Saya rela menjadi pilihan terakhir asalkan masih dalam kategori menang daripada hampir-hampir menang tetapi, ternyata tidak tersenarai dalam kategori menang. Pilihan terakhir itu masih mampu menikmati segala rasa senyum kegembiraan dibandingkan dengan mereka yang hampir-hampir menang tetapi, tidak menikmati erti sebuah kemenangan melainkan kekecewaan.
Saya pernah terpilih sebagai pemenang utama Ribena dengan wang tunai RM6,000 juga, terpilih sebagai pemenang saguhati RM750 daripada AmBank dan dari beberapa stesen radio dengan tunai RM200 serta pelbagai voucher dan gadget. Untuk semuanya saya tidak mendabik dada berbangga bahawa saya adalah yang terbaik melainkan, untuk semuanya saya bersyukur dan percaya dengan usaha serta kesungguhan pasti membuahkan hasil.
Berjaya mendapat Set Kamera Xiaomi Yi Action secara PERCUMA |
Terbaru, saya berjaya memenangi set kamera Xiaomi Yi Action termasuk monopod, waterproof case dan kad memori daripada Etiqa Insurance dan Takaful.
'asyik-asyik menang, macam mana menang?'
Caranya mudah. Lupakan internet untuk sekadar bersuka-suka.
Proses setiap kata-kata menjadi ayat yang indah dan kreatif. Jangan menulis asal ada, sebolehnya tulis dari hati kerana apa yang benar-benar keluar dari hati mampu menggegarkan saraf si pembaca. Tunjukkan kekuatan tulisan tanpa perlu 'menciplak' dari mana-mana sumber. Pengadil selalu suka sesuatu yang asli dan bukan sesuatu yang sudah diketahui olehnya.
Jujurnya, menulis menjadikan minda berkembang secara kreatif. Ketika mendongak ke langit secara semulajadinya banyak kisah akan terbit dikepala dan itu adalah idea. Ketika melihat tanah dan merenungnya secara semulajadinya banyak cerita muncul dan itu disebut idea. Terkadang peristiwa-peristiwa yang terjadi saya syukuri dari hati yang terdalam kerana ia memberikan sesuatu didalam hidup ini.
Untuk tahun ini saja saya berjaya meraih pelbagai hadiah termasuk benda dan wang tunai dan itu boleh dianggarkan melebihi RM10,000.00. Semuanya melalui tulisan-tulisan kecil dan idea-idea semulajadi serta peristiwa-peristiwa yang dialami lalu diolah menjadi sebuah tulisan.
Untuk apa saya menyatakannya ia disini ?
Maaf saya bukan membuka ruangan kecil dihati orang lain untuk berasa cemburu apatah, lagi untuk menunjuk-nunjuk. Jauh sekali untuk dipuji (pujian selalu membuat saya berasa bahawa orang yang memuji itu tidak ikhlas walaupun, sebenarnya mungkin orang itu ikhlas). Saya lebih memilih untuk tidak dipuji kerana ia hal yang kurang saya senangi melainkan orang itu adalah keluarga saya sendiri. Terkadang kata-kata hinaan lebih mengangkat saya menjadi lebih baik dan berjaya daripada orang lain.
Kepada Etiqa Insurance dan Takaful terima kasih untuk set kamera Xiaomi Yi Action . Terima kasih kerana menyambut baik tulisan ringkas saya. Kemenangan seperti ini selalu membuat jemariku semakin aktif menulis dan berkarya. Menyanyi pasti bukan milikku tetapi, saya pasti mampu menghasilkan sesuatu melalui tulisan dan saya bahagia dengan apa yang saya miliki.
.....dibandingkan dengan pujian dan ucapan tahniah saya jauh lebih berasa istimewa dengan ucapan sepatah kata 'tahniah' daripada seribu pujian bertubi-tubi.
0 Ulasan