Hidup
adalah perjalanan yang penuh dengan rahsia. Tidak ada orang yang tahu akan masa
depan mereka, manusia hanya mampu merencanakan, berusaha mewujudkan rencana
mereka dan berharap akan hasil dari kerja keras mereka.
Setiap
yang dilakukan harus teratur dan berkualiti jika mahu hasilnya ‘wow’ gitu…hehe.
Bertemu kembali dalam tulisan saya kali ni. Waktu ni cuaca agak mendung. Cuaca
yang indah untuk memulai segala hari. Mendung bukan beerti nantinya akan hujan
juga, tak bermakna nantinya akan panas. Mendung adalah sebuah tanda tanya buat kita …..what next….hujan
atau panas.
Eiits…terlanjur menggunakan kata-kata Josh Kaufman. Sebenarnya saya mahu memberitahu yang saya telah menang Set Produk Kecantikan Hesta bernilai RM250 daripada Hesta Onestopbeauty .
Set Produk HESTA bernilai RM250
Daripada ramai-ramai yang join contest tu, tak
sangka pula saya terpilih. Ini memang ‘WOW’ gitu.. Terima kasih Hesta
Onestopbeauty kerana memilih saya yang jelita ini sebagai pemenang. Haha ..ada
rasa meluat dan mual-mual tak ketika membaca tulisan ini ? kalau terasa nak
muntah, silalah ke laut atau panjat pokok dan muntah banyak-banyak. Tulisan ini
tetap tidak akan terpadam. :P
Bila
rezeki nak datang, ia pasti akan datang dan ia disebut berkat. Berkat itu indah
dan manis. Semua orang sukakannya. Dan sempena hari bapa yang lalu, saya ada
ikut peraduan anjuran MUJI Malaysia
. Saya tercalon sebagai 5 pemenang dan berjaya mendapat Voucher RM500 dari http://www.muji.com/ .
Walau
bagaimanapun, hadiah ni saya belum ambil lagilah kerana ia terletak di Kuala
Lumpur sedangkan saya berada jauh di Mongolia. So, terpaksalah ia diambil pada
bulan September ini oleh kerabat saya.
Hadiah
datang silih-berganti namun, ia tak datang bergolek tau…..ia datang dengan
usaha. Tanpa uasaha maka, jeles pun tiada gunanya. Kerana itu saya selalu
memegang kata-kata ini ‘Jika cemburu , mengapa tidak kau sendiri melakukannya ?’
…kepuasan sejati adalah apabila mendapat apa yang kita inginkan dengan hasil
usaha kita sendiri.
Oya,
saya turut menang Voucher RM100 Parkson dari Proton sempena Hari Ibu. Voucher
tu sudah saya tebus dengan barang-barang Parkson. Tadaaa….antaranya adalah Ironman ...
Demikianlah
rentetan kisah dipagi tanpa sinaran matahari dan ini juga merupakan hari
terakhir saya bekerja untuk minggu ini. Esok saya akan bercuti . Yahooooo
Yabedooo !
2 Ulasan