www.cla-travel.asia ~ Inanam Street Christmas Festival
Perayaan Krismas Pekan Inanam diadakan setiap tahun dan tahun ini ia merupakan sambutan ke-5. Ia merupakan sambutan bersama dari beberapa kawasan utama iaitu Kolombong, Inanam, Manggatal dan Telipok. Sambutan dari gereja-gereja dan juga orang awam adalah sangat memberansangkan dan ini membuktikan bahawa negeri Sabah masih sangat menitik-beratkan soal kesatuan, keharmonian dan saling hormat-menghormati diantara satu kaum dengan kaum yang lain.
Meski perayaan ini adalah perayaan golongan beragama Kristian tetapi, ia tidaklah terhad kepada hanya orang Kristian sahaja. Ia bebas disambut oleh semua golongan agama secara am. Saya sebagai rakyat Sabah berasa bangga dengan toleransi kaum di negeri ini. Meski majmuk dan variasi kepercayaan tetapi, nilai menghormati masih erat dalam tatacara kehidupan seharian. Demikian halnya dengan sambutan perayaan agama lain. Tidak ada soal racist di negeri ini. Inanam Street Christmas Festival seakan dijadikan acara tahunan di Pekan Inanam. Pelbagai acara diadakan termasuk persembahan-persembahan tarian, choirs, muzik dan macam-macam lagi. Tidak ketinggalan juga orang ramai berpeluang menikmati pelbagai makanan dan minuman yang dijual oleh para penggerai waktu itu.
Saya turut terlibat sebagai salah seorang penggerai pada malam tersebut. Jika tahun-tahun sebelumnya perayaan ini hanya diadakan selama satu malam sahaja tetapi, tahun ini waktu tersebut digandakan menjadi dua hari. Sebagai penggerai 'chipsmore, now you see now you don't' saya berusaha melakukan yang terbaik dengan slogan 'memberikan yang terbaik' kepada para pelanggan. Saya hanya menjual minuman green tea, bandung laici, air jagung, teh cincau dan juga burger. Terima kasih kepada semua orang awam yang telah membeli jualan saya sehingga jualan saya habis tepat pada waktunya.
Harapan saya agar program sebegini diteruskan kerana ia memberikan impak positif kepada ramai orang. Tambahan pula, Pekan Inanam turut menjadi tumpuan pelancong sejak terbinanya beberapa buah hotel di kawasan ini, ia tidak lagi hanya menjadi lokasi penduduk setempat tetapi juga, para pelancong dalam dan luar negara.
Jujur saya tidak mempunyai waktu untuk mengambil gambar sempena perayaan kali ini kerana terlalu sibuk dengan aktiviti gerai. Saya akui saya banyak ketinggalan dengan banyak persembahan-persembahan menarik dari atas pentas utama namun, tidak bermakna saya gagal menikmati malam tersebut dengan kegembiraan. Meski agak jauh dari pentas utama, saya masih sempat melihat beberapa persembahan.
bersama UN Sabah 2018 |
33 Ulasan
Meskipun penat, yang penting ada rasa bahagia disitu kan.
How to deal with markets ups and downs?