Hola fella, kembali beraksi
di medan penulisan. Eiits.. sebenarnya si empunya blog ini memang punya penyakit kronik yang menjadi
musuh terbesar manusia: kemalasan yang berlimpah. Tapi itu hanya salah satu
penyebab, dan ini bukan sekadar mencari alasan.
Semakin saya menulis,
semakin saya merindui suasana farmstay itu. Malam yang sangat sejuk, dan
mustahil bertahan tanpa baju tebal atau tidur nyenyak. Cerita pasal tidur,
sangatlah best dengan suasana sejuknya. Penghawa dingin asli dari pergunungan.
Angin bertiup dengan siulan mesra meski kadang-kala ia menakutkan juga. Siapa
tahu bunyi-bunyi angin itu menjadi ganas dan …… ggrrrrr ! Namun, itu adalah
biasa bagi tempat seperti itu.
Homestay ini dilengkapi dengan alat-alat kelengkapan
rumah. Dengan senang hati saya memperlihatkan segala isi bilik tempat saya dan
kawan-kawan saya tinggal hari itu. Lengkap tanpa perlu rasa khuatir apa pun.
Takut akan air yang sejuk ? no worries, kerana ada heater turut disediakan.
Lapar, silakan masak Maggie haha…..ada kettle, rice cooker, mini fridge dan dimata
saya ia adalah sempurna untuk sebuah tempat percutian yang tenang.
Difahamkan juga, Hounon
Farmstay turut memiliki air terjun disekitarnya . Jika hendak ke sana hendaklah
menggunakan perkhidmatan guide dan perlu membayar RM20. Namun, ia adalah free
jika tanpa guide. Sesat ? atau anything happens itu sendiri tanggunglah kaaaan
:D . So, the best is keluarkan sedikit nilai ringgit anda dan pergilah bersama
dengan guide.
Tempat ni memang sesuai bermanja-manja dengan kehidupan. Tanpa perlu bekerja membanting tulang. mencari nafkah. Tanpa perlu bangun seawal jam 5 pagi. Hanya sukacita mewarnai wajah. Penuh sukacita !! Penuh bahagia !!
Tempat ni memang sesuai bermanja-manja dengan kehidupan. Tanpa perlu bekerja membanting tulang. mencari nafkah. Tanpa perlu bangun seawal jam 5 pagi. Hanya sukacita mewarnai wajah. Penuh sukacita !! Penuh bahagia !!
Short vacation ini turut
menyimpan objektif mengeratkan hubungan sesama keluarga dengan mengadakan
fellowship bersama. The best moment in our life is the moment when we are loving
God from the bottom of our heart and with our whole heart. To love God is the best thing that we can do
in our entire life :) .
2 Ulasan
pujilah lagi, pujilah lagi...hahahha