Enam Sebab Berastagi Sumatra Utara, Indonesia Istimewa

www.cla-travel.asia  ~ jom travel !

Enam Sebab Berastagi Sumatra Utara, Indonesia Istimewa
Salah satu kota lokasi kegemaran saya di Sumatra Utara adalah Berastagi selain, Danau Toba. Berastagi merupakan desa tanah tinggi yang sejuk dan menjadi tempat utama suku Batak Karo berada. Berastagi sangat biasa, sederhana tetapi, kaya dengan pelbagai jenis buah-buahan dan hasil tani. Ia terkenal memiliki tanah yang subur hasil daripada gunung berapi dan suku Batak Karo menyatakan bahawa apa saja yang ditanam di desa ini pasti akan tumbuh.
Enam Sebab Berastagi Sumatra Utara, Indonesia Istimewa
Pusat Buah-buahan dan sayur-sayuran

Enam Sebab Berastagi Sumatra Utara, Indonesia Istimewa
Ia jelas dan nyata apabila berada di Berastagi, pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran dijual dengan harga yang murah seperti Avocado, limau, buah salak, tomato dan sebagainya. Selain itu, ketika berada di Berastagi jangan lupa untuk mencuba jagung bakar yang berlemak dan manis. Harga satu jagung bakar hanya Rp6000 yang juga, bersamaan dengan RM1.72. Boleh makan jagung puas-puas.
Enam Sebab Berastagi Sumatra Utara, Indonesia Istimewa
Kuda Berastagi Tegap dan Tinggi

Ia seperti imaginasi ketika dapat menunggang kuda di tempat yang tenang sambil menghirup udara yang segar. Pastinya, ini bukan kali pertama saya menunggang kuda. Saya pernah menunggang kuda ditengah sibuknya kota Jakarta juga, pernah menunggang kuda di  Gunung Bromo sambil menikmati betapa indahnya karya Tuhan dibumi Indonesia. Jika tidak mahu mengelilingi Berastagi dengan berkuda juga tidak apa-apa, cukup dengan bergambar saja. Namun, ia tidaklah percuma. Untuk menunggang kuda mengelilingi pekan Berastagi harga adalah Rp30,000 atau RM8.60 manakala, untuk sekadar mengambil gambar  bayaran adalah Rp10,000 bersamaan RM2.87. Yang pasti kuda disini tegap dan tinggi dan saya harus dibantu untuk menaiki kuda itu. Alasan kenapa saya tiba-tiba memilih untuk menunggang kuda adalah kerana, teman-teman yang lain sedang sibuk shopping dan itu bukan hobi saya. Saya sebenarnya mahu menunggang kuda mengelilingi pekan itu tetapi, memandangkan saya tidak menemukan tour guide saya, saya membatalkan niat tersebut dan hanya bergerak tidak jauh dari kawasan perhentian utama kami. Meski kata orang tempat ini aman, tidak bermakna saya harus dengan sesuka-hatinya melakukan apa saja tanpa penegtahuan tour guide kami. Bagaimana kalau tiba-tiba saya dibawa lari oleh kuda tersebut ? isu negarakan ? (hahaa)
Enam Sebab Berastagi Sumatra Utara, Indonesia Istimewa
Shopping ~ rambang mata memandang !

Kalau boleh semua mahu saya beli. Masalahnya, duit saya sangat terhad kerana saya kesini bukan untuk shopping melainkan untuk menikmati indahnya dunia luar. Namun, bagi penggemar shopping, Berastagi merupakan lokasi yang wajib anda lawati. Ketika berjumpa dengan lokasi shopping seperti ini, pasti ada yang mulai merisik-risik temannya 'duit kamu tinggal berapa?' 'boleh pinjam?' dan itu hal yang biasa.
Enam Sebab Berastagi Sumatra Utara, Indonesia Istimewa
Hiking Dengan Panorama Indah

