TIP OF BORNEO, SABAH MALAYSIA

www.cla-travel.asia  ~ Jom Travel !

Di setiap perjalanan ada cerita yang harus dituliskan kerana, di setiap pandangan ada hati yang merasakan. Perjalanan ini merupakan impian saya sejak beberapa tahun yang telah berlalu namun, sering kali gagal kerana ada perjalanan lain yang harus ditempuh selain maju menuju hujung peta negeri kesayanganku. Tanjung Simpang Mengayau, Kudat Sabah - 16 Disember 2017 akhirnya mendapat posisi kecil dalam sudut memori saya, tidak hanya hari ini tetapi, untuk selamanya. 
TIP OF BORNEO, SABAH MALAYSIA
Tanjung Simpang Mengayau atau turut dikenal sebagai Tip Of Borneo merupakan satu destinasi pelancongan yang wajib dilawat oleh semua. Ia merupakan titik pertemuan antara Laut China Selatan dan Laut Sulu. 

Sebenarnya, ada seribu rasa bertakung di dada ketika memejamkan mata pada malam 14 Disember yang lalu. Hujan turun dengan lebatnya dan dinyatakan dimana-mana dalam media sosial bahawa banjir sedang melanda Kota Belud dan juga, Kota Marudu. Kawasan tersebut merupakan laluan perjalanan ke Pitas. Kami harus berada di Pitas untuk sebuah acara Natal Gabungan dan acara tersebut telah dirancang sejak satu tahun lalu. Sebuah acara yang saya nanti-nantikan dan itu turut bermakna saya akan berjaya menjejaki daerah Pitas untuk pertama kalinya dalam hidup. Jika tidak, saya pasti tidak memiliki gambar kenangan seperti di bawah ini.
TIP OF BORNEO, SABAH MALAYSIA
Hanya Pitas, itu kata kamu. Tidak bagi saya. Ini daerah dihujung dunia yang unik. Menembus banyak perjalanan, menguak banyak cerita sepanjang perjalanan. Kata orang Pitas itu terlalu jauh untuk dilawati, hakikatnya ia hanya kata belaka sang manusia yang suka berkata lebih. Ia tidak terlalu jauh. Saya pernah menempuh perjalanan berkenderaan selama lapan jam menuju suatu lokasi. Pitas tidak terlalu jauh. Cuma ia masih kurang menerima pembangunan, seakan sang pemerintah menutup mata melihat kewujudan daerah ini dinegeri Sabah.

Kami tiba di pekan Pitas sebelum jam 12 tengahari. Malam sebelumnya, melalui sesi perbincangan pertemuan akhir para peserta yang akan ke Pitas dimaklumkan jika, hujan berlarutan hingga ke pagi maka perjalanan ke Pitas tidak akan diteruskan.  Kami menetapkan jam 7 pagi sebagai waktu untuk bertolak dan seharusnya masa itu tidak hujan. Jika hujan, perjalanan akan dibatalkan kerana kawasan Kota Belud dan Kota Marudu malam itu sedang banjir. Saya secara peribadi masih mengharapkan agar awan-awan tertutup dari menurunkan hujan. Saya menutup mata malam ketika hujan masih turun dan tepat jam 5:48 pagi saya terbangun dari lenanya tidur. Saya terdengar bunyi tetapi, kurang pasti apakah itu hujan atau air sungai paya yang mengalir di dekat rumah. Saya tidak membuka mata kerana takut akan kecewa jika itu ternyata adalah hujan. Saya mengamati bunyi itu dan masih kurang pasti 'hujankah itu?' .....inginkan kepastian saya berdiri melihat ke luar lalu mengarahkan pandangan ke awan. 'Cerah' dan tanpa ragu saya menyakini bahawa ia akan cerah sepanjang perjalanan pergi dan pulang kami. Keadaan tanpa setitis pun gerimis turun ke bumi membuat perjalanan kami lancar dan mulus.

