Kau Tidak Boleh Jadi Pengawas Sekolah !
Menjadi pengawas sekolah sangat menjadi idaman saya ketika berada disekolah rendah, sangat mahu! Namun, keinginan saya seringkali dipatahkan oleh guru kelas.
Katanya, jangan.
Cikgu tidak tahu keinginan terdalam saya sebenarnya adalah untuk menaikkan bendera dipagi hari, setiap hari isnin diperhimpunan sekolah. Keinginan saya mahu berdiri diantara para murid dan mengawal keadaan mereka, siapa yang bising tulis nama dan laporkan kepada cikgu.
Guru kelas saya berkata, kau jangan jadi Pengawas Sekolah. Jangan ! ok ? kau jadi ketua kelas saja. Setiap tahun menjadi ketua kelas. Sebenarnya, saya bosan. Jika bukan pengawas sekolah sekurang-kurangnya lantiklah saya menjadi pengawas pusat sumber. Jawapannya sama. Tidak boleh.
Kenapa cikgu mahu saya menjadi ketua kelas saban tahun? saya tidak tahu. Saya sebenarnya tidak suka memberi arahan kepada murid lain untuk berbaris setiap pagi sebelum masuk kelas. Memberi arahan untuk berdiri kepada murid lain ketika cikgu melangkah masuk kedalam bilik darjah. Mengawal kelas untuk tetap sopan dan santun perilakunya, diam ketika guru tiada didalam kelas. Membuat jadual bertugas murid-murid, siapa menyapu, lap cermin dan membuang sampah.
Hal paling saya benci ketika menjadi ketua kelas adalah menulis nama murid yang bising, yang juga merangkap kawan saya dan nama tersebut harus diserahkan kepada cikgu. Kemudian, nama tersebut dipanggil dan mereka akan menerima hukuman. Oh, salahkah saya ? tidak juga. Siapa suruh mereka bising, nakal dan tidak mendengar kata saya. Padan muka !
Kegagalan menjadi pengawas diusia kanak-kanak itu membuat saya bertekad untuk menjadi pengawas sekolah di sekolah menengah. Untuk apa ? saya juga tidak tahu atau mungkin kata orang menjadi pengawas itu sekurang-kurangnya kelihatan sedikit hebat dimata orang lain. Baju berbeza dengan pakaian seragam pelajar dan menggunakan kasut hitam pula. Dari jauh orang akan tahu 'oh, dia punya pangkat disekolah itu'. Lebih kurang begitulah !
Ternyata, ia tidaklah semulus rasa. Menjadi pengawas sekolah disekolah menengah tidaklah terlalu seronok. Tidak juga terlalu gah. Sepanjang menjadi pelajar menengah saya adalah pengawas sekolah berbaju biru si warna awan dengan skirt warna putih. Pada awal musim tugas itu sempat membuat saya tertekan dan ingin berhenti dari menjadi pengawas tetapi, saya juga perlukan sesuatu untuk menambah nilai pada laporan tahunan sekolah saya.
Tamat tingkatan lima, saya pindah sekolah dan masuk tingkatan enam. Saya tidak memilih pengawas tetapi, saya dicadangkan oleh seseorang. Menjadi pengawas disekolah baru tidak semudah lantikan sebelumnya. Disekolah ini, harus menghadapi temuduga dan orientasi masuk longkang berlumpur, parit berair coklat, naik bukit masuk hutan dengan membawa sebiji belon dan belon itu tidak harus pecah. Jika ia pecah, kegagalan pertama sudah anda miliki. Diuji lagi dengan permainan sayang sibuta di kawasan tanah perkuburan kerana, sekolah saya memang jirannya manusia tak bernyawa.
Satu minggu setelah ditemuduga saya lulus dan ramai juga yang ternyatanya tidak berjaya. Guru kelas saya sempat berpesan untuk tidak terlalu mementingkan tugas sebagai pengawas sekolah. STPM semakin hampir. Tingkatan enam atas, dipertengahan tahun saya mulai mengiyakan kata-kata cikgu saya itu. Saya tidak mengambil tugas lagi kerana, memangnya akan ada ambilan jawatan pengawas baru selepas itu.
Waktu itu, harus fokus terhadap STPM dan menjadi kegemaran saya adalah matapelajaran sejarah juga, Pengajian Am. Rasa suka saya terhadap subjek itu tidak pernah terkubur, hingga kini. Subjek teratas kegemaran saya adalah sejarah.
Sebaik mana pun manusia terhadap saya jika, ia pernah menjadi jahat terhadap saya..saya selalu akan mengingatnya. Berbaik-baik dengannya pastinya tidak menjadi masalah tetapi, untuk mempercayainya sungguh tidak akan pernah lagi ada didalam hati ini
...dan itu sebab saya suka akan sejarah. Sejarah tidak harus dilupakan. Menjadi pengawas sekolah adalah sebuah sejarah tetapi, justeru tugas itulah saya tahu bagaimana kebanyakan murid berpura-pura baik terhadap kita. -ketika spot check mereka ada tempat untuk berpaut atau istilahnya 'kitakan kawan' .....kawanlah sangat !
3 Ulasan