Saya gemar aktiviti sebegini, lebih mencabar dan memacu adrenalin lebih laju dan segar. Berastagi terkenal dengan tempat hiking di Sumatra Utara kerana, disini terletaknya Gunung Sibayak dan juga, Gunung Sinabung. Mengikut apa yang saya tahu untuk sampai kepuncak gunung Sinabung ia mengambil waktu 4-5 jam dan seperti biasa pendakian disarankan dilakukan pada subuh hari agar kita sempat menyaksikan betapa indahnya sang suria pagi terbit menggantikan malam. Siapa manusia yang tidak pernah sukakan matahari terbit ? semua pasti suka dan semua berhak untuk menikmatinya.

Bukit Gundaling

Oleh kerana saya tidak melakukan eksplorasi mendaki gunung maka, saya berkesempatan untuk melihatnya meski dari kejauhanan. Namun, ia wujud pada pancaindera pandang hanya dalam sekejap waktu. Ketika kami tiba di sekitar Bukit Gundaling, ia hilang tertutup kabus dan sang tour guide mengatakan 'next time' saja. Itu adalah kata penghibur yang sering dilontarkan oleh siapa pun, disetiap keadaan yang tidak sempat kita nikmati pada waktu itu. Kita bersetuju dengan kata 'next time' itu meski kita tidak tahu apa itu benar-benar kata yang kita setujui dari dalam hati atau sekadar sebuah kata kiasan menyenangkan hati. Apa pun bukit Gundaling mempersembahkan panorama indah sekitar Berastagi melalui kegiatan pertanian yang ada.
Enam Sebab Berastagi Sumatra Utara, Indonesia Istimewa
Mikie Funland

Selain pencinta alam semulajadi, saya juga merupakan penggemar kepada taman tema seperti roller coaster, ferries wheels to spinning the cup dan banyak lagi. Jika hadir bercuti bersama keluarga terutama kanak-kanak, Mikie Funland Resort adalah tempat yang sesuai. Kami tidak tahu kewujudan tempat ini di Berastagi, hanya tahu ketika kami beranjak pulang ke Medan. Mungkin, kami harus benar-benar kembali lagi ke Berastagi menikmati semua keseronokan yang ada. 'Next time' ? yes !

Sebenarnya ada banyak sebab kenapa Berastagi terkenal dan disukai ramai. Bagi sesetengah individu tempat ini mungkin jauh dan terlalu desa tetapi, bukankah semakin ke desa perjalanan kita semakin kita tahu apa itu erti sebuah hidup bersyukur. Apa pun alasannya dan bila pun waktu itu, saya sudah terpaut pada tempat ini dan suatu saat saya pasti akan kembali ke Berastagi.

...dan satu alasan terakhir yang sempat saya rasakan bahawa orang-orang Berastagi itu peramah dan murah senyuman. Memori singkat - yang bertahun-tahun kemudian akan masih lekat untuk diingat.

