Semua kejadian itu
bukanlah suatu kebetulan dan saya bersyukur pernah melewati beberapa hariku
ditanah Korea Selatan termasuk kota kedua terbesar setelah Seoul iaitu, BUSAN. Seakan
ada pencapaian memenuhi dada remajaku kala itu. Suatu perasaan yang sukar
digambarkan dengan tulisan semata dan terlalu payah pula bila menceritakannya
secara lisan. Suatu rasa yang indah dinikmati ketika melawat negara idaman
manusia itu dan jika berpeluang saya selalu ingin kesana lagi.
Jika melihat kepada
senarai pelancongan yang terdapat di Busan, ada banyak destinasi menarik yang
boleh dilawati. Ketika masuk keperut bumi kota Busan, tidak banyak tempat yang
saya kunjungi dan itu cukup membuat alasan untuk datang ke Korea Selatan sekali
lagi.
Busan
merupakan
kota ke dua terbesar Korea Selatan
setelah Kota Seoul. Busan terletak di tenggara Korea Selatan dan dikenal
sebagai kota pelabuhan. Busan pernah menjadi tuan rumah ASIAN GAMES 2002 dan
tuan rumah PIALA DUNIA FIFA 2002. Hakikatnya mata tak puas memandang Busan dan
hati pasti memekar dengan cinta saat ada dikota ini.
Jom, kita kita
berkenalan dengan kota Busan!
Apa yang Menarik di
Busan ?
Tangga
dan Nama Kawasan
Korea Selatan terkenal
dengan subway dan subwaynya dipenuhi dengan tangga . Busan tidak terkecuali
dari keadaan itu. Diatas kesibukan jalanraya, perlu diingat dibawah jalanraya
tersebut juga sedang sibuk dengan pelbagai aktiviti hariannya seperti aktiviti
jual-beli. Mungkin penduduk Korea suka pada tangga atau itu salah satu cara
mereka kekal langsing dan fit ? Lagi
satu, tangga-tangga itu akan membawa kita kepada destinasi-destinasi yang
berbeza. Oleh itu, anda kena pandai baca tulisan Korea kerana kebanyakan tulisan
adalah tulisan korea. Jangan sesat,
sudah ! hehe
Dan yang pastinya
ketika berada di Busan, kita harus mengingat nama-nama tempat yang ada.
Kebanyakan nama-nama tempat adalah mirip dan itu sangat mengelirukan.
Kecualilah kamu itu peminat K-Pop dan mengingat nama-nama Korea itu tidak
menjadi masalah sangat. Contohnya, Yangsan dan Jangsan adalah dua nama tempat
yang berbeza namun, jika tidak didengar dengan betul ia seakan-akan sama. Kalau
ikut tour guide tidak jadi masalah,
tetapi kalau menjelajah sendirian itu saaaaaaaaaangat berbahaya. Hehe . Silap
sikit, kita tersadai ditempat lain tapi itulah keistimewaannya. Geurae (그래)?
Haeundae Beach
Pantai Heundae ialah
pantai yang paling popular di Korea. Pantai ini terletak di antara Bukit
Dalmaji dan Pulau Dongbaekseom.
Seantareo
Korea Selatan mengenal tempat ini sebagai salah satu destinasi pelancongan yang
wajib dilawati. Jangan tidak tahu, Haeundae Beach merupakan destinasi pelancongan paling menarik di Busan. Pantai ini pernah masuk Guiness Book of Records
sebagai pantai dengan payung terbanyak di dunia. Pantainya bersih dan ditepi
pantai banyak bangunan pencakar langit dan yang pasti juga, dipantai ini ada
banyak tetamu yang bernama burung merpati
siap menyapa para manusia yang ada disitu.
Pantai yang berbentuk
bujur dan mempunyai pasir yang putih ini sangat cantik. Ia dilengkapi dengan
hotel, spa, kasino, dan fasiliti rekreasi. Pelbagai aktiviti kebudayaan, sukan,
pertandingan dan perayaan dianjurkan pada setiap musim.
Selain menjadi salah
satu pantai terbesar di Asia, Haeundae
Beach turut digunakan sebagai lokasi penggambaran Filem Tsunami. Sebuah filem
yang penuh emosi dan airmata. Ia juga merupakan tempat shooting filem Haeundae (2009). Melawat Busan tidak lengkap rasanya jika tidak
berpetualang ke Haeundae Beach.
