Lupakan Kapal, Mari Masuk Hutan !
Misi kali ini bukan mahu merentasi lautan China Selatan, bukan juga menaiki kapal sambil menunjukkan senyum lebar berjela-jela kepada para pramugari atau pramugara, lalu mendarat disebuah negara yang belum pernah dijejaki. Misi kali ini tidak perlu menggunakan passport meski ada kalanya, mata ini ingin melihat helaian-helaian di buku merah ku tertancap cop dari pelbagai negara.
Namun, misi utama harus dilaksanakan dahulu sebelum hal yang lain menyusul menambah memori dan kisah perjalanan hidup ini. Ketika ghairah sudah memudar, wajah sudah menua, badan sudah lemah, perjalanan ke seantario dunia juga seakan tiada maknanya lagi.
Misi tahun ini, mahu melangkah masuk dan menikmati flora dan fauna milik Lembah Danum ! Tiada mimpi yang tak terlaksana asal keinginan disambut usaha dan tekad. Lembah Danum sangat terkenal tidak hanya di negeri Sabah atau negara Malaysia, bahkan diseluruh dunia khususnya pemilik hidup pencinta alam, Lembah Danum bukanlah nama yang asing. Didalamnya terkumpul khazanah alam yang hanya boleh ditemukan di Lembah Danum.
Misi ini akan disertai oleh 'siapa-siapa' saja yang berminat dan siap menyediakan bayaran untuk ekspedisi Lembah Danum. Bayaran itu pastinya bukan untuk saya (pastinya bukan!) melainkan memang begitulah....mahu kemana-mana harus mengeluarkan duit ! mana mungkin sesuatu yang indah dan istimewa dinikmati secara percuma. Meski pada hakikinya ia hanyalah Ciptaan Tuhan tetapi, jika ia percuma maka tempat itu pasti tidak terjaga rapi seperti apa yang ada sekarang.
Manusia luar mungkin akan berkata untuk apa menghebahkan pada dunia jika hakikatnya, ajakan tidak dikeluarkan. Ceeeh ! marilah ! Ini ekspedisi duit sendiri, kalau ada duit ya, dipersilakan ikut serta ke Lembah Danum. Bila ? tarikh sebenar belum ada tetapi semoga sebelum Disember berlalu cerita kita di Lembah Danum telah terpotret dimemori masing-masing.
Hidup ini bukan hanya duduk diam menunggu orang lain mengatur hidup kita, kita harus berjuang sendiri ! Saya tidak berani menjamin apakah akhirnya akan berhasil atau gagal, tetapi saya berani menjamin hidup bahawa dunia ini masih luas untuk diterokai, berjalanlah dan beranilah menjadikan mimpi itu sebuah kenyataan.
Misi bertemu dengan Lembah Danum, 2016 bersama siapa pun manusia yang sudi berjalan bersamaku.
5 Ulasan
Sekolah Unggulan