Hal tersusah ketika menulis adalah memulakan tulisan itu, bagaimana hendak membuka bicara. Saya kurang suka menyapa 'hello', 'apa khabar' dan sebagainya ketika memulai tulisan. Bukan tidak peduli tetapi, mungkin ia bukan hal yang wajib ketika menulis. Saya suka menulis sesuatu yang direct tentang topik tersebut.
Demikian halnya dengan tulisan ini, tiada salam sapaan untuk kalian. Straight to the point saja.
Untuk tulisan ini kita santai saja ya ! ini hanyalah sebuah tulisan biasa tentang azam 2018. Ketika 2017 berlalu dan 2018 tiba, jujur saja saya tidak menuliskan apa-apa azam. Saya tidur di penghujung malam 31 Disember 2017 seperti biasa dan bangun pada 01 Januari 2018 juga seperti biasa. Melakukan rutin harian seperti biasa, menjalani hidup seperti biasa. Hidup ini sudah indah seperti ini dan akan semakin baik untuk hari-hari berikutnya.
Lalu, kalian mungkin berfikir 'hidup saya tidak punya matlamat'. Ahh, kamu kuno. Tidak setiap tahun kita harus menuliskan azam baru JIKA azam tahun sebelumnya belum terealisasi. Namun, ada hal-hal yang kita impikan harus kita batalkan dan kuburkan serta-merta jika, itu sebenarnya tidak memberi manfaat kepada diri kita. Padamkan saja azam itu. Hapuskan saja azam itu. Kuburkan saja azam itu dan mulakan azam baru.
Azam 2018 tidak ada.
Benarkah ?
Setelah 24 malam dan siang saling berganti, baru saya menyedari sebenarnya saya mempunyai azam 2018 yang harus saya tunaikan pada tahun ini.
Saya mahu kembali ke 54 kilogram ! Ketika tulisan ini diterbitkan berat saya adalah 60 kilogram dan saya mendapat berat ini pada bulan Oktober 2017. Sejak mendapat angkah itu, pakaian saya menjadi sendat, lemak bertingkat-tingkat dan nafsu makan pula semakin menjadi-jadi. Menjadi gemuk bukanlah agenda hidup saya. Bukan. Jauh sekali. Siapa pun tidak inginkan gelaran gemuk. Meski kata orang 'gemuk is sexy', tipu belaka ! itu pasti sekadar penenang hati kerana lemak-lemak degil tidak mahu pergi darinya. Semoga sebelum bulan Mei muncul, langsing sudah menjadi status pinggangku. Kenapa Mei ? tunggu tulisan saya yang akan datang, Precious Cla di Danau Toba, Indonesia dengan berat 54 kilogram. pheww ! jika gendut masih menjadi milikku, anggaplah azam ini tidak pernah terwujud dalam duniaku.
Seterusnya,
Saya berazam untuk tidak tergoda pada tabunganku. Azam ke dua ini bagai membuka pekung di dada tetapi, itulah realitinya. Tahun ini harus tidak mudah tergoda pada duit dan tidak harus asyik merindui tabungan sendiri. Oleh kerana tabung sebelum ini mudah dibuka maka, duit di dalam juga mudah keluar. Oleh itu, misi tahun ini harus berkomitmen dan berdisiplin untuk tidak mengeluarkan tabungan sendiri. Dengan harapan tabung penuh sebelum Jun 2018. Kalau tidak penuh, terpaksalah tunggu bulan Disember 2018. Kalau tidak penuh juga ? maknanya, harus bertaubat dari banyak hal.. haha
Azam ke tiga
Mahu mengikuti kelas/kursus penulisan kreatif. Impian ini sudah bertapak di dasar hati sejak bertahun dahulu tetapi, tiada tindakan susulan dilakukan. Setelah umur semakin lanjut, keinginan untuk terlibat dalam bidang penulisan tiba-tiba mengetuk-ngetuk pintu hati minta ia direalisasikan. Bagaimana ? saya tidak tahu. Mungkin, perlu saya salahkan negeri ini kerana terpisah dengan Laut China Selatan atau salahkan diri sendiri kerana terlalu mengharap kursus-kursus sedemikian akan dibuat dinegeri bawah bayu. Berapa lama lagi penantian ini ? atau saya musnahkan saja impian yang satu ini dan kekal sebagai penulis blog, copywriter dan pekerja bermajikan tanpa menghasilkan buku karya sendiri ? ahh ! saya malas bermonolog sendiri 'kejarlah mimpi, sehingga lelah mengejar' 'capailah mimpi-mimpimu' dan sebagainya. Tahun ini saya berazam untuk ; jika tidak mengikuti kelas/kursus penulisan, rajin membaca buku-buku harus menjadi gantinya.
Cukuplah tiga azam tersemat untuk dijayakan. Tidak terlalu sukar tetapi, tidak bermakna ia mudah untuk dilaksanakan. Saya mengenal baik siapa diri saya dan saya tahu saya bukanlah pencundang yang suka kepada kegagalan dan saya tidak diajarkan untuk cepat berputus asa.
Ketika azam yang pernah kita tuliskan kemudian selang beberapa waktu kita gariskan ia dengan pen merah menandakan ia sudah dicapai... jujur saja, ia merupakan sebuah perasaan yang sukar digambarkan. Bahagia. Puas. Bersyukur. Meski untuk mencapai setiap azam tidaklah mudah, asal tanggungjawab penuh kita jalani saya yakini tidak ada hal yang tidak boleh kita raih dan genggam dengan tangan kita sendiri.
Ada sebuah tulisan yang pernah melekat dikepala saya 'masa muda panjangnya tidak seberapa oleh itu, jalani ia dengan sebaiknya'.
ciaa ! saya berjaya menulis tulisan formal. Ia formal kerana ia penting. Ia 'sesuatu' yang harus saya usahakan. Ia bukan main-main. Setiap kamu yang membacanya, bantu saya dengan cara jangan tunjukkan makanan sedap kepada saya samaada melalui FB, Insta atau blog kamu. Jangan. Itu menggugat deria rasa saya. Memacu deria pandang kepada deria sentuh untuk bertindak.
Ok, panjang berjela tulisan ini. Sebenarnya saya ada masalah ketika telah memulai tulisan, untuk memberhentikannya adalah sesuatu yang sukar buat saya. Entah ! itu takdir atau saya sememangnya spesis yang suka menulis. Entah ! lebih baik saya tutup tulisan ini sekarang.
Kamu yang mahu ceritakan azam 2018, boleh menuliskannya. Siapa tahu azam kamu berjaya menambat hati sang penganjur giveaway ini. Tidak menang pun 'ndapapa bah', sekadar memeriahkan dunia blog dan support rakan blogger. [klik banner untuk penyertaan giveaway]
Jumpa di tulisan seterusnya !

6 Ulasan
Semoga impian tercapai ya..all the best!
P/s: Thanks join GA ni, semoga berjaya!
jemput baca sha punya azam juga hee
http://www.opzzpinky.my/2018/01/giveaway-azam-baru-2018-by.html