Pejam celik pejam celik tidak terasa PyeongChang 2018 Winter Olympic Games tidak lama lagi akan membuka tirai. Sebuah acara berprestij dunia !
Sehubungan dengan itu, pihak Korea Tourism Organization (KTO) Malaysia dan Gangwon Province bakal menganjurkan sebuah acara yang di kenali sebagai Hello PyeongChang. Acara ini akan berlangsung selama tiga hari bermula pada 11 hingga 13 Januari 2018 bertempat di Korea Plaza, Tingkat Bawah, Menara Hap Seng, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur. Orang ramai dijemput hadir alam acara ini.
Dalam acara Hello PyeongChang ini, and berpeluang untuk bergambar dengan Maskot Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2018 iaitu, Soohorang dan Bandabi. Selain itu, anda akan berpeluang memberikan kata-kata semangat kepada atlet tunggal Malaysia yang akan beraksi dalam sukan Olimpik PyeongChang itu nanti. Semasa acara itu, anda juga berpeluang untuk memenangi Soohorang dan Bandabi - Soohorang merupakan seekor harimau putih sebagai simbol percaya, kuat dan melindungi. Manakala, Bandabi merupakan beruang hitam Asia sebagai simbolik kuat dan berani. Tidak hanya itu, anda juga boleh bermain 'Play Mini Ice Hockey and Curling Game'.
Mr Lee, Managing Director of KTO Malaysia berkata : ''
Sejak beberapa tahun lalu terutama pada tahun 2017, KTO telah berusaha keras mempromosikan lokasi-lokasi indah berkaitan dengan sukan berprestij dunia ini. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam membantu menjayakan program ini. Tahun 2017 merupakan tahun yang dinamik dan bermakna kepada KTO Malaysia di mana kami telah melancarkan 'WOW ! PyeongChang Malaysia Supporters'. Kami juga telah menemui permata sukan yang tersembunyi di bandar-bandar Olimpik termasuk atlet Malaysia yang menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk ini dan ia amat memeranjatkan kami ! ''.
Sebelum 2017 berakhir, laluan baru KTX Wonju telah memulakan operasinya dan ini menjadikan inisiatif kami menerokai Korea hampir menjadi realiti. Laluan baru ini secara rasminya akan beroperasi pada bulan Febuari 2018 sejajar dengan bermulanya Sukan Olimpik Musim Sejuk. Pujian dan tahniah kami berikan kepada semua yang telah terlibat dalam mempromosikan acara berprestij ini dan kami mengalu-alukan anda untuk menyertai pra-sambutan bersama kami.
Sebagai tambahan, turut diadakan sebuah seminar istimewa diadakan pada 13 Januari iaitu 'Christmas in March' secara percuma bagi memudahkan pelancong atau sesiapa sahaja yang akan melancong ke Korea.
Christmas in March merupakan acara yang telah direka khas oleh Korea Tourism Organisation and Gangwon sebagai memperingati Sukan Musim Sejuk Olimpik dan Paralimpik 2018 bersama.
''Musim salji masih berlangsung pada bulan Mac di wilayah Gangwon dan rakyat Malaysia boleh mengambil peluang ini untuk menikmati suasana musim salji yang sebenar. Sebenarnya ada banyak aktiviti yang diwujudkan sempena menyambut Sukan Olimpik dan Paralimpik yang bakal menjelma tidak lama lagi selain, berpeluang melihat para atlet beraksi di acara sukan gemilang ini. Disamping itu, anda dapat melihat ski festival di akhir musim sejuk. Menurut Ms Nuri Kim, Gangwon Tourism Marketing Manager, Wilayah Gangwon akan melancarkan Pelan Pemasaran yang bertemakan warisan Olimpik dan Christmas in March akan menjadi acara tahunan mereka.
17 Ulasan
Hi Ash, ...memang best kan kalau dapat join event camni.
Wawa : Kalau terpilih untuk jadi penyorak mungkin pergi hehe...kalau tak, terpaksa guna duit sendiri. :D