Mungkin, boleh dikatakan negeri ini sedang membangun kearah kebaikan meski, pembangunannya tidak sepesat negeri luar tetapi, bersyukurlah. 19 Oktober 2017 saya berpeluang melalui jalan darat Kota Kinabalu-Kalabakan-Tawau. Soalnya, jalan ini bukanlah laluan terbaik yang dapat dibanggakan kepada dunia kerana jalanraya yang ada seakan hidup segan-mati tak mahu. Namun, saya menikmati keadaan tersebut dengan seribu cerita.
Laluan ini merupakan laluan pilihan untuk sampai ke Tawau dalam masa lebih-kurang 6 jam (iaitu 2 jam lebih cepat berbanding jalan KK-Sandakan-Tawau). Andai saja, jalanraya yang ada dalam keadaan baik perjalanan pasti akan lebih cepat tanpa perlu menunggu 6 jam untuk tiba ke Tawau. Ok, cerita sebenar bukan tentang jalanraya. Saya bersama #TeamGBK ke Tawau untuk sebuah aktiviti gereja atau lebih dikenali sebagai Hari Doa Wiranita yang ke-2.
Kami tiba di Tawau sebelum jam 3.30 petang, kami menginap di Kuhara Court Apartment hanya bersebelahan dengan Servay Mall. Tiba di Kuhara, sebelum salam berganti salam kami disambut dengan senyuman selamat datang oleh semua orang. Oleh kerana kami telah membayar yuran secara online maka, kami tidak perlu bersusah-payah berbaris membayar yuran. Hanya mengambil kunci bilik, menyimpan barang-barang lalu, bergerak kepasar Tawau kerana, acara hanya bermula pada jam 7.30 malam.
Tawau dan periuk murah tiada terpisahkan. Sejak saya mengenali Tawau, keistimewaan itulah yang saya tahu selain, keropok amplang. Ketika saya melihat teman-teman saya, mereka membeli seperti 'tiada esok' , tangan kiri dan kanan penuh dengan hasil belian bak kata orang dari kosong kepada berlimpah. Jika tiada had masa untuk ke pasar, saya yakini bosan tidak mereka rasakan. Jujur saja, shopping bukan kegemaran saya. Cukup membeli apa yang sedap saya rasakan dan tidak perlu membuang duit membeli barang yang bukan keutamaan. Jika makanan, itu lain cerita (haha).
Berdasarkan jadual, 6.30 petang adalah waktu untuk makan. Makanan sudah tersedia ketika kami tiba. Saya lupa menu makan malam tersebut tetapi, sambal cili masih terasa kuasanya dimulut saya. Sedap dan berapi !. Setelah usai makan malam, kami berkumpul untuk acara Wiranita. Ada 280 orang peserta, hadir dari variasi rumpun bangsa. Benarlah kata orang, pelangi tidak akan indah dengan hanya satu warna. Meski kita hadir dari suku bangsa yang berbeza kita menjadi sebuah keluarga besar yang menyembah Tuhan yang sama. Menjadi indah bersama. Menjadi berkat kepada sesama.
Dua malam telah berlalu, ketika pagi menjelma semua kami diwajibkan bangun lebih awal kerana harus bergerak pulang ke Kota Kinabalu seawal jam 5. Bukan sesuatu yang saya minati untuk bangun terlalu awal dan ketika turun ke lobi apartment tersebut, ternyata ada orang yang bangun lebih awal dari kami. Pengarah kem bersama Pst Madia. Pagi yang dingin terasa hangat bila kita tidak harus melangkah sendirian tetapi, ada orang yang mahu menyapa kita dipagi hari dan mengucapkan selamat jalan dan berjumpa lagi. Sarapan pagi juga ada disediakan (wah, ada KFC hehe) . Terima kasih Gereja Baptis Tawau untuk usaha dan persiapan untuk kem Wiranita 2017. Sampai berjumpa di Kem Wiranita ke-3 nanti.
Jadi, apa yang saya tambahkan dalam diri saya seusai berakhirnyanya kem ini dan sekembalinya saya diposisi harian saya ? Tidak hanya saya tetapi, semua anda. Sila baca Kolese 3:12-17 , mengasihi dan melayani dengan hati hamba. God bless.
13 Ulasan
Where is your next destination?
Racheal_Foodilifecious
Maybe next road trip, kak pip harap dpt jumpa papan tanda maliau basin tu ...dan thanks kongsi cerita ni, seperti dpt merasakan keseronokan berada di tawau. Have a nice day Cla.
xx
Puiyeesss
great to know you are having fun at this roadtrip