www.cla-travel.asia ~ Jom Travel !
Saya cuba untuk tidak mahu menuliskan N.G Santai-Santai Cafe dalam blog ini tetapi, setelah apabila difikirkan beberapa kali, saya bermuafakat dengan rasa yang ada dalam diri ini. N.G Santai-Santai Cafe harus saya tulis disini.
Lima Sebab Kenapa N.G Santai-Santai Cafe terbaik dan wajib cuba makanan yang ada :
Soto Campur Sedap Menggunakan Daging Segar
Secara semulajadi ada rasa yang sukar dijelaskan apabila saya makan disuatu tempat yang tidak bersih. Rasa tersebut adalah rasa mual dan saya selalu bersifat percaya akan rasa tersebut. Jika saya berasa seperti mahu muntah setelah makan makanan tersebut bermakna ia adalah kotor dan there is no second time untuk saya datang kembali ke kedai makan tersebut. Namun, ketika makan di N.G Santai-Santai Cafe saya tidak berasa apa-apa kecuali rasa sedap soto campur tersebut. Makan soto panas ditempat yang tinggi dengan keadaan udara yang segar adalah suatu kepuasan bagi sang lidah. Lagi pula, daging yang digunakan adalah segar.
Makanan Murah
Saya tidak terlalu kisah akan harga yang sedikit mahal jika prestasi atau cara penyediaan makanan tersebut terjamin bersih. Seperti sedia maklum, makanan-makanan yang dijual dikebanyakan kawasan pelancongan di Bukit Kokol adalah agak mahal. Oleh itu, bagi anda yang mahu berjimat-cermat dan inginkan makanan bajet, saya cadangkan N.G Santai-Santai Cafe.
Pemandangan Terbaik
Kawasan Kokol terkenal menjadi salah satu lokasi melihat sunset terbaik. Apa tidak, dari atas bukit Kokol anda akan melihat sebahagian besar kawasan lautan dan bandar; dan jika malam tiba, cahaya lampu bergemerlapan indah menyinari malam. Walaupun, N.G Santai-Santai hanyalah cafe tetapi, pemandangan indah dari setiap kawasan resort di Kokol Hill adalah sama.
Boleh Beli Pokok Strawberry Dengan Harga Murah
Bagi anda yang tidak mahu makan disini tetapi, sekadar mahu membeli pokok strawberry, boleh singgah di N.G Santai-Santai Cafe. Satu pasu pokok strawberry hanya berharga RM5. Ditempat lain, pasu saja sudah berharga RM5 apatah lagi, jika ada tanaman didalamnya. Semoga dengan tulisan ini, N.G Santai-Santai Cafe tidak pula berhasrat untuk menaikkan harga strawberry tersebut.
Pemilik dan Pekerja Peramah
Salah satu sebab kenapa saya menuliskan artikel ini adalah ini : pemilik dan pekerja bersikap peramah serta tidak tamak senyuman. Makan ditempat ini seperti makan dirumah kerana , sikap mesra dan peramah para pekerja ditempat tersebut.
Semoga perniagaan N.G Santai-Santai Cafe semakin maju.
Lokasi : N.G Santai-Santai Cafe, Kokol Hill, Manggatal Sabah
27 Ulasan
surely because pemandangan & tempat yg menarik di sabah, kan.
kundasang.
kk.
udang kering.
ikan bilis :) hi hi hi hi...
mau mencuba juga makanan sabah yg ohsem tu.
Tengah kumpul pitih ni nak g sana hehe
Boleh la pi try nanti kalau ke sana