Tekun mendengar taklimat |
Your
body is sometimes becoming an issue since people expect perfection..
But well, nobody's perfect, you just got to embrace yourself and believe that you are pretty!
But well, nobody's perfect, you just got to embrace yourself and believe that you are pretty!
Ahhh….siapa
pun kamu yang melihat saya berlari-lari kelmarin, abaikan itu. Haha. Saya berlari
tanpa melihat pemandangan. Saya berlari kerana satu misi. Misi menangkap
pengkhianat. September, 01 disambut dengan penuh misi dan tenaga. Yeah !
Oh,
jujur bicara – saya sangat bahagia berlari dibawah teriknya mentari Borneo.
Kejar-mengejar macam inspector A.Galak mengejar suspek jahat dalam Gerak Khas
(oh, itu rancangan TV yang sangat glemer zaman dahulu) :D .
You wouldn't BELIEVE
what i'm about to tell you guys! Saya yang agak gendut telah menyertai RUNNING MAN. Wew ! bagai mimpi menjadi
realiti bila terpilih untuk menyertai rancangan ini. Selalunya mata rabun ni
hanya melihat melalui TV , tak sangka
pula kali ni saya sendiri yang dikejar dan mengejar.
Perasaannya –
sungguh, amat luarbiasa. Diusia ini, berlari-lari di khalayak ramai mungkin
agak memalukan. Namun, siapa peduli pendapat orang dan siapa orang lain itu
untuk menghakimi. Atau mungkin orang yang melihat itu sebenarnya juga sedang mencemburui
larian kami ditengah panas bagai tak punya masalah? saya berpendapat bahawa
mereka sedang cemburu unta. Ingin namun, tak mampu berbuat demikian hahaha.
Running
man Malaysia terbuka kepada
semua peringkat umur. Kalau laju, lagilah dialu-alukan menyertainya. Kalau
bijak, lagilaaaaaaaah dipersilakan dengan segala hormatnya join running man.
Kalau ada penyakit sesak nafas, awal-awal diberi amaran ‘JANGAN‘ cuba-cuba
join. Silap sikit, hospital menjadi destinasi percutian anda. Apa pun, saya merupakan
seorang yang sihat walafiat dalam dan luar.
Jom tengok cabaran pertama dan siapa pesertanya. Chak ! lihatlah, anak kecil juga turut menjadi pesertanya.....
Harus peka terhadap semua arahan |
Siap menyahut cabaran |
Buat baik-baik, kalau tidak kita kalah :D |
Running
man versi Borneo
ni berada dibawah pimpinan puteri cantik yang nakal namun, sedikit pemalu
(eh, pemalukah?) . Haha. Merekalah yang telah bertungkus-lumus menyiapkan
permainan ini. Nampak mudah namun, saya pasti untuk merealisasikannya adalah
sukar dan memerlukan ketekunan. Terima kasih kepada cik Florina dan rakan
selfienya yang setia, cik Bee Aiko (satu dari Jepun dan yang seorang lagi dari
Korea Selatan). Namun, mereka sangat fasih berbahasa Malaysia. :D
Pengacara Program - mahu tahu lebih lanjut pasal dorang ? sila google |
Cabaran ni agak susah walaupun, saya pernah diajar oleh Beckham |
Kuda-kuda ? Oh....kudaku lari gagah berani... :D |
Seperti yang saya katakan
diawal entri ini, cuaca waktu itu sangat bersahabat dengan kami. Si matahari
memancarkan aura cahayanya dengan sangat bermaharajalela. Panas sekali namun,
sekali-sekala menikmati rasa panas itu, tidak apa-apa. Kulit menjadi gelap,
masih banyak sahabatnya berbanding dnegan hati menjadi gelap. Oleh itu,
janganlah menjadi takut apabila kulit menjadi gelap tetapi, takutkalh jika
hatimu bertukar menjadi gelap segelap malam tanpa pelita. Orang seperti itu,
tidak layak disebut teman. (eh, apa saya tulis ni? *pesanan merdeka* hehe)
Sebenarnya saya
kurang pandai menceritakan semua perasaan saya pada tulisan ini, apatah lagi
jika menceritakannya melalui mulut. Saya agak lemah dalam bahagian penceritaan
lisan. (sila ambil perhatian, ini adalah sebuah pengakuan sulit. Hahaha). Saya
selalu suka dan senang membiarkan gambar mengambil bahagian itu. Terserah
kepada anda mahu komen apa ketika melihat gambar-gambar itu. Yang pasti saya
gembira dan bahagia berlari sambil mengeluarkan peluh-peluh jernih yang mungkin
harum bagi sesetengah manusia namun, ''uweeeek'' bagi sesetengah manusia yang
perasan sempurna. :P
Eh, berbalik kepada
cerita utama. Running man merupakan satu misi yang diberikan kepada semua
peserta untuk menangkap si pengkhianat. Dalam misi tersebut kita kena bijak
menjadi detektif dan mengenal pasti siapa pengkhianat didalam kumpulan
tersebut. Sukar memang sukar. Namun, itulah Running Man. Tiada cabaran tanpa
kesukaran. Tiada bahagia tanpa kesulitan. Cewah !
Ketika menulis entri
ini, hatiku tertawan pada kehidupan ini. Terlalu banyak kejutan-kejutan yang
terjadi dan saya menikmatinya dengan sejuta ucapan syukur pada Penciptaku yang
juga telah mencipta kawan-kawanku dan kalian semua. Terima kasih buat
persahabatan yang terjalin. Kalian menjadi bahagian dari tawaku dan juga
bahagian dari rasa sukarku.
2 Ulasan