Ada kabus bertamu disini dan sungguh, itu bukan hal yang menghairankan kerana didepan tempat ini tersuguh gah Gunung Kinabalu ikon kebanggaan negeri Sabah dibawah bayu. Tempat ini dinamakan Aki-Odu Garden sebagai sebuah jalur mengingat warisan moyang kepada generasi penerusnya, Aki-Odu bermaksud datuk-nenek dalam bahasa Dusun.
|
Kabus ! kabus ! kabus ! disini juga boleh main hammock |
Tempat ini lebih kepada camp-site dalam kebun dan sangat sesuai buat penggemar ketenangan dan damai. Saya sebagai sang pencinta dunia segar sangat suka suasana kawasan ini, nyaman dan jauh dari pencemaran alam kota.
|
Kawasan penanaman sayur organik |
|
Sayur Organik |
|
Strawberry ! |
Bagi manusiawi moden yang tidak pernah berkelana dengan alam kampung, mendengar bunyi cengkerik dipetang hari, memegang tanah sehingga jeleknya kuku tersumbat dengan tanah atau menggunakan air tanpa rawatan klorin sebagai agen disinfeksi untuk membunuh patogen, tempat ini mungkin tidak mendapat tempat dihati kalian. Namun, jika anda adalah manusia yang inginkan pengalaman kampung, bercucuk-tanam, atau rindukan suasana novel seperti membaca buku dibawah pohon yang rendang sambil berhayun lembut didalam hammock dan sesekali bayu menampar lembut wajah....tempat ini sangat sesuai dijadikan medan menikmati suasana tersebut.
|
Ruang santai dan makan |
Pernah ke Thailand ? Vietnam ? Indonesia ? dan beberapa negara
Asean yang mementingkan agriculture sebagai sumber pelancongan dan ekonomi ? sebenarnya negeri Sabah juga sangat berpotensi kearah itu cuma, ia kurang dikomersilkan. Aki-Odu Garden masih diawal rancangan sebuah kisah dan ia masih baru untuk mencari nama dibicara setiap bibir. Untuk waktu masa ini, ia hanya terbuka kepada kawan-kawan rapat dan keluarga yang mahu bermalam dibawah atap langit kerana, disini memang tiada rumah kalau pun ada, itu hanyalah pondok atau kemah. Kawasan ini hanya lebih-kurang 15 minit menuju Pekan Nabalu. Kalau mahu ke Kundasang juga, sudah sangat dekat.
|
Sunrise dari Gunung Kinabalu |
Saya suka tempat ini, sejuk, kampung, tenang dan damai. Berhadapan dengan gunung Kinabalu dan dari kawasan ini juga, kita boleh melihat Gunung Trusmadi. Indah ? saya tidak ingin berlebihan dalam kata, lebih baik kalian sendiri menikmatinya dan menilainya kemudian.
13 Ulasan