Asia, Johor dan beberapa tempat lain.
So, kali ni saya ke Legoland sempena menyahut seruan kerajaan untuk bercuti dalam negara dan Tahun Melawat Malaysia 2014. Sebuah percutian keluarga yang santai 'keinginan jadi realiti' .
Legoland Malaysia merupakan sebuah taman tema yang dibuka di Nusajaya, Johor, Malaysia pada 15 September 2012. Taman tema ini juga menyediakan lebih 40 tunggangan interaktif, persembahan dan tarikan. Ia juga merupakan taman tema Legoland yang pertama pernah dibuka di Asia semenjak penubuhannya.
Menjadi penawar gelisah saat ketegangan demi ketegangan hidup datang mendera. Cubalah untuk berhenti sejenak dari aktiviti harian, jalan-jalan di Taman Tema Legoland sambil menyaksikan orang lalu-lalang didepan mata atau melihat lego-lego yang tersusun indah dan kreatif. Paling best, silalah mencuba untuk naik roller coaster. Kenapa Roller Coaster ? kerana ia merupakan salah satu tempat dibenarkan untuk menjerit sekuat hati tanpa ada larangan. Untuk menghilangkan segala rasa tekanan bekerja, roller coaster permainan paling sesuai. Saya sangat suka roller coaster dan selalu teruja bila menaiki roller coaster. Kisah Roller Coaster akan ditulis pada entri lain. Nantikanlah ! nantikanlah ! haha.
23 Ogos 2014 , saya beserta adik-beradik, mami dan niece menghabiskan pagi ke petang dengan seribu satu cerita bersama Legoland. Sungguh asyik hingga nak datang sekali lagi. Yuran masuk tak perlu ceritalah. Namanya Taman Tema bertaraf dunia, yuran pasti berkelas-kelas gitu. Sekali-sekala, ok la. Kalau berkali-kali tu, alamatnya bankraplah. Hehe. Tu baru yuran masuk, belum bajet beli makanan di dalam tu…harganya berlipat kali ganda dan saya sedia maklum sejak azali hal-hal seperti itu. Asal namanya pusat pelancongan, harganya automatik akan berlipat ganda. Pilihan ada ditangan anda. Kalau terasa duit tu mudah sangat dicari, tak salah menghabiskan duit disana sekali-sekala. Haha…dan kami mencubanya. Makan itu, minum ini, beratus-ratus melayang. Menyesal ? tidak. Duit boleh dicari, pengalaman sukar dicari. Cewah, egoistikkah statement ini ? Sila jangan terpengaruh, berjimat-cermat adalah amalan terpuji.
Tulisan berhenti, tiba waktunya gambar bercerita - Percutian ke Legoland , Nusajaya Johor .
My Team |
Teruja ? saya sangat teruja ! |
di China ? hehehe |
Eye On Malaysia |
0 Ulasan