www.cla-travel.asia ~ Jom Travel !
Di setiap perjalanan ada cerita yang harus dituliskan kerana, di setiap pandangan ada hati yang merasakan. Perjalanan ini merupakan impian saya sejak beberapa tahun yang telah berlalu namun, sering kali gagal kerana ada perjalanan lain yang harus ditempuh selain maju menuju hujung peta negeri kesayanganku. Tanjung Simpang Mengayau, Kudat Sabah - 16 Disember 2017 akhirnya mendapat posisi kecil dalam sudut memori saya, tidak hanya hari ini tetapi, untuk selamanya.
Di setiap perjalanan ada cerita yang harus dituliskan kerana, di setiap pandangan ada hati yang merasakan. Perjalanan ini merupakan impian saya sejak beberapa tahun yang telah berlalu namun, sering kali gagal kerana ada perjalanan lain yang harus ditempuh selain maju menuju hujung peta negeri kesayanganku. Tanjung Simpang Mengayau, Kudat Sabah - 16 Disember 2017 akhirnya mendapat posisi kecil dalam sudut memori saya, tidak hanya hari ini tetapi, untuk selamanya.
Tanjung Simpang Mengayau atau turut dikenal sebagai Tip Of Borneo merupakan satu destinasi pelancongan yang wajib dilawat oleh semua. Ia merupakan titik pertemuan antara Laut China Selatan dan Laut Sulu.
Sebenarnya, ada seribu rasa bertakung di dada ketika memejamkan mata pada malam 14 Disember yang lalu. Hujan turun dengan lebatnya dan dinyatakan dimana-mana dalam media sosial bahawa banjir sedang melanda Kota Belud dan juga, Kota Marudu. Kawasan tersebut merupakan laluan perjalanan ke Pitas. Kami harus berada di Pitas untuk sebuah acara Natal Gabungan dan acara tersebut telah dirancang sejak satu tahun lalu. Sebuah acara yang saya nanti-nantikan dan itu turut bermakna saya akan berjaya menjejaki daerah Pitas untuk pertama kalinya dalam hidup. Jika tidak, saya pasti tidak memiliki gambar kenangan seperti di bawah ini.
Kami tiba di pekan Pitas sebelum jam 12 tengahari. Malam sebelumnya, melalui sesi perbincangan pertemuan akhir para peserta yang akan ke Pitas dimaklumkan jika, hujan berlarutan hingga ke pagi maka perjalanan ke Pitas tidak akan diteruskan. Kami menetapkan jam 7 pagi sebagai waktu untuk bertolak dan seharusnya masa itu tidak hujan. Jika hujan, perjalanan akan dibatalkan kerana kawasan Kota Belud dan Kota Marudu malam itu sedang banjir. Saya secara peribadi masih mengharapkan agar awan-awan tertutup dari menurunkan hujan. Saya menutup mata malam ketika hujan masih turun dan tepat jam 5:48 pagi saya terbangun dari lenanya tidur. Saya terdengar bunyi tetapi, kurang pasti apakah itu hujan atau air sungai paya yang mengalir di dekat rumah. Saya tidak membuka mata kerana takut akan kecewa jika itu ternyata adalah hujan. Saya mengamati bunyi itu dan masih kurang pasti 'hujankah itu?' .....inginkan kepastian saya berdiri melihat ke luar lalu mengarahkan pandangan ke awan. 'Cerah' dan tanpa ragu saya menyakini bahawa ia akan cerah sepanjang perjalanan pergi dan pulang kami. Keadaan tanpa setitis pun gerimis turun ke bumi membuat perjalanan kami lancar dan mulus.
Ketika tiba di Kota Belud dan Kota Marudu masih terlihat baki air yang belum surut dari proses banjir semalam. Suasana itu membuat kami tahu bahawa perjalanan kami bukanlah hak kami sendiri tetapi, semua kerana penyertaan Tuhan semata.
Tanjung Simpang Mengayau saya datang ...
Mengapa saya seghairah ini ketika menceritakan kisah Simpang Mengayau, Kudat ? saya juga tidak tahu. Atau kerana saya sudah terlalu lama menunggu detik ini. Mungkin. Dari kejauhan ketika melihat ombak memukul mesra lautan, saya merasakan bahawa tempat itu sangat cantik untuk dimajukan dan dikomersialkan. Tip of Borneo, akhirnya kaki saya berjaya menikmati panorama itu tanpa perlu mendengar apa kata orang lain tentangnya. Perjalanan ini seperti dejavu, banyak tempat yang untuk pertama kalinya saya lalui telah saya lalui sebelumnya dalam mimpi.
11 Ulasan
Tahniah utk memori yg tercipta!