Suka Melancong Tetapi Takut Naik Kapal Terbang

Melancong ? siapa tidak suka, siapa tidak mahu. Saya suka, saya mahu dan selalu ingin melancong. Namun, ada hal yang seringkali mengikat rasa, mengganggu semangat suka tersebut menjadi 'urmm' 'errrr' dan sebagainya.
Suka Melancong Tetapi Takut Naik Kapal Terbang
Air Asia membawaku kemana-mana, terima kasih Air Asia !
Selain faktor kewangan, ada hal lain yang lebih menguasai keterbatasan melancong dan itu selalunya 'rasa' yang terbit semasa berada di dalam kapal terbang. Pelbagai rasa bercampur-aduk. Perkara lalu rancak berenang dalam sel-sel otak. 

'bagaimana jika?'
'kalau tiba-tiba'
'semua boleh terjadi'

Namun, dunia tidak indah jika kaki hanya berdiri ditempat yang sama selama-lamanya melainkan tempat itu adalah syurga dan tiada siapa ingin pergi darinya selama-lamanya. Justeru, kerana kita berada di dalam dunia kita berhak untuk ke mana saja. Menikmati segala rasa yang sementara ini melihat karya Tuhan di seantareo dunia. Terkadang kita harus mematikan rasa takut untuk menikmati sebuah pengalaman baru nan indah.

Saya sebenarnya takut naik kapal.

'tipu'

'benar'

Semuanya sejak banyak peristiwa pahit dan pedih terjadi dewasa ini. Penerbangan terpanjang saya setakat ini adalah ke Korea dan mengambil masa berjam-jam dan saya tidak pernah terfikir apa-apa yang buruk. Santai sambil menonton movie di dalam Kapal Asiana Airlines. Itu kisah sebelum terjadinya peristiwa gelap diawan sana. 

Kini, penerbangan dua jam pun mampu membuat saya 'dup dab dub dap' tetapi, segala sesuatu harus diatasi dengan cemerlang kerana Pencipta kita selalu berniat dan mahu menyertai kesayangannya kemana-mana. Nikmati setiap rasa yang ada dengan sejuta ucapan syukur kerana kekuatan terpancar melalui rasa syukur dari hati yang terdalam. 

Bersukacitalah senantiasa, tetaplah berdoa  dan bersyukur selalu !

Catat Ulasan

0 Ulasan