Terkadang ada manusia bertanya tidak cantik lagikah negerimu sehingga terlalu takjub akan keindahan negara luar ? mempromosikan tempat itu seperti itu adalah tanah kelahiran tercinta saya ? Cukup ketuk kepala tanya minda, perlukah soalan sedemikian diutarakan ? tidak rasanya.
Saya teruskan penulisan saya tentang keindahan bumi Korea Selatan. Kali ini kita menjelajah Korea Selatan bahagian JEONGSEON. Keadaan geografi Jeongseon merupakan gunung-ganang diatas 1,000 meter, salah satunya adalah Gariwangsan (Gunung Gariwang) yang berketinggian 1,561 meter. Aliran-aliran air gunung tersebut menyatu dan membentuk sungai Dong (Donggang) atau nama lainnya Sungai Joyang. Dapat berimaginasi bagaimana indahnya tempat itu ? Selain indah, suasananya sejuk dan tenang.
Jeongseon terletak di Wilayah Gangwon menyediakan banyak lokasi pelancongan. Antaranya adalah lokasi-lokasi seperti berikut :-
SUNGAI AURAJI
Suatu ketika dahulu, sungai Auraji menjadi tempat persinggahan rakit-rakit yang membawa kayu menuju Hanyang the original name of Seoul. Ia terletak di 69, Auraji-gil, Jeongseon-gun, Gangwon-do, Korea Selatan.
Sungai ini terkenal dengan keindahan semulajadi, gunung dan sungai yang bersih. Nama Auraji terwujud dari perkataan 'eoureojida' yang bermaksud 'bertemu' kerana air dari Pyeongchang dan Samcheok menyatu disungai ini. Lagenda ada menyebutkan bahawa disuatu ketika dahulu ada seorang isteri menantikan kepulangan sang suaminya yang berakit jauh untuk bekerja tetapi, tidak pernah kunjung pulang kepangkuan isterinya.
Keindahan asli bumi Auraji-gil menarik ramai pelancongan untuk menikmati suasana tenang sambil melihat simbol kekasih yang tak kunjung pulang itu.
BYEONGBANGCHI SKY WALK
Byeongbangchi Sky Walk merupakan satu pelancongan yang wajib dinikmati oleh semua pengunjung Jeongseon. Wajib ! tak cuba, tidak sah berada di Jeongseon. Ia terletak dianatar Gyuram-ri dan Buksil-ri di Jeongseon-eup dengan khazanah alam yang sangat mempesonakan. Pemandangan sekitarnya adalah Pulau Bamseon whose shape is like the Korean peninsula with streams of Donggang River.
Byeongbangchi Sky walk menjanjikan panorama terbaik serta pengalaman menakjubkan. It gives a feeling of walking in the sky with 'U' shapep structure (11m) projected from the cliff at altitude of 583m. Dari atas, para pengunjung dihadiahkan keindahan pulau Bamseom dan Sungai Donggang.
Suka selfie ? yeah, ini tempat yang sesuai untuk anda ! oh ya, Byeongbangchi Sky Walk juga merupakan tempat penggambaran filem Happy Sunday '1 night 2 day'.
JEONGSEON 5 DAYS MARKET
Jangan pernah terlupa untuk datang ke Jeongseon 5 days market jika berkunjung ke Jeongseon. Jeongseon 5 days Arirang market, dibuka untuk pertama kalinya pada tahun 1966 dan merupakan Pasar tradisional terbesar Korea. Pasar ini dibukan pada tarikh 2, 7, 12, 17, 22 dan 27 setiap bulan.
Jeongseon 5 days marketmenjadi tarikan pelancong dalam dan luar negeri. Pengunjung akan berpeluang menikmati pelbagai seasonal agricultural foods, buah-buahan dan makanan tradisi suku Korea. Antaranya seperti, Gondrae Namul bap (nasi kukus dimasak bersama sayur-sayuran), ia merupakan makanan yang terkenal di Jeongseon. Wajib cuba tau..
Selain itu, makanan seperti patao ongsimi iaitu makanan tradisional penduduk wilayah Gangwon juga wajib dinikmati ketika berada di Jeongseon 5 days market. Saya tidak dapat menuliskan satu per satu kemeriahan dan kepelbagaian jualan di Jeongseon 5 days market. Paling penting, tempat ini pasti membuat anda suka dan mahu berlama-lamaan di Jeongseon.
Jeongseon 5 Days Market terletak di 39, Bongyang 7-gil, Jeongseon-gun, Gangwon-do, Korea Selatan.
Hanya tiga lokasi menarik di Jeongseon ? tidak ! ia lebih dari itu. Artikel tentang tempat-tempat menarik Jeongseon akan saya publishkan untuk bacaan semua di post yang akan datang. Jangan pernah lupa Jeongseon juga merupakan sebuah kawasan atau lokasi untuk acara sukan berprestij dunia iaitu, PyeongChang 2018 Olympic Winter Games. Jeongseon menjadi lokasi utama untuk acara PyeongChang Mountain Cluster Sukan Olimpik 2018.
Oleh itu, jika anda berpeluang menghadiri sukan musim sejuk Olimpik 2018 jangan gagal memberi ruang kepada diri anda untuk menikmati lokasi-lokasi pelancongan di sekitar Jeongseon.
Thanks, until next post !
15 Ulasan