www.cla-travel.asia ~ Jom Travel !
Negeri Sabah merupakan sebuah negeri dalam Borneo Utara yang kaya dengan alam semesta indah dan tertatah rapi. Dari tingginya puncak pergunungan Kinabalu hingga bebasnya ikan-ikan berenang di keindahan lautan dan pulau-pulau Borneo, semuanya indah tiada terkata. Shopping mall ? jangan bimbang negeri ini ada segalanya. Jangan dengarkan kata jahat dari mulut cemburu sang penghancur kebahagiaan sejagat.
Kali ini saya mengajak anda berkenalan dengan sebuah resort berkonsepkan modern countryside yang haruman atmosferanya masih nyaman berbaur suasana kampung nan permai. Agak jauh menyusur desa tetapi, ketika tiba anda akan disajikan pemandangan dengan ekspektasi 'wow' .
Tempat ini mungkin sunyi dari bingitnya kenderaan tetapi, anda tidak akan pernah diam dari melakukan banyak aktiviti. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah paintball, archery, downhill MTB, jungle trekking, camping, rafting, swimming, BBQ, futsal, karaoke dan banyak lagi. Tempat ini sesuai untuk riadah bersama keluarga, rakan-rakan atau mungkin anda mahu sepi sendirian menghirup segarnya udara desa sambil membaca buku, mencari ilham atau sekadar bertenang dari lelahnya kehidupan bandar, tempat ini adalah sesuai. It is suitable for those who wish to spend time with family and friends on weekend or during school holidays.
Damai Eco Ranch terletak diantara jalan Ranau-Sandakan dan Poring Hot Spring. Perjalanan dari pekan Ranau ke Damai Eco Ranch hanya mengambil kira-kira 15 minit. Jika ingin lebih menikmati kehidupan desa dan bersantai tanpa perlu diganggu oleh detik jam anda boleh menaiki teksi atau bas dengan tambang murah yang boleh diperoleh di Pekan Ranau.
Ranau merupakan sebuah daerah yang disekitarnya dilimpahi dengan pusat pelancongan yang terkenal di serata dunia antaranya ; Hot Spring , Canopy Walk , Sabah Tea, Tagal Luanti, terdapatnya bunga terbesar di dalam dunia iaitu Rafflesia dan banyak lagi kemegahan dan kebanggaan yang boleh dilawati, dinikmati dan dikomersialkan.
Ranau merupakan sebuah daerah yang disekitarnya dilimpahi dengan pusat pelancongan yang terkenal di serata dunia antaranya ; Hot Spring , Canopy Walk , Sabah Tea, Tagal Luanti, terdapatnya bunga terbesar di dalam dunia iaitu Rafflesia dan banyak lagi kemegahan dan kebanggaan yang boleh dilawati, dinikmati dan dikomersialkan.
17 Ulasan