Benar, saya selalu melihat dokumentari tentangnya ! betapa terkenalnya floating Market di Bangkok dan kalau ke Bangkok tidak sah jika tidak naik perahu sambil melihat jualan disepanjang sungai tersebut. Saya mendengar tentangnya, saya membaca tentangnya..........dan akhirnya saya sendiri menulis tentangnya setelah berjaya menjejakinya.
Kota Bangkok terlalu banyak sajian untuk mata terutama para penggemar shopping dan sungguh, jika dilihat dimana-mana mudah sekali untuk anda mendapatkan sesuatu dengan harga yang murah. Saya membeli bila saya suka dan benda itu dianggap berbaloi untuk saya miliki dan itu cukup membuat anda tahu bahawa saya bukanlah kaki shopping. Saya lebih suka kepada alam dan bersahabat dengannya, menikmatinya dalam hadir jejak langkahku.
Ini bukanlah kehadiran pertama saya dinegara Thailand, ia adalah yang ke dua selang beberapa minggu sekembalinya dari Chiang Mai bertemu gajah dan menyentuhnya untuk pertama kali dalam hidup. mmm....yang penting saya akhirnya berjaya menunggangnya dan menikmati keindahan kumpulan gajah yang bijak.
Damnoen Saduak agak jauh dari Kota Bangkok tetapi agak berbaloi membayar perkhidmatan kereta menuju tempat itu berbanding membuang duit semata-mata untuk melihat show para pondan ditengah kerlipan malam kota Bangkok.
Untuk menaiki perahu di Damnoen Saduak Floating Market, tiket harus ada. Bayaran saya kurang pasti sebabnya kami bayar lump sum RM70 seorang dan itu termasuk transport dari Hotel Baiyoke hingga ke Damnoen Saduak. Bertolak dari hotel selepas sarapan pagi kira-kira jam 7.30 am dan tiba di floating market kira-kira jam 10 am. Jauh memang agak jauh tapi, demi sebuah keinginan dan pengalaman itu bukanlah masalah besar. hehe. bukankah, jauh perjalanan luas pemandangan ? jika demikian kenapa harus difikirkan sangat soal duit dan masa ^^ . Paling penting nikmati setiap peluang yang ada sambil menebarkan senyum pada orang sekitar. Jangan biarkan senyuman kita hanya pada orang terdekat saja, sekali-sekala berikan juga ia pada orang yang kita temukan buat pertama kali...siapa tahu, dia lagi membutuhkanya.
Damnoen Saduak Floating Market atau pasar terapung ni menawarkan banyak sekali pilihan sehingga rambang mata memandang. Namun, harus diingat juga bahawa kawasan ini merupakan kawasan pelancongan dan harga yang ditawarkan terkadang lebih mahal dari barang-barang yang dijual dikedai biasa. Walau bagaimanapun, jika anda bijak tawar-menawar anda pasti mendapat harga yang murah. Jangan terus beli dan berlagak seperti orang kaya yang tak pernah habis duitnya.
Kawasan ini sangat sesak dengan pengunjung dan kebanyakannya adalah orang puteh, terkadang perahu dan boat bergesel diantara satu dengan yang lain. Pengalaman disini memang sangat mengujakan ! oopss, terkadang para peniaga akan menarik perahu yang dinaiki dan menyuruh anda untuk membeli barang jualan mereka. Boleh melihat-lihat barang jualan mereka tetapi, terkadang rasa serba salah setelah melihat dan bertanya tetapi, tidak membeli barang jualan mereka. The best is, jangan bertanya dan cukup melihat dari jauh. Tak perlulah pura-pura berminat untuk membelinya jika hati memang tiada keinginan untuk membelinya. Buang masa para peniaga melayan anda dan menghalang lalu-lintas bot/perahu yang lain. Cukup sekadar senyum dan geleng kepala menandakan anda tidak minat.
Apa pun, pengalaman menaiki perahu shopping di Damnoen Saduak memang hebat ! pertama kali kepasar naik perahu (hehe). Sepanjang hilir sungai penuh sesak dengan peniaga dan bahan jualan masing-masing.
Pemandu perahu kami adalah seorang wanita dan sangat mesra sebenarnya. Masalahnya dia tidak pandai berbahasa inggeris...satu-satunya bahasa inggeris yang dia tahu adalah mango dan itu ketika dia membawa kami mengelilingi kampung air Damnoen Saduak...dia terlihat mangga dan mengatakan mango ! yeahh......dia tahu berbahasa inggeris satu perkataan. :P
Makanan, buah-buahan, pakaian, cenderahati dan pelbagai jenis jualan boleh dilihat di pasar terapung Damnoen Saduak. Bagi penggemar shopping mungkin ini adalah tempat yang sesuai untuk anda. Silap sikit, dari pagi hinnga malam masih didalam perahu untuk shopping. Oh, selepas puas menaiki perahu mengelilingi pasar terapung, pemandu perahu akan menghantar ke stesen akhir dan jangan pernah lupa tips untuk pemandu tersebut. Suka hatilah berapa nilai yang hendak diberi tapi, harus ada. ya, itu kata orang sana TIPS harus ada sebagai tanda terima kasih.
Next destination, Vietnam......... tapi, sebelum tu saya akan ke Indonesia sekali lagi. Kota kreatif yang banyak cerita pastinya.
13 Ulasan