Centre Point Sabah (CPS) Bowling :Siapa Juara ?

www.cla-travel.asia

Setelah dua kali terbatal akhirnya  aktiviti bowling bersama PMM akhirnya berjaya dijadikan realiti. Meski pada awal kami memiliki masalah pengangkutan tetapi, saya berasa untuk membatalkannya sekali lagi adalah tidak mungkin.
Centre Point Sabah (CPS) Bowling
Seperti biasa disetiap pengalaman pertama pasti ada kisah lucu yang terjadi, ini bukan permainan pertama saya namun, buat beberapa teman ini adalah kisah pertama mereka memegang bola bowling yang berat itu. Kumpulan dibahagikan kepada tiga iaitu Blue, Maroon dan Orange. Pertandingan kumpulan sudah dimulai sejak malam sebelum aktiviti bowling bermula iaitu, melalui aktiviti Pedang Roh. Semangat anak muda selalu adalah yang terbaik, pantang mengalah sebelum titik terakhir sebuah pertandingan. Meski baru bertatih tetapi, tetap mahu belajar dan berjuang demi kumpulan masing-masing. Kami tidak selalu mempunyai team building activity tetapi, ketika ada, semangat berkumpulan itu selalu ditonjolkan.
Centre Point Sabah (CPS) Bowling
I had always seen videos of people bowling and I had always assumed it was easy but then I realized you never say something is easy till you have done it. But luckily, I was not the only one who played with less skills. There was 'Addy', who also got his skills left somewhere else (and DD, Skyler, Ervan and Ello?). On the first few tries, most of the balls I threw went on the sides and eventually running through the canal, a shame that I scored nothing. But then, confidence grew out in me and I successfully hit 12 pins untuk dua pusingan lalu berhenti dan memberi peluang kepada yang lain untuk menunjukkan bakat. Saya harus berhenti bermain kerana, saya mahu menikmati panorama seluruh permainan tersebut.
Centre Point Sabah (CPS) Bowling
Dari satu sisi saya melihat ada yang berusaha melontarkan bola sebaik mungkin namun, tetap berakhir dengan kegagalan. Ada pula yang cuba membaling bola dengan gaya tersendiri tetapi, masih kurang hebat. Ada pula yang pertama kali memegang bola terkejut kerana, ternyata ia berat lalu, berasa kurang yakin diri. Namun, tidak kurang pula mereka yang memiliki semangat dan keyakinan tinggi. Semuanya menjadikan permainan bowling pada hari itu penuh dengan tawa-riang, tempik-sorak dan yang pasti kami telah merancang untuk pertemuan permainan bowling seterusnya.
Centre Point Sabah (CPS) Bowling
Bayaran untuk satu orang adalah RM9.00 + RM2.50 sewa kasut.
Satu game bersamaan dengan 10 pusingan (setiap pusingan akan diberikan 3 peluang balingan)
10 pusingan X 3 balingan = 30 balingan satu orang

Tips penjimatan :

Misalnya ada 15 orang berdaftar = 15 games (3 lane, 5 orang setiap lane)
15 games bersamaan dengan 150 pusingan
150 pusingan bersamaan dengan 450 balingan

Walaupun kita membayar hanya untuk 15 orang tetapi, kita boleh bermain untuk 30 orang dengan syarat setiap orang mahu berkongsi kasut dan mahu membahagikan 10 pusingan menjadi 5 pusingan setiap orang. Cara ini menjimatkan kos daripada RM 345.00, kita hanya perlu membayar RM172.50. Walau bagaimanapun, harga adalah lebih murah jika bermain pada hari Isnin hingga Jumaat.

Jadi Siapa Juara Bowling ?

Centre Point Sabah (CPS) BowlingCentre Point Sabah (CPS) Bowling
Bak kata Vince (AF), tiada pengalah semua pemenang. Oleh kerana ia hanyalah sebuah fellowship maka, hadiah tidak disediakan. Mungkin, untuk perjumpaan seterusnya akan ada sebuah pertandingan yang sebenar? nantikan saja dan sila aktifkan diri menyertai aktiviti PMM setiap Sabtu malam agar anda tidak pernah terlepas daripada menikmati segala aktiviti yang telah dirancangkan sepanjang tahun 2018. Untuk kali ini, Team Maroon berjaya memungut mata sebanyak 245 manakala, team Blue dan Team Orange masing-masing seri dengan mata 267.
Centre Point Sabah (CPS) Bowling
Sehingga bertemu di tulisan akan datang ! kekal cergas dan sihat.

