Bumi Korea Selatan mewah dengan tempat indah dan budaya yang menarik. Tulisan ini saya dedikasikan buat semua penggemar tempat indah, penggemar sejarah dan penggemar seni. Juga, buat penggemar filem Korea dan semua pemilik hati yang punya impian untuk menjejaki kota Korea.
Ada kisah yang harus kita mengertikan mengapa Hyo Seok Cultural Festival dirayakan dan ia berkaitan dengan penulis novel Korea iaitu, Lee Hyo Seok (1907-1942) yang terkenal dengan novel 'When Bucketwheat Flowers Bloom' menceriterakan tentang hubungan antara manusia dan keindahan alam semulajadi. Sebagai memperingati tokoh ini, Hyo Seok Cultural Festival diadakan.
Festival ini menyajikan variasi program seperti pameran puisi, malam kesusasteraan, pertandingan esei Hyo Seok dan banyak lagi. Festival ini membenarkan pelawat untuk melawat tempat kelahiran dan dewan memperingati Lee Hyo Seok. Festival Hyo Seok diadakan di 157, Ihyoseok-gil, Pyeongchang-gun, Gangwon-do bermula dari 02 September hingga 10 September 2017. Untuk sampai kedestinasi ini pengunjung perlu mengambil intercity bus ke Jagpyeong Intercity bus terminal dan kemudian menaiki bas ke Bongpyeong atau Phoenix Park.
Siapa Lee Hyo Seok ?
Untuk apa merayakan seorang manusia biasa tanpa 'sesuatu' dari seseorang kepada seseorang. Hakikatnya, Lee Hyo Seok atau nama penannya 'Gasan' merupakan seorang penulis fiksyen yang terkenal dengan hasil karyanya yang melebihi 70 buah fiksyen diera 1928 dan pernah menerbitkan karya bermutu serta mendapat perhatian ramai iaitu 'City and Ghost' dan diterbitkan di Joseon Jigwan. Ia dilahirkan pada 23 Febuari 1907 di Pyeongchang, Gwang-do, sebuah wilayah yang bakal menganjurkan sukan berprestij dunia iaitu Pyeongchang, Winter Olympic 2018. Antara karya Lee Hyo Seok adalah 'Unanticipated Meeting', 'Shattered Red Lantern' dan 'At Sea Near Russia' . Kebanyakan karya beliau berunsurkan simpati sosialisasi.
Lee Hyo Seok Culture Village / Kampung Budaya Lee Hyo Seok
Lee Hyo Seok Cultural Hall
Ia disebut sebagai Lee Hyo Seok Culture Village kerana disinilah Lee Hyo Seok dilahirkan dan tempat ini juga menjadi sebuah alasan bagaimana inspirasi terbit melalui novel pendek bertajuk 'When Bucketwheat Flowers Bloom' yang sehingga kini masih menjadi sebutan ramai orang.
Pyeongchang, Korea Selatan akan menjadi tuan rumah sukan Olimpik musim sejuk pada tahun 2018. Oleh itu, bagi anda yang ingin menyaksikan sukan tersebut digalakkan mendapat info tepat agar masa anda tidak sekadar menyaksikan acara sukan tersebut tetapi, turut melihat keindahan semulajadi atau monumen bersejarah ketika berada di bumi Korea Selatan. Sambil menyelam, minum air ! Selamat merancang percutian anda.
10 Ulasan