Saya suka filem Everest dan ingin sekali memiliki buku-buku tulisan para pendaki Gunung Everest seperti The Thin Air, The Climb dan sebagainya, siapa pun dia dan dari mana pun asalnya tulisannya pasti menginspirasikan.
Photo from Ravi's FB |
Filem Everest jika diamati benar, film ini memberikan banyak sekali pandangan
tentang naik gunung, teknik pendakian, teknik survival, teknik persiapan
sampai pengurusan pendakian. Seharusnya para penonton tidak hanya
terkagum melihat bagaimana gagahnya Everest dan berbunga hati
ingin mendaki, lihat juga bagaimana detail dan rapinya pembahagian tugas
yang dilakukan dalam pendakian. Ya, kerana pendakian itu tak semata soal
menggapai puncak.
Kisahnya penuh inspirasi ! |
Pendaki Everest mungkin ramai tetapi, yang berjaya hingga puncak tertinggi boleh dikira dengan mudah. Beberapa tahun yang lalu saya berjaya bertemu dengan pendaki Malaysia yang berjaya menakluki Gunung Everest pada tahun 1997 - M. Magendran , mendaki bersama sebagai satu team ke Puncak Gunung Kinabalu. Saya pernah terbaca satu tulisan berbunyi demikian : Naik gunung adalah olaraga yang paling jujur kerana tanpa penonton''. Mungkin ada benarnya. Tanpa penonton tetapi, tetap melangkah hingga puncak tertinggi.
26 Oktober 2015, saya dan beberapa rakan menghadiri Motivational Talk oleh pendaki negara T. Ravichandran seorang pendaki solo yang telah berjaya menakluk Gunung Everest sebanyak dua kali dan akan mendaki gunung Everest untuk kali ketiga dan tanpa oksigen. whoaaah ! mau join ? hehe ^^ kalau mampu bolehlah cuba-cuba :P
Dalam Motivational Talk ini banyak hal yang dikongsikan bermula dari pengalamannya mendaki gunung-gunung diseluruh dunia, bagaimana dia kehilangan teman-teman disepanjang ekspedisinya menakluki puncak-puncak gunung, mountain sickness and challenge in mountaineering, risiko-risiko yang dialami ketika mendaki dan banyak lagi. Sempat terfikir olehku, untuk apa sebenarnya seorang pendaki mendaki, bersusah-payah bahkan sehingga mengalami risiko kematian.
Jerzy Kukuczka, seorang pendaki Poland yang berjaya menjadi orang pertama yang berjaya menggapai The Crown of Himalayas pernah berkata, ''I went to the mountains and climb them, thats all''. Hanya itu ? oh, sederhana sekali.
Taib Wahab, Deputy President National Tourism Council (NTC) Malaysia bertanya 'apa perasaan korang bila sampai dipuncak gunung? jawapan kami adalah kepuasan. Hanya itu ? yup, hanya itu. Ingin memuaskan diri sendiri. Namun, disepanjang perjalanan menuju puncak pelbagai kisah dan pengalaman berlaku dan itu membuat diri kita semakin baik.
antara yang sempat bergambar ^^ :D |
Bertemu dengan Ravichandran merupakan pengalaman yang indah, mendengar kisah yang menginspirasikan tidak sekadar melalui media tetapi face to face. Saya tidak tahu bagaimana menuliskan semuanya disini. Seorang ikon negara yang berjaya mengharumkan nama Malaysia dipuncak dunia, tidak sombong dan saya berjaya bertemu dengannya. Yeah ! Thanks Mr Ravi. God bless you.
Bersama Ice man Malaysia |
Kisah lanjut tentang Ravi boleh dilihat melalui fan page Challenge Your Summit - Ravi Everest
Sejengkal lebih dekat
Menyentuh langit
Meremas awan
Jika ingin kekal positif, tetaplah bersama dengan mereka yang positif !
Menyentuh langit
Meremas awan
Jika ingin kekal positif, tetaplah bersama dengan mereka yang positif !
0 Ulasan