Artikel kali ini membawa anda mengenal tiga jenis makanan yang terkenal di wilayah Jeongseon dan wajib dinikmati oleh mulut semua pengunjung yang datang bertandang didaerah tersebut.
GONDREBAP
Gondrebap merupakan nasi kukus dengan gondre. Gondre (Cirsium setidents) merupakan sejenis tumbuhan liar yang tumbuh subur dan banyak di sekitar kawasan Jeongseon/Taebak. Gondre mengandungi banyak vitamin, lembut dan sangat rangup.
KOTDEUNGCHIGI GUKSU
Salah satu makanan yang berasaskan buckwheat adalah Kotdeungchigi noodle. Makanan ini agak nakal kerana ia akan selalu mengenai hidung ketika makan. Tidak hairanlah ia disebut kotdeungchigi, kotdeungchigi bermaksud 'memukul hidung'. Tesktur mee ini sangat anjal serta tebal. Tidak sah berada di Jeongseon jika tidak menikmati kotdeungchigi guksu. Rasanya sedap !
ONGSIMI
Ongsimi merupakan makanan asli masyarakat Gangwon. Ia diperbuat daripada kentang yang dikisar dan lebihan air kentang akan dicampurkan dengan tepung kanji bagi menghasilkan ongsimi atau pun small dumpling.
Untuk pengetahuan, kentang merupakan makanan ruji bagi wilayah Jeongseon. Oleh itu, tidak hairanlah jika makanan yang berasaskan kentang adalah istimewa dan terkenal dengan keenakkannya.
7 Ulasan
xx
Puiyeesss