www.cla-travel.asia ~ Jom Travel !
Saya berada di negara Laos tetapi, saya kurang pasti Laos itu bagaimana. Setahu saya Laos itu memiliki banyak stupa-stupa dan jika kamu bertemu satu darinya sama ertinya kita telah melihat semuanya. Rupanya hampir sama.
Saya berada di negara Laos tetapi, saya kurang pasti Laos itu bagaimana. Setahu saya Laos itu memiliki banyak stupa-stupa dan jika kamu bertemu satu darinya sama ertinya kita telah melihat semuanya. Rupanya hampir sama.
Saya tahu satu tempat yang terkenal di Laos, namanya Air Terjun Luang Prabang. Kebanyakan pelancong ke Laos melihat kewujudan tempat itu. Oleh kerana perjalanan ke negara Laos agak tiba-tiba dan hanya beberapa jam maka, saya hanya sempat ke pinggir negara Laos. Lagi pula, saya memang memiliki hasrat untuk melawat negara-negara seperti Thailand, Myanmar, Laos, Cambodia dan Vietnam. Perjalanan singkat ini saya terima dengan hati terbuka kerana saya pasti akan ada seribu kenikmatan dalam perjalanan di setiap lokasi yang belum pernah kita jejaki.
Setiap perjalanan selalu berbeza rasanya, setiap detik berlalu dengan kesan tersendiri dan menimbulkan sensasi-sensasi tersendiri. Perjalanan tidak hilang begitu saja setelah dialami. Traveling selalu membawa pulang sesuatu, yang tersimpan lekat di memori dan sejarah melengkapi hidup kita yang tidak seorang pun mampu menghapuskannya.
Setiap perjalanan selalu berbeza rasanya, setiap detik berlalu dengan kesan tersendiri dan menimbulkan sensasi-sensasi tersendiri. Perjalanan tidak hilang begitu saja setelah dialami. Traveling selalu membawa pulang sesuatu, yang tersimpan lekat di memori dan sejarah melengkapi hidup kita yang tidak seorang pun mampu menghapuskannya.
Kanak-kanak Laos menyambut kedatangan kami |
..dan saya berada di negara Laos |
Pasar tu pula ala-ala pasar hujung minggu jika di Malaysia atau pasar malam. Macam-macam dijual ! ada kain, cenderamata, kedai makan, herba-herba dan macam-macam lagi. Harga barangan adalah berpatutan dan saya sempat membeli beberapa helai baju 'I love Laos because somebody love me' dan juga keychains.
Sebenarnya pasar ini berada dipinggir Sungai Mekong. Tiada rancangan pun untuk kesini, semuanya rancangan kilat. Syukurlah duit tidak terbang tinggi mengudara dengan pantas. Jika tidak, sekadar menjejakkan kaki sajalah tanpa membeli apa-apa. Namun, tidak membeli apa-apa bukan masalahnya bagi saya.
Seringkali alasan terjadi jika duit tidak cukup pada kehadiran pertama ia bermakna kita harus datang lagi untuk kali ke dua untuk menebus apa yang kita ingini. Benarkah ? mungkin. Mungkin juga tidak.
Menyeberang Sungai Mekong dari Thailand sangat mengujakan. Sempat jiwaku diketuk rasa andai bot yang dinaiki itu terbalik..selamatkah kami ? sungainya sangat tidak jernih bak warna milo kegemaran ramai rakyat Malaysia. Tidak jernih tapi menjadi kegemaran para pelancong untuk menuju satu destinasi ke destinasi lain tanpa menggunakan jalan darat.
Menaiki bot sangat hebat bagi saya. Terlalu jarang menaiki bot membuat saya selalu teruja namun, satu-satu hal yang seringkali mengganggu perasaan saya adalah imaginasiku selalu bercerita jika disana ada sekumpulan buaya maka............sesuatu yang buruk pasti berlaku. Bot terbalik dan para buaya pasti bersorak riang dalam pesta menikmati dagingku. oh, tidak !
Sungai Mekong sangat luas dan panjang sehingga mampu menghantar anda ke Yunan China...jika mahu mencuba, silakan bayar lebih dan bot akan menghantar anda sehingga ke negara China bahagian Yunan. Jika pun duit saya banyak, laluan itu bukanlah pilihan saya. Jika pun saya menerima ajakan, laluan itu bukanlah pilihan saya. Atau mungkin saya perlu mencubanya satu kali ? saya perlu berfikir 12 kali.
Laos dan Sungai Mekong tiada dapat dipisahkan. Ia menjadi penghubung tercepat antara Thailand dan Laos. Berenang mungkin tidak boleh kerana arusnya deras dan mungkin ada buaya sedang menanti isi perut anda untuk dibaham... oohh, membayangkannya pun saya tidak sudi apatah lagi bermanja-manjaan dengannya.
Oh, maaf saya terlupa fakta bahawa sebenarnya Sungai Mekong tidak dihuni oleh buaya, yang ada hanyalah buaya darat dan jauh dari pinggir sungai , mungkin ditengah kota besarnya. hehe. Sepanjang berada di dalam bot jemari ku sempat menyentuh air sungai itu. Airnya sejuk meski mentari waktu itu sangat membakar kulit. Rasa bebas dan tenang.
Saya sebenarnya lupa yang saya merupakan seorang pekerja pejabat tiap kali berada diluar negara. Betapa manisnya rasa jika berjalan-jalan sahaja tanpa memikirkan diri berada dalam bangunan selama 8 jam setiap hari keculi sabtu dan ahad. Diri terkurung diantara konkrit-konkrit sambil pemandangannya hanyalah kertas, fail biru dan komputer. Travelling memulihkan rasa mual saya terhadap rutin kerja yang tiada pernah berpenghujung tetapi, itu adalah pengorbanan yang harus saya lakukan agar saya dapat melakukan traveling disetiap ada kesempatan.
Apa pun kehadiranku di negara Laos, cukup menguatkan rasaku untuk kembali lagi ke negara itu. Melawat kotanya dan bertemu dengan penghuninya. Semoga keinginan itu tercapai pada tahun 2019 kerana tahun ini jadualku telah penuh dengan pelbagai program.
Laos adalah sebuah negara yang sebaiknya nikmati pengalamannya. Jangan pergi kesana untuk WOW tempat pelancongan atau shopping mall-nya. Lawati Laos dan nikmati. Satu pesan dari saya, jangan pernah membandingkan suatu keadaan wilayah dengan wilayah lain ! hargai mereka dimana pun anda berpijak.
Kerana itu untuk banyak hal saya suka perkataan nikmati saja dan anda akan bahagia. Berdiri di hujung Laos, saya bahagia kerana saya menikmati rasa itu apa adanya.
5 Ulasan
Aerill Hassan