www.cla-travel.asia ~ Wajib cuba 'Teh Jahe' Simarjarunjung, Medan
Jujur Dan Ini Pengalaman Saya
Ketika menghidu teh jahe itu, 'harumannya' pun tidak mampu memikat deria saya. Tidak mungkin mahu minum minuman yang tidak pernah saya minum sebelumnya. Kalau sakit perut bagaimana ? perjalanan masih jauh. Namun, tour guide mengatakan bahawa minuman itu baik untuk kesihatan. Ya, siapa pun akan berkata baik untuk memperkenalkan sesuatu. Teh jahe sudah terhidang. Untuk tidak meminumnya adalah suatu kerugian kerana minuman tersebut bukan percuma. Meski teh adalah minuman kegemaran saya tetapi, bukan teh jahe. Lagi pula, ia bukan sekadar jahe dan teh tetapi, turut dicampur dengan banyak bahan-bahan lainnya seperti; kayu cengki, serai, gula melaka dan beberapa bahan lagi. Syukur saja, ia hanya menggunakan cawan standard espresso Secret Recipe.
Sang pengecut mungkin boleh berkata tidak, tetapi, tidak bagi diri ini (cewah). Oleh itu, cawan ku angkat mendekat ke bibir, mata kupejamkan dan dengan kiraan tiga, dua, satu......kuteguk teh jahe dengan gaya juara, sekali teguk teh jahe saja, teh jahe itu sudah habis. Tarik nafas lega. Seluruh nafas beraroma jahe. Dada tiba-tiba terasa hangat. Tiada kata terluncur dari mulut hanya tawa memenuhi restoran Simarjarunjung.
Dua minggu berlalu daripada peristiwa teh jahe.....
'Selepas ini kita ke Simarjarunjung dan minum teh jahe ya?' Restorannya terletak diatas bukit, suasana udaranya sejuk dan damai.
Kami berlima sepakat bersetuju untuk menikmati teh jahe. Jahe merupakan kata Indonesia yang bermaksud halia. Minum teh halia ? baiklah, tidak salah mencuba sesuatu yang dikatakan berfaedah kepada kesihatan.
Jujur Dan Ini Pengalaman Saya
Ketika menghidu teh jahe itu, 'harumannya' pun tidak mampu memikat deria saya. Tidak mungkin mahu minum minuman yang tidak pernah saya minum sebelumnya. Kalau sakit perut bagaimana ? perjalanan masih jauh. Namun, tour guide mengatakan bahawa minuman itu baik untuk kesihatan. Ya, siapa pun akan berkata baik untuk memperkenalkan sesuatu. Teh jahe sudah terhidang. Untuk tidak meminumnya adalah suatu kerugian kerana minuman tersebut bukan percuma. Meski teh adalah minuman kegemaran saya tetapi, bukan teh jahe. Lagi pula, ia bukan sekadar jahe dan teh tetapi, turut dicampur dengan banyak bahan-bahan lainnya seperti; kayu cengki, serai, gula melaka dan beberapa bahan lagi. Syukur saja, ia hanya menggunakan cawan standard espresso Secret Recipe.
Dua minggu berlalu daripada peristiwa teh jahe.....
Teh jahe masih berligar-ligar dalam kepala, bukan rindu pada rasa itu melainkan semangat ingin tahu tentang khasiat teh jahe itu terlalu tinggi. Lalu, jemari mulai menaipkan teh jahe pada carian googe. Fuh ! ternyata ada banyak kebaikan meminum teh jahe.
Khasiat Teh Jahe/ Teh Halia
- Melancarkan peredaran darah
- Meredaklan asma
- Mencegah Alzheimer
- Mengatasi sembelit
- Menghangatkan tubuh
- Mencegah kanser
- Menjaga kesihatan jantung
- Mengawal Kolestrol
- Menjaga kesihatan gusi dan gigi
- Meningkatkan sistem imun
..dan banyak lagi. Ternyata teh jahe memang baik untuk kesihatan. Tidak hairanlah saya tidur nyeyak pada malam setelah meminum teh jahe tersebut. Jika ketika meminum jahe itu saya berjanji untuk tidak akan pernah mahu meminumnya lagi, ternyata kata-kata itu harus dibatalkan kerana, setelah membaca khasiat-khasiat yang terdapat pada teh jahe atau teh halia ia mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesihatan. Terima kasih Brother Alil kerana memperkenalkan Teh Jahe kepada saya dan team.
25 Ulasan
Aida akan minum once or twice a week. Detox. Halia is the best natural ingredient uyk detox. But x pekat la :-)
Minum sesekali memang elok. Kalau hari hari mungkin bawa mudarat juga
Tapi kalau tahu banyak kebaikannya, mungkin boleh diamalkan,kan..