|
Sukarelawan |
Ternyata penyertaan adalah diluar jangkaan, kehadiran peserta adalah seramai 320 orang. Kaunter pendaftaran agak sesak waktu itu tetapi, syukur kerana kerjasama dikalangan para peserta adalah baik meski, ada beberapa peserta yang mana bila nombor bilik diberikan tidak sama dengan nombor bilik temannya, mereka berusaha untuk ditukarkan kebilik yang sama. Yang benar saja, pengagihan bilik itu tidak semudah apa yang difikirkan. Lain lagi peserta yang mahu diberikan bilik berhawa dingin, realitinya, bilik berhawa dingin itu mahal. Namun, pihak pelaksana berusaha mahu memberikan fasiliti terbaik kepada semua peserta. Pihak pelaksana jauh sebelum program berjalan telah berfikir tentang tidur para peserta, dimana dan bagaimana ? dirumah panjang penuh nostalgia itukah atau dibangunan baru yang sewanya pasti mahal, atau mungkin dirumah semi-D atau di rumah Alaska yang tiangnya tertanam didalam kolam yang telah tidak berair ? Atau jika mahu beratapkan langit berhiaskan bintang, kita boleh pacakkan saja kem dipadang yang hijau. Suasananya pasti nikmat, malamnya lebih terasa indah (haha) dan yang pasti yurannya lagi murah tetapi, itu tidak mungkin jika kita membutuhkan badan kita tidur beralaskan tilam, berdindingkan papan atau konkrit. Singkat cerita, pengagihan bilik kepada semua peserta akhirnya selesai dan semua memiliki tempat untuk berbaring merehatkan tubuh, melepaskan lelah.
|
Kelompok Doa |
Kem hari doa wiranita diisi dengan upacara kebaktian - puji dan sembah, doa berkelompok, renungan pagi, ceramah, bengkel dan makan-minum itu wajiblah ada. Hakikatnya program ini diisi dengan hal-hal yang sewajarnya untuk membina jati diri seorang manusia yang mengenal erti sebuah kasih sejati. Tema HDW adalah ;
Berdiri Teguh, Di Tengah Badai. Sejajar dengan keadaan dunia masa kini, para peserta diajarkan bagaimana agar harus tetap kuat dan teguh menghadapi badai hidup, jangan pernah goyah tetapi, tetap maju bersama Tuhan Yesus sumber kekuatan dan pengharapan sejati. Tidak mudah pastinya tetapi, tidak pula mustahil untuk tetap berdiri teguh.
|
Saya bangga dengan nenek ini |
Hari Doa Wiranita 2016 merupakan sebuah bukti bahawa Tuhan itu baik ! Tempat dimana ia diadakan juga, merupakan sebuah tempat dimana kasih Tuhan tidak pernah berhenti dinyatakan. Mengikut kata-kata peserta, ramai yang terharu dan menitiskan airmata tidak hanya kerana dapat dipertemukan di HDW tetapi, juga kerana berasa bahawa penyertaan Tuhan itu sangat luarbiasa! Pengalaman mengalami hadirat Tuhan itu ada. Menikmati sukacita bersama itu ada...secara santai ! ketika Pdt Yohanes mengatakan dalam slot kesaksian tentang kehadiran dia bersama pelajar PLAB belasan tahun lalu, saya tahu hal apa yang sedang dia bicarakan. Saya masih ingat khemah sekolah minggu liburan yang diadakan dan waktu itu adalah dihujung tahun 90-an. Saya masih ingat siapa guru sekolah minggu yang mengajar saya waktu itu dan jika hari ini saya sudah seusia ini, apatah lagi mereka. Namun, ketika mereka kutemui ternyata mereka masih berwajah muda. Apa rahsianya ? pastinya bukan kerana La'Soul Skincare kan haha tetapi, pasti kerana mereka selalu
refresh their soul dan bersyukur selalu.