Catat Ulasan

26 Ulasan

Rohman berkata…
Wonderfull Indonesia,,,,
precious cla berkata…
Yaaa, I love Indonesia ! 😊😊
Syamimi Saad berkata…
Sangat menarik tempatnya. Penuh dengan keindahan semulajadinya yang tersendiri. Bila la akan tengok dengan mata sendiri keadaannya tu.
Tengkubutang berkata…
Ramai yang bercerita tentang tempat2 best seperti Berastagi ni.. TB teringin sangat nak pi tapi belum berkesempatan lagi..
precious cla berkata…
Hai Tengku Butang, Berastagi merupakan destinasi yg pilihan kebanyakan pelancongan yg suka membeli-belah. Braang-barang sini murah-murah tau :)
yaya_flanella berkata…
Bestnya kalau dapat kesana. Sungguh tenang dan permai suasana di tempat ini ya. Semoga ada rezeki dan kesempatan untuk berjalan-jalan disana nanti :)
mama tisya berkata…
berastagi ni selalau juga dgr tmpt lawatan yg wajib pergi . suka buah salak tu..syok juga dpt naik kuda tu ye..tq share info berkenaan berastagi
5 Little Angels berkata…
A place that I plan to visit 1 day. Love their beautiful scenery and interesting places to visit.
Mek Onie berkata…
Haritu onie ke Sumatera Selatan di Kota Pagar Alam, memang sejuk dan best gila even long journey but for sumatera utara inshaAllah i'll be there soon :)
Khairul Zamri berkata…
Tak ada rezeki lagi nak melancong ke luar negara, habiskan bercuti dalam negara dulu, tapi Indonesia memang banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi nanti
Bonde Zaidalifah berkata…
One day hope dapat jejak kaki ke sana, teringin explore Indonesia dengan lebih mendalam dan dekat lagi, Insya Allah moga dipermudahkan urusan saya..
AyuArjuna BiGoshh berkata…
uniklah tempat ni...dan macam2 benda kita boleh dapat kat sini..bestla...kalau ada rezeki nak datang melancong kat sini
Seri wangi berkata…
Travel melihat tempat orang mmg seronok utk mencari pengalaman Dan ilmu sambil melihat keindahan negeri org.
Fadzi Razak berkata…
Kalau pergi indonesia memang seronok shopping. Hehehhe. Kalau CLA pergi ke Gunung Sinabung, Fadzi pulak pernah pergi ke Gunung Bromo. Awal awal pagi sebab nak tengok sunrise. Ya Allah sejuk menggigigil gigil
adianiez AIDA berkata…
Wow! Jagung bakar yg murah.
Aida lom pernah jejak indonesia. Love to go. Just lom sampai time ha ha ha...
Shopping? Hiking? Sejuk?
Semua nyer menarik.
Mimie berkata…
Seronoklan berjalan jalan di tempat orang. Boleh kenal keistimewaan sesuatu tempat itu dan budaya mereka.teringin juga nak pergi sumatera ni
Zharif Azis berkata…
Pertama kali mendengar nama tempat ini. Jadi teringin utuk ke sana. Tengah rancang juga nie utk melawat indonesia. Nanti akan refer itinerarynya ya
Ibu Syurga berkata…
Wah jalan jauh lagi ya, Ibu ni jenis tak lasak kalau nak jalan jalan pun cari tempat yang dekat dekat je. Hehe. Tak boleh tinggal rumah lama
Mama Hakim berkata…
Indonesia memang terkenal dengan lokasi dan bentuk muka buminya yang menarik dan kaya dengan khazanah
Mazni Azmi berkata…
Kalau pergi berjalan jalan dan makan angin macam ni, jangan lupa rasa hidangan setempat. cabaran nak cari makanan halal lah
JMR berkata…
wah menariknya tempat ni..macam-macam buah ada..harga pun murah sgt tu. Nak kena plan ke Beratagi ni juga la nanti
Zayani Zulkiffli berkata…
Banyak algi rupanya aktiviti best nak buat disana. Selain daripada dapat cuba banyak makanan tempatan, jalan-jalan pun best.
Emily berkata…
Berastagi is one of the places that I really would love to visit. I had to give it a miss when I went to Lake Toba due to time constraints, much to my regret. Hope there will be another chance.
LizzaBella berkata…
Rasanya ramai orang akan suka kesini untuk shopping ni. Nampak macam ada macam2 benda dijual dan saya pasti harganya pun berpatutan. Bella masih belum banyak visit Indonesia lagi tapi ada juga niat nak datang sini satu hari nanti.
BROMO JAVA TOUR berkata…
Itulah Indonesia.. saya bangga jadi orang Indonesia.. semoga teman-teman dari luar negeri yang punya keinginan berkunjung ke Indonesia bisa terkabul..
wisata bromo murah berkata…
Pengalaman yang tidak akan pernah terlupakan.. ceritamu bagus,. dan luar biasa.. and I love Indonesia..