www.cla-travel.asia ~ Nasi Padang
''Jom ke Indonesia, makanan sana murah-murah''. Makanan variasi pilihan, apalagi kalau makan nasi Padang. Masuk saja rumah makan/restoran, tidak perlu beritahu mahu makan apa. Semua jenis makanan akan dihidangkan diatas meja. Masakan Padang seperti ayam pop, rendang, gulai, dendeng balado, ulam, sambal dan banyak lagi selalu membuat lidah para penikmatnya terpukau dan mengingat rasa itu selalu.
Pengalaman Pertama Memang Tidak Akan Dilupakan

Betul-betul seperti raja. Bersantap dengan pelbagai juadah diatas meja. Terasa diri sangat disayangi oleh pemilik restoran. Tengok pelanggan lain, meja tidaklah penuh dengan lauk-pauk dan ulam-ulam. Meja kami ? Penuh ! mentang-mentanglah ini pertama kali masuk kedai nasi Padang. Layanannya memang hebat.
Sebahagian makanan kelihatan sangat enak, tidak kurang pula makanan yang 'kalau boleh, kami tidak mahu' tetapi, mungkin tidak salah untuk sekadar mencubanya. Lagi pula, ia makanan local masyarakat Indonesia dan ketika berada di negara orang lain, mencuba makanan mereka adalah sebuah peluang yang tidak boleh dipersia-siakan. Oleh itu, kami mencuba setiap satu makanan yang sudah dihidangkan diatas meja.
Ternyata.....
Ketika perut sudah kenyang, makanan masih banyak yang tersisa. Malah, ada yang hanya disentuh sedikit. Lalu, tiba waktunya untuk membayar. Pada firasat, mungkin ia tidaklah mahal kerana, semua makanan yang terhidang adalah dalam kuantiti sedikit dan menggunakan piring-piring kecil sahaja. Namun, sangkaan meleset 100%. Harganya mencecah RM300, kami terkejut kerana kata orang makanan di Indonesia itu murah-murah walhal, kenapa Nasi Padang itu mahal ?
Setelah membayar baru kami tahu kenapa ia mahal. Oleh itu, sebelum anda terkena, ada baiknya anda membaca tulisan ini sampai habis. Sekali lagi, sampai habis.
Perkara Wajib Anda Tahu Tentang Hidangan Nasi Padang / Nasi Minang
Jangan Sentuh Kalau Tak Mahu
Walaupun makanan penuh berlimpah di atas meja, tidak bermakna semuanya untuk anda makan. Hanya pilih makanan yang anda mahu dan ketepikan makanan yang anda tidak berhasrat untuk makan. Tiada istilah 'cuba-cuba saja', sekali sudu menyentuh makanan walaupun, makanan itu tidak anda ambil, itu bermakna anda siap untuk membayarnya. Jika tidak, bersiaplah untuk membayar harga kesemua jenis hidangan tersebut. Jangan usik jika tidak mahu membayar. Itu cara orang Padang - berani usik, berani bayar.
Jangan Guna Sudu
Aslinya tidak hanya ketika makan makanan Padang, kebiasaan sebahagian orang Indonesia makan tanpa menggunakan sudu atau garfu. Ketika makan nasi Padang, makan tanpa menggunakan sudu ternyata lebih nikmat dan lazat. Ketika makan di rumah makan Padang, anda pasti menemukan hidangan air putih didalam mangkuk besi di samping nasi putih. Itu bukan kuah atau air minum ! itu adalah air untuk mencuci tangan.
Makanya, jangan terpedaya dengan banyaknya hidangan diatas meja. Lagi teruk jika bajet untuk makan adalah terhad, kena pula makan nasi padang. Hal ini harus anda tahu, jangan makan semua makanan yang terhidang di atas meja anda. Hanya pilih jenis makanan yang benar-benar anda mahu. Jika tidak, ketika membayar mata anda akan terbeliak terkejut. Makan sikit-sikit, bayar banyak. Rugi namanya !
Ingat, jangan usik jika tidak mahu.

7 Ulasan