Kota Bangkok, Thailand dunia kaki shopping
Saya kaki shopping ? tidak. Pastinya bukan. Ini kali ke dua saya dinegara Thailand. Pertama kali, di Chiang Mai. Ke dua kali, ya inilah ! When I was in Baiyoke Hotel, I woke up at 6 am and headed out for a breakfast. Cup of coffee. Thai fried rice. Breakfast was lovely.
Sebelum travel ke Bangkok, banyak buku dan dokumentari yang telah saya baca dan dengar tentangnya, terutama Floating Market. Salah satu tujuan saya ke Bangkok juga kerana Floating Market. Ramai penggemar shopping berkata bahawa Bangkok adalah kota yang paling tepat untuk tujuan tersebut. Benar apa adanya.
Kami tinggal di Hotel Baiyoke terletak ditengah kota Bangkok. Aktiviti jual-beli mudah di temui, dari keperluan basic sehingga yang jarang-jarang ditemui dinegara Malaysia (haha). Sang pemandu pelancong berkata jika mahu melihat show wanita jelita jelmaan, anda hanya perlu membeli tiket dan pergi ke show tersebut. Harga tiket ? saya tidak ingat. Kami memilih untuk tidak menyaksikan show tersebut. Bukan takut tewas atau kerana 'mereka' itu lebih jelita dari kewujudan sejati diri ini tetapi, kami memang tidak bernafsu untuk melihat mereka. Tidak teringin mahu melihat para pondan itu. Jika ditakdirkan tempat itu terkena malapetaka dan kita kebetulan berada ditempat itu....bagaimanakah respon orang nanti ? (cewah ! terlihat kesucian jiwa pada tulisan ini. haha).
Realitinya pengunjung Kota Bnagkok adalah sangat ramai dan kebanyakan mahu membeli borong barang-barang terutama kain untuk dijual kembali sebagai satu kata 'bisnes'. Beli dengan harga murah, jual dengan harga mahal. Seorang kaki shopping pasti rambang mata melihat aneka pilihan yang ada.
I had a great overall experience . Namun, jika ditanya diantara Kota Bangkok dan Chiang Mai, saya tetap dan masih memilih Chiang Mai sebagai sebuah destinasi yang aman, tenang dan tidak sibuk. Saya rela untuk tidak kembali ke Bangkok, tetapi jika diberi peluang ke dua kali 'apa saya masih mahu ke Chiang Mai?' jawapan saya, mahu. Ya mahulah !
Masih ingat tragedi Bom di Bangkok, Jalan Iraman ? kami berada tepat di tempat itu, cuma bukan dihari yang sama. Andai saja hari tragedi itu adalah hari dimana kaki ini sedang berdiri ditempat itu, maka hari ini tulisan ini tidak pernah terpapar disini. Tidak pernah terlihat oleh mata kepala anda.
Kota Bangkok, Thailand..... jika anda adalah si kaki shopping, mungkin Bangkok adalah destinasi yang wajib anda lawati.
GEMS Gallery International |
22 Ulasan
ada yg terbaru rupanya ye. OMG.
tak dgr plak baru2 ni ada letupan di bangkok.
a friend of mine keje sana for 6 months. ministry of tourism. hopefully she's ok.
sib baik u tak gi on the day. syukur...
i haven't gone to bangkok. kurang minat, so takde plan ke sana.
so far thailand, gi hatyai je. now planning to go to krabi :)
beach!
Ramai juga orang suka ke sana.
Tapi hati dan perasaan ni belum berani ingin bercuti disana.
Tapi seronok baca percutian kawan kawan ke sana.