Ketika tiba di Kota Belud dan Kota Marudu masih terlihat baki air yang belum surut dari proses banjir semalam. Suasana itu membuat kami tahu bahawa perjalanan kami bukanlah hak kami sendiri tetapi, semua kerana penyertaan Tuhan semata.
TIP OF BORNEO, SABAH MALAYSIA
Tiba di Pekan Pitas, sang mentari bersinar gah di atas kepala. Ternyata, Pitas belum dilawati hujan sejak beberapa hari itu. Kami tiba di Gereja Baptis Pitas dan itu setelah jalan kami diketuai oleh beberapa jemaat gereja tersebut. Kami disambut dengan mesra dan juga, dengan makanan tengahari 'Telur dan Ikan goreng'. Terima kasih GB Pitas ! Kami diberi pilihan samaada untuk  tidur di motel yang berhampiran atau menikmati tidur di gereja saja. Jika inginkan tidur nikmat pasti motel menjadi pilihan tetapi, jika pengalaman menjadi sasaran maka tidur digereja adalah hal yang terindah. Justeru, kami sepakat untuk tidur digereja dan para pemuda tidur di bilik sekolah minggu dan beberapa pemuda lainnya tidur dalam khemah. Sebuah pengalaman yang nikmat untuk dikecapi dan disemat dalam memori indah sebuah kehidupan.
TIP OF BORNEO, SABAH MALAYSIA
Jam 3 petang aktiviti sukaneka berlangsung. Banyak sukan dan permainan dijalankan.  Selesai aktiviti tersebut kami memiliki beberapa jam untuk melakukan aktiviti sendiri. Oleh kerana tempat itu berada dalam kawasan pekan Pitas maka, Pasar malam menjadi tumpuan kami. Jika perbandingan dijalankan di antara beberapa pasar malam dinegeri Sabah, Pasar malam Pekan Pitas menjadi salah satu pekan pilihan saya. Satu sebabnya kerana ia bebas dari orang asing yang terhegeh-hegeh menyakat orang untuk membeli rokok, bebas dari sampah-sampah dan bebas gelandangan dan untuk itu saya berani membeli minuman dan makanan yang dijual oleh penjaja /penjual yang ada.  Saya hanya melakukan itu ditempat yang saya yakini tahap kebersihannya.
TIP OF BORNEO, SABAH MALAYSIA
Jam 6.30 petang kami harus kembali ke dewan untuk makan malam. Sebenarnya perut sudah tidak perlu diisi oleh makanan lagi kerana, mulut sudah dicicipi dengan banyak jenis makanan dipasar malam. Jam 7.30 ibadah berlangsung dan juga persembahan-persembahan dari setiap PMM gereja yang ada. Pasti terfikir oleh kalian, 'tidak mandikah kami?' . Pasti mandi ! mandi dengan air yang kurang daripada setengah baldi kecil. Jika ditanya antara makanan sedap, tempat tidur yang selesa atau kemudahan air yang cukup, saya memilih untuk mendapatkan air yang cukup. Air di tempat kami menginap agak terhad dan untuk berus gigi kami harus menggunakan air mineral. Namun, itu bukan alasan untuk kami tidak bersukacita. Melalui keadaan tersebut kami tahu erti sebuah nilai kehidupan, mensyukuri segala hal yang ada.
TIP OF BORNEO, SABAH MALAYSIA
Satu malam telah berlalu, tiba waktu untuk bersurai dengan tuan rumah. Kami bercadang untuk bergerak seawal jam 6 pagi kerana Simpang Mengayau menjadi destinasi persinggahan kami seterusnya. Sarapan pagi hanya akan disediakan pada jam 8 pagi. Itu tidak apa-apa. Kami tidak perlu dijamu sebaik itu, tempat tinggal yang terbuka sudah cukup bagi kami. Namun, tuan rumah telah dengan baik hati bangun awal-awal menyediakan sarapan buat kami. Apa lagi yang boleh kami lakukan ? selain makan dan menikmati sarapan itu dengan ucapan terima kasih. Selesai sarapan kami bergerak pada jam 6:44 pagi. Terima kasih GB Pitas dan selamat bertemu di  kesempatan waktu yang lain.