Catat Ulasan

27 Ulasan

Fadzi Razak berkata…
Lama sangat dah tak main bowling ni. Last main masa degree dulu. Ada lah lebih kurang 5 tahun lepas. Hahahha. Lepas habis belajar, memang tak ada masa langsung nak main bowling semua ni
Sally Samsaiman berkata…
Lama betul tak main bowling...dulu kerap main masa zaman sekolah sebab wakil kelab (dapat main free je..hehe)...kat sini kalau weekdays mmg murah...
adianiez AIDA berkata…
aida suka main boling.
tapi tak brape pandai.
lebih ke longkang dari strike :) ha ha ha.
lelebih now aida on 2 years study leave, the more lah tak join aktiviti ofis.
ofismet suka memboling. rinduuuuuu...
Cik Lily Putih berkata…
ya ampun lamanya tak main boling, dah lupa skill cam ne nak baling bola hehehe
Cik Rose berkata…
Wahhh bestnya main bowling.... dah lama tak buat perlawanan.. last main tahun lepas. Hihi
Suria Amanda berkata…
Lamanya akak tak main bowling..dulu main untuk company selalu menang dapat AEON voucher, pernah dapat RM700, macam- macam akak belanja...hahaha...kena training semula ni
precious cla berkata…
wow, kak Amanda hebatnyaa banyak kali menang :)
mama tisya berkata…
mmg suka main bowling tp skarang lama dh tk main..dlu2 opis dkt je ngan pusat bowling..so kalo time break hari jumaat lama skit kdg2 kwn ajk main bowling...thn ni pn xde acara bowling kt opis..slalunya tiap2 thn ada....apap2pn tahniah utk team yg menang
Nadia Johari berkata…
yeah ..semua pemenang..hehehhe...nad dah lama tak main bowling..dulu masa zaman bujang kerp main bowling..hahahaa..syoklaa
Mimie berkata…
Dah lama tak main bowling...rasa rindu pulak nak main bowling...bowling satu aktiviti yang menyeronokkan
Mahamahu berkata…
Lama kita tak main bowling bestnya sejak kemalangan tu tangan tak berapa kuat nak pegang bola bowling yang berat tu mudah terlepas hehehehe...
iuzira berkata…
Lama tak main, memang best main walaupun masuk longkang je
Bonde Zaidalifah berkata…
Wahh main Bowling juga, Bulan lps Bonde n team baru balik dari Sarawak ada game PBT Malaysia dekat sana, Lane dekat Sabah belum pernah main lagi.. Tahniah untuk team yang menang
Hanny Abdullh berkata…
Lama betul tak main bowling ni..dulu rajin jugak teman anak2 main so kita pun cuba2 je lah..tapi asyik masuk longkang je..hehehe
AyuArjuna BiGoshh berkata…
Rindu nak main bowling dengan teman dan keluarga. Seronok sebenarnya aktiviti macam ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim
Tengkubutang berkata…
wah.. dah lama tak main bowling.. dulu selalu gak main bowling dengan kawan2...sekarang dah kawen takdelah dah kan.. hihihi
ArylJe berkata…
Wah, lain macam team building main bowling ye... tak pernah terfikir pulak...
Anyway, diorang nampak happy... best je tengok, ni yang rasa nak gi main bowling ni... last main raya lepas. hahaha
Syamimi Saad berkata…
Saya tak pernah main bowling. Hehe
Tak berani ke apa, tak tahu la. Risau masuk 'longkang' barangkali. Hehe
precious cla berkata…
alaa, Mimie try la skali confirm mau lagi. Masuk longkang tu memang normal-lah untuk beginner :)
Nadratul Syazwana berkata…
Bowling ni antara aktiviti yang seronok kalau nak luangkan masa bersama. Nad dah besar baru berjinak-jinak main bowling for fun. Tak sah kalau tak masuk longkang hahaha.
Alia Farhan berkata…
Saya suka gila main bowling dulu2..tpi bila da ada anak ni mlas la pulak nak mngangkut diorg sekali kan
precious cla berkata…
haaa, tunggu anak besar skit baru boleh main lagi dan masa tu dah boleh main dengan anak-anak pulak hehe
nikkhazami berkata…
sy memang takde bakat main bowling. mesti masuk longkang. heheh.. kalau pandai mesti best sambil lepak dgn member
precious cla berkata…
Mungkin bakat bermain bowling tu boleh diasah, kan? awal-awal tu memang selalu masuk longkang tapi, bila lama-lama tu confirm jadi teror hehe

Kak mmg minat giler main boling walau pun tak seterror mana haaa...dah lama tak main boling rindu rasanya
Sunshine Kelly berkata…
Best main bowling, dah lama i tak main games ini. Dulu my boss selalu ajak buat department activiti main bowling but now dah tukar department.
The Fool berkata…
Tarot kalau ada event ngn family atau member2 selalu gak main bowling