Air
terjunnya memang indah luar biasa. Itu dimata saya. Dimata kamu ? saya tidak
tahu. Saya memuji bukan kerana itu tempat saya bermain-main dahulu tetapi itu
memang realitinya. Ia indah dan nyaman.
Jarak
Air Terjun Kionsom dengan rumah saya tidaklah jauh bahkan, dengan berjalan kaki
pun boleh sampai dalam masa 15 minit. Tertakluk pada kelajuan kaki anda. :)
Suatu ketika hampir disetiap minggu, kaki ini pasti ke air terjun itu. Lagi
pula untuk masuk ketempat itu ia adalah percuma bagi orang kampung sekitarnya.
Orang
luar, kena bayar ^^ hoho.
Air
Terjun Kionsom ini telah diwartakan sebagai hutan simpan dan memusnahkan atau
merosakkannya dalam apa cara sekalipun adalah dilarang sama sekali. Ia adalah
khazanah alam yang perlu dipelihara dan dipulihara sebagai warisan anak cucu
generasi akan datang.
Sekarang
kawasan ini banyak kemudahannya berbanding beberapa tahun dahulu. Jika dahulu
tangga-tangga simen tidak ada, tapi itu lagi menarik rasanya. Lebih mencabar dan lebih terasa alam semulajadinya. Namun,
memandangkan air terjun Kionsom dilawati oleh semua peringkat umur, maka
kemudahan-kemudahan seperti tangga adalah diperlukan demi menjaga keselamatan
pengunjung.
Air Terjun Kionsom mempunyai tujuh tingkat semuanya. Paling best tingkat paling atas tetapi perjalanan ke tingkat itu harus melalui denai jalan yang agak curam dan masuk hutan. Tempatnya agak sunyi dan jarang orang sampai kesana. Kalau mahu privacy atau malas bercampur dengan orang ramai, bolehlah mencuba air terjun tingkat paling atas. Airnya lebh sejuk dari air yang ada ditingkat bawah. Kenapa ? kerana air diatas belum tercemar dengan daki-daki mandian orang ramai....hahaha... saya suka tingkat paling atas tapi, perjalanan menuju tingkat itu bermakna anda berpotensi untuk ditemani pacat.
7 Ulasan
@sha ~ RM1.50 jak... jom la dtg sini..sy bleh guide hehe :P
1 org...:O
hehe