Tanjung Simpang Mengayau saya datang ...

Mengapa saya seghairah ini ketika menceritakan kisah Simpang Mengayau, Kudat ? saya juga tidak tahu. Atau kerana saya sudah terlalu lama menunggu detik ini. Mungkin. Dari kejauhan ketika melihat ombak memukul mesra lautan, saya merasakan bahawa tempat itu sangat cantik untuk dimajukan dan dikomersialkan. Tip of Borneo, akhirnya kaki saya berjaya menikmati panorama itu tanpa perlu mendengar apa kata orang lain tentangnya. Perjalanan ini seperti dejavu, banyak tempat yang untuk pertama kalinya saya lalui  telah saya lalui sebelumnya dalam mimpi.
TIP OF BORNEO, SABAH MALAYSIA
Ada kata tertulis 'keluarlah dari zon nyaman hidupmu, melangkah hingga ke hujung dunia'. Hujung dunia itu di mana ? tiada siapa yang tahu. Beberapa tahun yang lalu ada seorang Amerika berkata begini 'saya baru kembali dari hujung dunia. Hujung dunia itu ada di Kudat' . Saya tidak pernah melupakan perkataan itu, kerana ketika mendengarkan hal itu saya mulai menyimpan hajat untuk turut berada di hujung dunia itu. Hari ini saya akhirnya berjaya menjejaki hujung dunia, iaitu Kudat. Ia bukan hujung dunia sebenarnya, ia hanyalah hujung peta negeri Sabah.
TIP OF BORNEO, SABAH MALAYSIA
Destinasi bukanlah sebuah tempat, melainkan cara baru untuk melihat sesuatu.

Catat Ulasan

11 Ulasan

el berkata…
Cantikknya view mentari tu
iuzira berkata…
Bestnya tempat2 dia, saya tak pernah pegi sabah. Next entry buat perenggan ya baru Best skit baca
Mimie berkata…
Teringin nak pergi Sabah. Hopefully ada rezeki hujung tahun ni ataupun tahun depan..Sabah byk tmpat2 cantik
Cik Rose berkata…
Seronok dapat menerokai sesuatu tempat ni kan. Rose pun teringin nak ke Sabah. Masa kecil pernah duduk Kota Kinabalu sekejap sebab ayah posting sana. Tapi memang tak ingat sangat memori kat sana sebab kecil masa tu. Suami Rose pulak dah pernah bertugas di Kudat, Lahad Datu dan lain-lain. Bila dia tunjuk gambar pulau dan laut, Rose yang teruja. Cantik sangat.
Wawa Ashihara berkata…
Wah..bestnya... Dh lama teringin nk pi borneo.. Tp husband susah nak dpt cuti yg lama..huhu
Sally Samsaiman berkata…
Pertama kali dgr psl Tip Of Borneo..Jujurnya Malaysia ni banyak tempat yg cantik, ada yg dah selalu diteroka..ada yg tersimpan rapi..

Tahniah utk memori yg tercipta!
cahaya hayati berkata…
Borneo cantik tapi akak tak sampai sana lagi. In sha Allah suatu hari nanti
sayaidaydotcom berkata…
Bestnya, tak berpeluang lagi nak ke sana. InyaAllah this year memang nak pergi sana. hehehe
Eintan Nurfuzie berkata…
Sabah besar kan? Mcm2 tmpt cik en x gi lg
Nadia Johari berkata…
Bestnya join aktiviti mcm ni..malaysia bnyk tempat cantik2
Ray berkata…
Tempat ni memang berbaloi untuk dikunjungi, namun bukan semua orang dapat merasai 'kepuasan' itu. Been there.. may 2015