Tempoh perjalanan kem HDW ini tidaklah lama jika, dibandingkan dengan kem belia atau sebagainya. Dalam kem ini turut diselitkan bengkel penanaman sayur organik. Tujuannya adalah untuk berkongsi ilmu kepada semua peserta yang kebanyakannya adalah surirumah dan pesara. Kerja menanam sayur organik tidaklah sesukar mana jika kita mempunyai keinginan untuk menanam, tidak pula memerlukan kawasan penanaman yang luas. Penanaman sayur organik tidak terbatas kepada orang berumur saja, tetapi juga boleh dipelajari oleh semua orang muda. Selain itu, kita boleh belajar bagaimana untuk menjana
side-income dan ia diakui berkesan oleh beberapa peserta yang telah menjalankannya sejak satu tahun yang lalu. Saya pernah menulis tentang projek penanaman sayur organik pada tahun 2015 dan artikel tersebut berjaya memenangi hadiah utama keseluruhan dengan nilai RM6000. Semoga bengkel ringkas yang dijalankan bermanfaat kepada semua peserta. Jika pun tidak mempraktikkannya dalam masa terdekat ini, sekurang-kurangnya ilmu itu telah diterima dan boleh digunakan suatu hari nanti. Hey, sayur organik mahal tauuuu berbanding dengan sayur bukan organik. Lumayaaaaan !
Saya turut menikmati sentimental penutupan HDW ketika masa turut diselitkan dengan slot menghargai Pdt Yuyut sebagai seorang yang pernah melayani di Gereja Baptis Kionsom (G.B.K.) beberapa tahun yang lama berlalu. Saya tahu, ketika dia pernah melayani di G.B.K. saya telah ada tetapi, masih sangat kecil dan saya tidak pernah memiliki memori pernah melihatnya waktu itu. Saya mempercayai kewujudan saya kala dia ada ketika melihat gambar diwaktu lalu, semasa piknik di Tg. Aru. Sungguh, orang-orang yang menabur dengan bercucuran airmata pasti menuai dengan sorak-sorai (Mazmur 126) dan gereja yang pernah dia layani dahulu kini sedang giat membangun.
Ringkasnya, gambar-gambar didalam blog ini hanyalah sedikit dan tidak menyeluruh. Jika mahu memiliki koleksi gambar-gambar sepanjang Kem Hari Doa Wiranita 2016, bolehlah menghubungi AJK Pelaksana Kem HDW. Kalau mahu dibingkaikan atau berbentuk kanvas, pun boleh menghubungi kami. Ini sedikit dari gambar-gambar yang ada..
|
Peserta KKBC |
Akhir kata, saya mewakili seluruh Team Pelaksana mengucapkan terima kasih kepada semua peserta kerana telah bersama-sama menjayakan kem Hari Doa Wiranita Baptis 2016. Segala kekurangan sepanjang kem berlangsung harap dimaafkan, semoga setiap satu dari kita menerima berkat dari Tuhan. Makanan sepanjang kem berlangsung lebih dari cukupkan ? jangan salahkan kami jika berat anda bertambah tetapi, bersyukurlah. Jika terasa masih kurang, pun bersyukurlah sekurang-kurangnya kita telah belajar apa itu erti sebuah kekurangan dan tahu apa itu berkelimpahan. Apa yang pasti setiap satu dari kita bertambah teman baru dan benar, seperti apa ungkapan lagu terakhir kita sebelum bersurai 'dalam Yesus kita bersaudara'.
|
Peserta dari Sarawak |
Hari doa wiranita 2016 merupakan acara julung kali diadakan dan ia tidak terjadi hanya kerana 'suka-suka' sahaja melainkan simbol sebuah kesatuan hati untuk tetap teguh didalam Tuhan meski, banyak badai yang harus dilalui. Satu kata yang melekat dimemori saya adalah 'bodoh tidak perlu dicari, ia hadir dengan sendirinya ketika kita berhenti mengejar bijaksana'. Kesimpulannya, kita harus bijaksana didalam hidup, bagaimana ? dengan hidup takut akan Tuhan (Mazmur 111:10).
Jumpa lagi dan Tuhan memberkati.
2 Ulasan
Regards,
SNM_Yana Afi Mohamed
Terima kasih sudi singgah sini.