Negeri Sabah kaya dengan pesona alam yang memukau. Eksplorasi ke pergunungan, bukit-bukau, atau ke pulau dan lautan ? semuanya boleh diperoleh di negeri Sabah Bawah Bayu. Artikel kali ini, sekali lagi berbicara tentang aktiviti hiking ke salah satu bukit terkenal dinegeri ini. Bukit Perahu, Tamparuli.
Berjalan sendirian terkadang mengasyikkan tetapi, untuk program seperti hiking melangkah sendiri pasti bukan sebuah pilihan yang terbaik. Saya bersama #TeamGBK ternyata sangat bersemangat bangun lebih awal untuk tujuan mendaki bukit Perahu. Biasanya, hujung minggu iaitu Sabtu sering digunakan untuk bangun dari tidur lebih lewat dari biasa kerana, memang hari Sabtu adalah hari cuti. Namun, tidak untuk hari itu.
Sebenarnya, ini bukan perjalanan pertama saya ke bukit ini. Sebelumnya, saya mendaki ketika matahari hampir melabuhkan tirai tugasnya tetapi, kali ini saya memulai perjalanan ketika matahari baru memulakan tugasnya dinegeri ini. Bukit ini agak tinggi dan sepertinya sepanjang perjalanan tidak ditemukan jalan yang datar untuk memanjakan kaki untuk bersantai seketika dari terus berusaha keras untuk melangkah. Waktu untuk mendaki Bukit Perahu adalah kurang dari satu jam. Tidak terlalu sukar tetapi, cukup membantu untuk memaksa peluh keluar dari liang-liang kulit.
Disetiap pendakian sering ditanyakan satu soalan 'cantikkah' tempat itu ? Tentu saja. Disetiap puncak selalu disajikan sebuah pemandangan indah saujana mata memandang. Dipuncak Bukit Perahu, anda mampu melihat pemandangan keseluruhan kawasan Tamparuli. Sunrise dan sunset dari puncak bukit ini terlihat lebih mewah berbanding ketika kita melihatnya dari tempat yang rendah.
Siapa yang boleh mendaki ?
Apa pun, mendaki Bukit Perahu merupakan hal yang indah apatah lagi, turut serta dalam team ini adalah budak dibawah umur 8 tahun yang ghairahnya terhadap perjalanan tanpa bantuan orang dewasa sangat tinggi. Meski, ada waktunya mereka berhenti mohon dengan rela dipimpin tangannya atau sesekali didorong dari belakang agar tetap semangat.
Usai aktiviti hiking, kami singgah sebentar di Pekan Tamparuli. Hal wajib bagi pengunjung Tamparuli, tidak sah jika sekadar melihat jambatan tamparuli dari kejauhan. Wajib tapak kaki anda memijak jambatan Tamparuli dan juga, tidak sekadar harus memijaknya tanpa mengetahui sejarahnya pula. Kenapa ia dibina ? ada sejarah sedih dibaliknya. Jambatan Tamparuli ada dua, satu darinya digunakan sebagai laluan kenderaan dan satu lagi jambatan gantung dan, saya tidak sedang berimaginasi ketika menuliskan bahawa Jambatan Tamparuli merupakan salah satu jambatan yang terkenal didunia.
8 Ulasan
Wah, nice view ...
Kak pip tak pernah lagi hiking bukit, mcm tak larat rasanya ..