www.cla-travel.asia ~ Ini Sebab Kenapa Saya Aktif Di Sosial Media
Ketagihan bermedia sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter ? pastilah tidak. Setiap ke lokasi itu, harus update, setiap menyantap makanan ini, harus dikongsikan di laman media sosial ? itu bukan saya. Tidak semua hal saya kongsikan, hanya hal-hal tertentu akan saya publishkan kepada tatapan umum. Mungkin kata orang 'mengada-ngada', 'menunjuk-nunjuk', 'sengaja' dan sebagainya. Tidak. Kamu salah besar jika beranggapan demikian.
Saya mempunyai alasan tersendiri kenapa saya harus aktif dilaman sosial media. Tidak mempunyai kerjakah saya ? ada. Saya memiliki pekerjaan tetap dan profesional tetapi, bukankah ada baiknya berjagung-jagung dahulu sebelum padi masak ? Media sosial bagi saya adalah peluang menonjolkan bakat atau hobi kepada dunia luar. Misalnya, menulis. Kita suka menulis dan tulisan kita bukan diari yang harus dirahsiakan. Tulisan tidak sekadar memuaskan hati tetapi, harus dibaca oleh orang ramai agar tulisan kita tidak mati dan terkubur begitu sahaja. Biar saja apa kata orang lagipula, bukankah pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang ? Potensi diri tidak layak dihapuskan oleh orang lain, dengan apa kata sekalipun.
Ini Sebab Kenapa Saya Harus Aktif Di Media Sosial
Untuk Mendapatkan Part Time Job
Oleh kerana saya minat menulis dan kerja tetap saya bukan sebagai penulis maka, saya harus memberanikan diri dan menyatakan di Media Sosial bahawa saya adalah seorang penulis. Meski, waktu itu tidaklah sedemikian. Namun, mata penggemar ada dimana-mana. Suatu hari saya mendapat mesej dari seorang yang tidak saya kenali di Media Sosial Facebook. Bertanya kamu seorang penuliskah ? meski tiada yang mengiktiraf saya sebagai seorang penulis yang benar-benar berprofesi sebagai seorang penulis, saya dengan yakin mengatakan ya. Kerana pada hakikatnya, kita semua adalah sang penulis yang menulis sejak usia enam tahun lagi atau kanak-kanak sekarang pada usia tiga tahun sudah diajar untuk menulis sesuatu. Dengan perbualan itu maka, saya diikat selama tiga bulan untuk menyiapkan enam artikel dengan bayaran RM3,000.00. Jika saya tidak aktif di Media Sosial bagaimana mungkin saya dilihat oleh mereka ?
Penyalur Info Dan Iklan
Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi. Saya memiliki satu prinsip untuk setiap kerja yang dipercayakan kepada saya iaitu, membuat kerja biarlah sempurna jadinya. Untuk update status di Facebook saya mempunyai tiga kelas penggunaan bahasa; pertama, bahasa formal, indah dan teratur ayatnya. Kedua, bahasa pasar atau informal. Ketiga, bahasa Inggeris. Kenapa saya mengelaskan penggunaan bahasa ini ? agar pengguna media sosial akan melihat dan tertarik kepada bahasa saya. Jika saya menggunakan bahasa formal maknanya, saya sedang menyatakan sesuatu yang penting kepada pengguna Media Sosial yang lain atau saya sedang menulis 'post berbayar' seperti iklan kepada rakan pengguna Media Sosial. Jika bahasa cincai sahaja, itu sekadar suka-suka yang tidak banyak membawa faedah kepada sesiapa pun. Menulis di Media Sosial adalah seperti aur ditanam betung tumbuh. Modalnya hanya usaha tetapi, kita mendapat balasan melalui bayaran tunai. Apa alasan untuk saya tidak mengaktifkan diri di Media Sosial ?
Untuk Menjadi Terkenal
Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. Mungkin bagi sesetengah manusia Media Sosial adalah platform terbaik untuk menjadi terkenal. Mempunyai puluhan ribu Insta followers, FB Fanpage juta-juta lemon. Hey, saya akui ramainya followers di Media Sosial bermakna anda berpotensi mengaut banyak keuntungan. Ada sebuah syarikat pengiklanan yang hanya dengan 800 orang followers sudah mampu memberi peluang kepada anda menjadi pengiklan berbayar. Tidak banyak tetapi, dalam satu bulan anda berpotensi menerima sehingga RM200 dan keatas. Namun, untuk terkenal bukanlah sebahagian daripada misi saya. Akaun Facebook saya masih belum accept friend requests yang jumlahnya ratus-ratus itu kerana, terkenal bukan menjadi misi saya. Maaf ya. Hmm oh ya, kamu sudah follow Insta saya ? jika belum, sila follow. (haha)
Survey Berbayar
Survey berbayar |
''Dengar cakap enggang, makan buah berluluk; dengar cakap orang, terjun masuk lubuk'' pernah dengar pepatah ini ? Sesuatu kerja harus dilakukan sungguh-sungguh, usah terlalu mendengarkan kata orang. Jika mahu mendapat side income melalui media sosial, sebenarnya ia hanya semudah membuat dosa. Yang penting usaha dan jangan malas; juga jangan lupa memeriksa sama ada survey itu betul atau sekadar menguntungkan sebelah pihak sahaja. Antara survey yang mampu memberi ganjaran adalah seperti Vase, iPanel dan banyak lagi. Google-lah ! Kalau tidak aktif di Media Sosial bagaimana mungkin kita tahu ada survey yang sedang dijalankan.
Antara bayaran untuk post berbayar |
Saya aktif kerana berniat, bolehlah dikatakan seperti ada udang disebalik batu. Aktif kerana memiiliki tujuan. Paling penting usaha harus ada dan rajin mencari peluang-peluang yang mampu memberi faedah.
21 Ulasan
u have a great points. saya setuju.
lain org, lain cara.
cara kita, rezeki kita, kan.
selagi penulisan kita tu tak ganggu org lain, just continue sharing, cla.
we support each other.
jadikan media sosial ini sesuatu yg best and beri pulangan.
as for me, i am not active doing review or going to an event.
i am here in Melaka. event? a big no la. mostly in KL.
review? still not that interested. my blog is currently i am writing about my life.
previously, i was seriously interested.
got few review offers. i can't meet the datelines :(
i quit. future? i will try lah...
Selalunya atas sebab urusan 'kerja' la walaupun kita hanyalah seorang surirumah.