www.cla-travel.asia ~ Jom Travel !
Pulau Sapi . 27 Febuary 2016.
Semasa snorkeling tiba-tiba ada sesuatu melanggar kaki. Yachhh ! apakah itu !? rupa-rupanya ia adalah ikan-ikan yang mahu menyapa salam perkenalan dengan penggemar dunia habitatnya. Snokerling adalah aktiviti santai yang agak sentimental, berenang bersama ikan dilautan biru yang sejuk sambil menerima panahan sang suria. Sesekali terkejut oleh ciuman ikan lalu, tertawa sendiri. Ternyata tidak hanya makhluk yang bernama manusia mampu membuat kita tertawa tetapi, juga ikan-ikan dilautan.
Selain itu, kami sempat bermain banana boat. yay ! cerita ini mengundang rasa yang luar biasa kerana ia mengaitkan adrenaline. Menaiki banana boat lalu speed boat menarik kami dengan kelajuan yang seperti 'gerak-gerak khas mengejar penjahat'. Bezanya, ia berlaku dilautan dan bukan didarat. Harus memegang tali bot kuat-kuat agar tidak terlepas dari kumpulan atau paling penting jangan terbuang jauh-jauh. Pernah nampak speed boat drift ? pheeew ! begitulah kami. Ketika boat dipandu laju dan membuat pusingan, pukulan air laut akan berlawanan dan kami semua terpelanting. Ketika terlepas dari banana boat, terbuang dan tertenggelam sebentar, tertelan air masin satu gelas, panik sesaat, lalu mendongakkan kepala dan sedar bahawa diri ini masih terapung dan hidup melihat dunia kembali. Ekstreme dan sangat puas hati dengan rasa dan suasana itu. Jika direkodkan secara perlahan moment terbuang dari bot tersebut pasti gambarnya cantik. Malangnya semua terpelanting dan tukang gambar juga turut menerima takdir yang sama. haha.
Pulau Sapi . 27 Febuary 2016.
Saturday / weekend . I could wake up at any time I wanted. I could eat anything I wanted. I could GO and DO any good damn thing I felt like doing, in my own freaking sweet time. Pictures from last week in Sapi Island, Tunku Abdul Rahman Park.
Pulau Sapi tidak jauh dari bandaraya Kota Kinabalu, hanya lebih kurang 25 minit untuk sampai pulau tersebut menaiki bot. Awal rancangan ingin ke Pulau Manukan tetapi, salah seorang tour guide berkata bahawa Pulau Manukan pulaunya cantik dan luas TETAPI aktiviti adalah agak terhad. Saya tidak memerlukan pantai pulau yang panjang untuk berjalan-jalan, saya memerlukan pulau untuk adrenaline !
Pulau Sapi menyediakan aktiviti pelbagai dari snorkeling, zipline, banana boat, parasailing hingga kepada diving dan seawalking. Tidak hairanlah Pulau Sapi dipenuhi oleh pelancong seantario dunia terutama Korea dan China. Pulau-pulau di Sabah terkenal dengan air laut yang jernih dan ikan-ikan peramah. Jika ada diantara anda yang tidak pernah melihat ikan nemo, dipersilakan menyelam di Pulau Sapi.
Ahh ! life has been pretty damn good lately ! Sapi Island is the best island for me right now. I loved the atmosphere. ya ya ya I loved it !
Parasailing, Pulau Sapi. Telah begitu lamanya saya menyaksikan aktiviti ini atau lebih indah jika dituliskan sebagai 'ingin rasanya terbang seperti mereka tetapi, apakan daya saya hanya mampu melihat dari kejauhan. Dari sudut mataku, dari jarak yang jauh saya melihat keadaan itu berlaku.' Kerana keinginan itu meluap-luap, maka saya mengatakan 'pergilah duitku, saya ingin terbang diatas lautan biru'.
Parasailing tidak dilakukan ditepian pulau. Bot bergerak membawa kami ke tengah lautan, ditempat luas dan mudah menerbangkan payung . Seriously, ketika berada didalam bot tersebut suasana agak memeningkan kepala. Lautan bergelora. Sangat mengundang pening dan muntah. Bot bergerak seperti naik bukit, turun bukit, naik gunung, turun gunung (haha). Lebih dasyat dari naik the longest wood roller coaster in the world di Everland. Perasan naik roller coaster seperti mulut terbang dibawa angin, naik bot ini seperti kepala digoncang-goncang lalu dipaksa melihat dunia.
Pening kepala itu hanya cerita awal, klimaksnya ketika ditarik dan keluar dari bot lalu terbang tinggi ke udara. Sungguh, perasaan itu sangat indah. Damai dan tenang. Kaki berjuntai menikmati lautan biru dari aras yang tinggi. Syukur saya bukan pemilik rasa gayat. Semakin tingi, semakin seronok. Rasanya seperti melihat pelangi sambil menikmati marshmellow dipetang hari. I have been lucky enough to see amazing Sapi Island and have experienced great things. Saya pasti akan datang lagi menikmati Parasailing di Sapi Island.
Hakikatnya, saya tidak cukup masa dengan Pulau ini. Sebenarnya tujuan utama ke Pulau Sapi adalah untuk bermain Zipline pulau ke pulau terpanjang di dunia tetapi, masa tidak cukup. Oleh itu saya pasti akan datang lagi ke Pulau Sapi.
From the moment you step off the boat you become part of a colourful landscape of Sapi Island. Getting lost around the island, under the sun and taking in all the different colours should be a must-see-and-try for all travel lover.
And now the question is, where shall I go next ? Gunung Wakid, Tambunan. Nantikan update dari saya. Selamat menikmati bulan Mac dan satu hal yang saya mahu beritahu bahawa God is good all the time, all the time God is good ! cukup jadi setia padaNya dan jangan pernah berjalan sendiri tanpa penyertaanNya.
18 Ulasan
www.liahasty.com