Perkara paling penting ketika berada dinegara orang lain adalah menjaga kesihatan yang juga bermaksud jangan suka-suka makan makanan aneh atau jika anda was-was tentang makanan tersebut, jangan makan ! Jika tidak dihotellah anda seharian melihat dinding sambil makan hati berulam jantung.
Namun, berjalan tanpa mencuba sesuatu yang tidak pernah anda nikmati sebelumnya, adalah rugi kerana terkadang apa yang kita lalui pada waktu itu tidak mungkin akan kita lalui lagi dimasa akan datang. Peluang-peluang yang hadir tidak selalu ada menemani langkah hidup ini. Meski pun ada ia tidak sama dan ia tidak seronok untuk dinikmati kerana masa dan dengan siapa kita bersama itu tidak sama lagi.
Oyaaa.... ini merupakan kali pertama saya makan makanan di tepi jalan. Gerai makan bergerak oleh bapak tua yang giginya sudah tidak kelihatan didalam mulutnya. Bersih ? saya tidak tahu dan selama ini saya menganggap kebersihan jualan yang seperti ini agak tidak terjamin. Tiada penghalang habuk-habuk atau asap kenderaan yang lalu-lalang dikawasan itu.
Kami dimaklumkan untuk ke Batu Cinta perjalanan itu agak jauh dan perut harus diisi dengan makanan. Ok deh ! kami makan dengan penuh harapan selain kenyang, juga tidak mendapat sakit perut kemudiannya. Doa dan makan itu popularkan ? haha. baiklah doa sebelum makan itu penting .aaaaah, kesihatan dan Tuhan itu sangat sinonim dan normal bagi seorang saya untuk bersyukur sebelum makan. (cewah! terlihat alim namun saya tidaklah begitu agamawi tetapi, tetap punya prinsip bahawa Tuhan saya hebat dan saya bangga memilikinya...gitu! hehe). Percaya saja makanan itu tidak memudaratkan.
Sebenarnya saya masih was-was untuk makan bubur ayam tersebut. Satu suapan kemulut sendiri, suapan kedua juga kemulut sendiri bahkan, sehingga suapan terakhir pun masuk kemulut sendiri. Kalau bukan mulut sendiri mulut siapa lagi (haha). Mula-mula tu, mata saling memandang sesama dan saya faham erti pandangan-pandangan itu. 'bersihkah makanan ini'?
Ternyata, ada diantara kami yang order 2 mangkuk. Rasanya sedap dan hargannya sangat murah. Pertama kali makan ditepi jalan yang kedainya tanpa bangunan tanpa dapur. Penjualnya hanya seorang bapak tua kekurangan gigi namun, penuh usaha membangun diri dan keluarga dengan perniagaan kecilnya. Setengah hari itu perut kenyang hanya dengan semangkuk bubur ayam buatan bapak tua. Tidak sakit dan tanpa mengalami sebarang masalah. Terima kasih sang Pencipta perutku dan juga dia yang menyediakan makanan untuk perutku.
Selesai makan, kami terus bergerak ke Batu Cinta tempat janji cinta sepasang kekasih dimeteraikan diatas batu. cewah ! mahu tahu tempat itu? lokasinya jauh kepedalaman tetapi suasananya sangat indah dan menarik. Terletak di dalam negara Indonesia yang bapak presidennya bernama Jokowi. hehe. :P
0 Ulasan