Ternyata hari ini saya mempunyai masa untuk menulis, sekali gus ia menjadi tulisan pertama saya ditahun 2016. Yay ! happy new year !
Sebelum menulis tentang aktiviti hujung tahunku saya sempat berasa bangga akan Gunung Kinabalu dan pengelolaannya.
Memetik kata seorang blogger Indonesia si 'KakiSamson' katanya : Tanpa menutup mata, saya mengakui bahawa pengelolaan Taman Nasional (Gunung Kinabalu) di Malaysia jauh di depan Indonesia. Bagaimanapun, tujuan saya menulis ini bukan untuk menjelek-jelekkan gunung di Indonesia....tujuan perjalanan adalah bukan hanya senang-senang tapi juga pembelajaran.
17 orang semuanya ~ bertemu, berkenalan dan menjadi teman |
Kali ini XPDC Gunung Kinabalu melibatkan 17 orang dan beberapa darinya merupakan peserta yang saya kenal beberapa minggu sebelum pendakian bermula. Benda yang paling saya tidak suka selalu terjadi, peserta asal yang beriya-iya pada mulanya menarik diri di saat akhir dan saya harus mencari orang baru dan mengurus beberapa hal dengan Sabah Park. Saya tidak salahkan mereka kerana apa pun itu, keputusan masih ada ditangan mereka untuk meneruskannya atau tidak.
Nikmati setiap perjalanan |
30 Disember, saya maklumkan kepada semua peserta agar mereka berkumpul di National Park pada jam 7.00 am. Kebanyakan peserta hadir sebelum jam 7 namun tidak dinafikan ada yang datang selepas jam 7.00. Di National Park, ada beberapa hal lagi yang perlu diurus seperti membayar Mountain Guide, transport, sijil dan mengambil kupon makanan untuk 2 hari 1 malam.
Sebelum pendakian bermula , kami perlu mengambil pack lunch dari Balsam Buffet Restaurant. Malangnya pekerja di restaurant itu berkata bahawa 'bekas tapau' telah habis dan mereka juga perlu menyediakan nasi goreng.
Nasi goreng ?
Iya. nasi goreng. Tiada lagi sandwich untuk orang Sabah. sekurang-kurangnya itu kata mereka. 'Hanya orang puteh suka makan sandwich dan buah-buahan' (saya kurang pasti itu apa sebenarnya yang terjadi atau ia sekadar kata-kata untuk menyembunyikan perkara sebenar. Mungkin mereka tidak menyediakan sandwich dan buah-buahan kerana tidak tahu akan kehadiran kami atau sebaliknya..saya tidak tahu. Apa pun, semua peserta menikmati makanan itu. Terima kasih kepada tukang masak dan yang terlibat dalam penyediaan makanan untuk mengalas perut sepanjang perjalanan kami menuju Laban Rata).
Kami memulakan perjalanan pada jam 9.30 pagi dan didetik itulah segala rasa bermula dari rasa keterujaan bagi sesetengah peserta kerana pertama kali membenarkan diri dalam XPDC ini juga, betapa terujanya kerana sekali lagi merelakan kaki berasa lenguh akan perjalanan yang panjang.
laluan telah dibaik pulih dari tragedi Gempa bumi |
Seperti biasa berjalan beiringan sehingga pondok pertama atau pondok kedua, seterusnya masing-masing berjalan sendirian menurut kekuatan kaki masing-masing. Bukan masalah berjalan sendirian kerana ada guide yang akan menjaga dan memantau setiap peserta dari masa ke semasa. Saya lebih suka berjalan sendirian atau sekurang-kurangnya seorang teman berada disamping. Tidak kiralah siapa dia, kawan atau peserta kumpulan lain yang penting ada orang berjalan bersama saya. hehe.
Ketika berjalan ada yang pantas dihadapan dan tidak kurang pula yang bergerak 'slow and steady' dibelakang. Saya tidak mampu berjalan selaju mereka yang sampai seawal jam 1 di Laban Rata dan tidak pula pernah mahu membenarkan diri ini sampai di Laban Rata selewat jam 5 petang. Sebenarnya kami bermula agak lambat menyebabkan kami agak lewat sampai ke rumah rehat Laban Rata. Mengikut pendaftaran awal tahun penginapan kami adalah di Gunting Lagadan tetapi, atas sebab keselamatan selepas insiden Gempa bumi Jun lalu kami telah diarahkan untuk menginap di Laban Rata.
Saya tiba di Laban Rata kira-kira jam 3 petang dan itu pun setelah banyak kali berehat 2 kilometer terakhir kerana kelaparan. Saya terlupa mengambil makanan dari beg utama saya. Beg saya bukanlah bahu saya yang mengangkatnya melainkan saudara terkasih ku (weew) haha. Satu minggu lebih awal saya telah merancang untuk mengangkat beg saya sehingga pondok ke dua atau ke tiga dan selepas itu akan menggunakan perkhidmatan guide untuk mengangkat beg atas sebab takut mengalami kecederaan urat saraf lagi seperti yang terjadi 2 minggu sebelum XPDC tersebut. Oh, ternyata ada orang yang dengan sukarelanya mahu menolong saya. Hatiku bersorak riang . haha. Terima kasih saudaraku. :D
Feliz Navidad ! |
Kesemua peserta tiba di Laban Rata resthouse sebelum jam 5.10 petang. Oh ya, Krismas masih terasa di Laban Rata menambahkan seri Gunung Kinabalu dan semangat di dalam hati. Pemandangan gunung Kinabalu tidak pernah mengecewakan para pengunjungnya. Sentiasa menyambut dengan ramah dengan kecantikan semulajadinya. Ciptaan Tuhan selalu membuat hatiku kagum dan bersyukur selalu.
Nikmati Hot Chocolate~nya bukan gelasnya, Thanks ! |
Jam 4.30 petang, masa untuk makan malam ! |
Bersama Mr Fadilah & Mr Faldey |
Gunung Kinabalu kembali tersenyum |
strangers to friend |
Menikmati sunset dari Laban Rata |
Damai itu ketika melihat secara vertikal gumpalan awan putih, merasakan semilir angin gunung menyapa mesra. Kepada Gunung Kinabalu, terima kasih kerana kembali tersenyum dan kepada semua pendakinya tercipta sejuta memori tanpa ada yang boleh mengganggunya. 31 December 2015, harus melangkah lebih tinggi lagi kerana puncak Kinabalu siap menanti tetamunya.
0 Ulasan