Penggemar Seafood ? Pasar Ikan Jagalchi ada segalanya !
Pasar Jagalchi atau
Jagalchi market adalah pasar seafood terbesar di Korea. Jagalchi
market adalah salah satu landmark kota Busan dan sangat terkenal diseluruh
Korea Selatan. Jika anda mengunjungi tempat ini, anda akan mendapatkan ikan
segar mentah di pasar kerana pasar ini berada tepat di sebelah pelabuhan Busan.
Pasar Ikan Jagalchi
yang menempatkan lebih daripada 480 kedai, ia merupakan salah satu daripada
mercu tanda Busan. Ia merupakan pasar makanan laut terbesar di Asia Timur.
Pasar ini terletak di
antara Chungmu-dong dan Nampo-dong. Mengunjungi Pasar Jagalchi ini seperti
melihat sebuah akuarium yang besar dengan pelbagai jenis ikan di dalamnya.
Mungkin ada di antara ikan-ikan belum pernah anda lihat atau kenali. Jadi
inilah tempat yang sesuai untuk pengunjung mengenal dan berkenalan dengan
ikan-ikan . Jom ke Busan dan berkenalan dengan ikan-ikan hehe.
Taman
Taejongdae
Taman Taejongdae berada
di hujung selatan Busan. Nama Taejongdae berasal dari nama Raja ke 29 dari
Dinasti Silla (berkuasa dari 57 SM – 935). Sang raja sangat gemar
berjalan-jalan tetapi, inilah tempat yang paling beliau sukai.
Di bawah mercu di
tempat peristirahatan ini, terdapat sebuah karang yang dikenal dengan nama Karang Sinseon. Nama ini diambil dari
mitos bahawa para dewa dan dewi datang ke tempat ini untuk beristirehat. Dibatu
ini terdapat seorang tokoh yang disebut sebagai Mangbuseok. Nama ini diambil
dari seorang perempuan yang menunggu kedatangan kembali suaminya yang dibawa ke
Jepun. Dengan penuh kesetiaan dia menunggu suaminya pulang. Waktu terus
berjalan, namun sang suami tercinta belum juga pulang, tetapi dengan segala
kesetiaannya dia tetap menunggu sampai pada akhirnya dia meninggal dan berubah
menjadi batu.
Cerita ini memberi
inspirasi bagi mereka yang sedang ditinggal pergi oleh sang kekasih untuk tidak
berpaling dan tetap setia menanti kedatangannya kembali. Selain lagenda-lagenda tersebut, Tajongdae juga dikenal sebagai tempat
untuk memohon hujan. Ritual ini dilaksanakan ketika terjadi musim kering, dan
hujan yang turun pada tanggal ke 10 bulan Mei disebut sebagai Hujan Taejong.
Selain itu, di sini juga terdapat Tebing Bunuh Diri (Suicide Rock), ini adalah tempat
dimana anda dapat menikmati terpaan angin lembut bersama keluarga, kekasih atau
rakan-rakan.
Gwangalli Beach & Gwangan Bridge
Pantai Gwanganli ini
berhasil memadukan eksotisme alam dan kreativiti manusia menjadi daya tarikan pelancongan yang
luar biasa. Mungkin kita biasa dengan pantai dan matahari terbenam, tetapi itu
bukan tarikan utama pantai ini. Kala Matahari beransur hilang, maka pantai ini akan
semakin hidup dan menggoda. Ia digelar ''Café Town''.
Beberapa kafe menyediakan live music untuk menghibur pengunjung. Anda boleh membawa tikar
atau kain dan melapikkan kain atau tikar tersebut dipantai dan berbaring atau
bersantai diatasnya (ala-ala orang puteh
gitu). Bersantai dengan cara sederhana di tepi pantai Gwanganli pasti sangat menyenangkan dan hilang segala stress. Saya rindu melakukan cara ini.
Berbaring sambil menghirup jus dan melihat para manusia menjalankan aktiviti
santai mereka. Aaaaahhh, ia pasti hebat dan menyenangkan .
