Just next to my office (err, maksud saya pejabat lama). Saya tidak lagi berada di tengah kota tempat para pelancong dan traveler lepak petang. Sedihnya hati. Tapi apakan daya, hidup tidak harus berada di satu tempat untuk selamanya. Terkadang melangkah melangkaui satu destinasi baru itu penting atau, istilah lainnya, terpaksa kerana sudah tidak ada pilihan lain.
CAMACA gelato merupakan sebuah cafe tempat lepak yang baru di Gaya Street. Sebenarnya, kawasan Gaya Street Kota Kinabalu terutama dikawasan Backpackers menghimpunkan banyak caffe yang terbaik. Di Camaca anda boleh menikmati aiskrim gelato beraneka jenis, kopi dan juga, desserts. Rasa ? pastinya, sedap dan berkualiti tinggi. Tambahan pula, staff yang bertugas sangat mesra.
CAMACA tidak sekadar tentang aiskrim atau kopi atau susu New Zealand dan sebagainya tetapi, juga tentang reka dalaman caffe tersebut. Bila masuk caffe tersebut, wow, ala-ala kita berada di makmal sains.
Lokasi : Jalan Dewan, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu. Bangunannya betul-betul bersebelahan dengan Dewan Masyarakat Kota Kinabalu.
7 Ulasan