Tak hanya itu, mata
anda juga akan dimanjakan dengan lampu-lampu yang menjadi sensasi kala melihat jambatan Gwangan yang membelah pantai.
Keindahan lampu aneka warna inilah yang menjadi alasan utama mengapa pantai ini
begitu mempesona di malam hari. Gwangan
bridge yang terbentang sepanjang 7.42 km diatas laut tersebut menjadikan
bangunan ini merupakan jambatan terpanjang di Korea. Mulai dibangun pada 1994
dan siap pada 2002, Gwangan bridge kini turut menjadi landmark kota Busan.
Kalau anda hendak ke
Busan pada bulan Oktober, pastikan anda mengizinkan kaki anda melangkah ke Gwangalli
Beach untuk melihat Busan
Fireworks Festival. Pasti ada pengalaman baru anda perolehi disini. Kalau
anda tidak dapat apa-apa pengalaman, itu bermakna anda bukan manusia.
Busan
Tower
Busan Tower yang berada
di dalam taman Yongdusan ini memang tidak setinggi Seoul Tower namun karena
udara Busan yang masih bersih dan bebas dari pencemaran membuatkan pemandangan seluruh kota dapat
dilihat dengan jelas. Menara yang menjadi landmark kota Busan ini dibangun pada
tahun 1973.
Sebagai kota pelabuhan
tersibuk kelima di seluruh dunia, di menara ini kita dapat menyaksikan kapal
kargo sedang beroperasi. Pelabuhan ini tidak pernah sepi dan panorama kota pada
malam hari adalah sangat indah. Dari sudut ini terlihat topografi Busan yang
beraneka ragam. Ada pergunungan kapur, lembah yang luas, bukit-bukit, pesisir
pantai dan banyak lagi. Di bukit-bukit itu terdapat kuil-kuil yang indah hasil
dari peninggalan kerajaan masa lampau seperti Beomeosa temple. Jikalau cuaca
sangat cerah, anda boleh melihat Pulau Tsushima di Jepun. Ringkasnya, anda
boleh merakam banyak aktiviti harian kota Busan dari ketinggian menara Busan.
Hendak ke Busan, ini
adalah tempat yang tidak boleh tidak dilawati. Sama seperti Menara Kuala Lumpur atau Menara Kembar Petronas
di Malaysia. Wajib dilawati kala bertandang ke Kuala Lumpur. Oleh itu, Busan
Tower pun wajib dilawati kala berada di Busan.
Di Busan juga turut
terdapat Museum of Musical Instruments.
Muzium ini menyimpan koleksi pelbagai instrument muzik dari seluruh dunia.
Selain itu, anda boleh
juga melawat taman Yongdusan yang menjadi tempat berkumpul warga Busan dari
segala usia. Ada permainan kanak-kanak, pedagang makanan dan pemandangan yang
indah, menjadikan taman Yongdusan selalu dikunjungi terutama pada petang hari. Setiap
hujung minggu, taman ini akan dipenuhi oleh manusia kerana terdapatnya pertunjukan
tari tradisional dan kesenian lainnya.
Whoahhhh ! menulis
tempat-tempat menarik diBusan seakan-akan jiwaku turut dibawa ke negara ''Running Man'' itu. Sungguh teruja hatiku
kala menaip tulisan ini. Apatah lagi Korea Selatan merupakan negara kesukaanku
dan kerana itu jugalah saya seringkali menekan nombor 393 atau 391 pada remote
Astro. Ia merupakan channel Korea . :D
Hatiku selalu mahu
kesana . Selalu ingin. Semoga ada peluang kali ke-2 ke negara stylo itu dan
alangkah indahnya jika ia berlaku pada musim winter.
Busan
Korea, kalau melihat gambar-gambar di internet atau di
majalah-majalah pelancongan selalu ada
panggilan hati ingin kesana lagi. Rindu akan suasana diantara ''Saya dan Korea''
! mungkin nanti akan ada cerita tentang ''Saya dan Busan'' . Semoga !
dan Precious Cla. Eh, perasan pulak, tapi kalau mimpi ini jadi realiti maka saya pasti hatiku ini akan menari riang bagai para Kpop Korea. Busan merupakan sebuah kota yang comel dan menarik dengan 1001 macam keunikannya.
1 Ulasan