EVENT : KOTA KINABALU CHRISTMAS CELEBRATION

www.cla-travel.asia ~ Kota Kinabalu Christmas Celebration
KOTA KINABALU CHRISTMAS CELEBRATION
Perayaan Krismas peringkat Kota Kinabalu 2018 merupakan sambutan yang ke-14 kali pada tahun ini. Seingat saya, saya pernah terlibat dalam perayaan ini dan menjadi salah satu penari yang membuat persembahan diatas pentas diawal-awal perlaksanaan perayaan krismas ini.
KOTA KINABALU CHRISTMAS CELEBRATION
Kali ini, sambuatn Krismas peringkat Kota Kinabalu diadakan selama empat hari bermula pada 11 Disember dan berakhir pada 14 Disember 2018. Untuk dua taun atau tiga tahun berturut-turut Temasya Natal ini diadakan di Padang Merdeka Kota Kinabalu kerana kawasan yang lebih luas berbanding kawasan Lintasa Deasoka dimana, ia diadakan sebelumnya. 
KOTA KINABALU CHRISTMAS CELEBRATION

KOTA KINABALU CHRISTMAS CELEBRATION
Pelbagai acara menarik dapat dinikmati semasa acara temasya ini dijalankan. Ia terbahagi kepada kawasan gerai-gerai, photo booth dan juga pentas utama dimana persembahan-persembahan nyanyian dan tarian dipersembahkan. Kota Kinabalu merupakan ibu negeri yang juga merupakan bandaraya terkenal negeri dibawah bayu. Tidak hairanlah pengunjung yang hadir bukan hanya masyarakat setempat tetapi, dari seantareo dunia. Jelas dan nyata keharmonian dan kesejahteraan negeri Sabah khususnya dan negara Malaysia amnya masih terpelihara indah.
KOTA KINABALU CHRISTMAS CELEBRATION
KOTA KINABALU CHRISTMAS CELEBRATION
Gerai makanan jangan cakaplah, memang rambang mata memandang, susah nak pilih yang mana satu mahu dibeli. Saya sempat beli Penang Chicken rolls dan beberapa kuih-muih yang enak-enak. Kebanyakan harga adalah RM5 ke atas. Poskad percuma juga ada! hanya tulis alamat dan poskad tersebut akan dikirimkan oleh mereka kepada alamat yang diberikan. Goodies untuk anak-anak kecil juga ada diberikan.
KOTA KINABALU CHRISTMAS CELEBRATION
Selain itu, snow juga ada ! cuaca khatulistiwa ada salji ? ada ! tidak percaya datanglah ke Kota Kinabalu Christmas Celebration. Jangan datang sendirian, sebolehnya datanglah bersama keluarga atau kawan-kawan kerana  Natal adalah kasih, yakni, peringatan dan kenangan penuh syukur atas kelahiran Yesus Kristus, Sang Juruselamat. Perayaan  atas kelahiran dan kedatanganNya selalu menghangatkan dan menguatkan pengharapan umat manusia.

Selamat hari natal semua !

Catat Ulasan

24 Ulasan

Ezna Khalili berkata…
Kalau setiap kaum menjaga keharmonian, kita akan hidup di dalam negara yang harmoni, bersatu padu, saling menghormati diantara satu sama lain. Tak pernah lagi sampai Kota Kinabalu. One day pasti sampai.
precious cla berkata…
Hai Ezna, betul tu ! yang penting saling hormat-menghormati antara satu dengan yang lain. Tak payahlah nak racist sangat kan. Sikap racist menghancurkan keharmonian. Bangga jadi anak jati Malaysia ! :)
Suria Amanda berkata…
menarik la sambutan hari natal..SA suka tengok suasana meriah macam ni...selain gotong royong bekerjasama, dapat mengeratkan silaturrahim..sambutan perayaan macam ni mampu menarik perhatian orang ramai khususnya pelancong kan...hidup dalam suasana harmony sangat2 bagus
5 Little Angels berkata…
Looks like a great Christmas event happening soon. Hopefully more visitors will visit the event soon to enjoy the spirit of Christmas.
Sherry Go Sharing berkata…
such a wonderful place to visit. Been wanting to go Sabah but have not plan for any trip this year. Need to save money first before we can decide where to go, yeah family time is important. Yeah Christmas soon, there still time to shop for gifts
Abby Onety berkata…
Suka banget lihat keharmonisan seperti ini. Semoga bisa menjadi contoh buat yang lain bahwa saling menghormati antar sesama itu sangat baik bagi kehidupan bermasyarakat.
Mahamahu berkata…
Meriah gilerr krismas kat sana kita tak pernah lagi meraikan kat sana hehehe selalu kat KL ni jer. OK lah boleh jumpa santa tak sana hehehehe tapi seronok jadi rakyat Malaysia ni sebab semua perayaan kita sambut meriah...
Dakwat Pena berkata…
Wahhh seronok betul persiapan dan sambutan hari krismas disana...itu lah keindahan di malaysia...punya masyarakat majmuk hidup dalam keharmonian...pelbagai perayaan disambut bersama2....
AyuArjuna BiGoshh berkata…
Meriah walaupun dalam keadaan sederhana. Bagus bila rakyat malaysia hidup
Dlm keadaan harmoni dan sejahtera
JMR berkata…
Wah KK pun ada salji juga ye. Meriah sangat event tu nampaknya. Seronok melihat sambutan yang dihadiri oleh berbilang kaum ni. Merry Xmas!
dr-Life berkata…
Wahhhh u make me feel like going there now!! So nice and love the Christmas feel na...

Since I got no where to go then I should plan this trip.
Balqis Athirah berkata…
Seronok tengok ada persembahan macam-macam. Menarik. Nak juga poskad free..hehe tapi berbaloi la pergi sebab barang pun tak mahal sangat kan
Hanny Abdullh berkata…
Teringin juga nak merasa sambutan perayaan di sana, nak melihat bagaimana masyarakat di sana meraikan hari Natal, mesti best kan
Mouse Mommy Treats berkata…
Rindunya KK, sambutan hari Krismas selama 4 hari ya. Mesti happening kan! Selamat menyambut Hari Krismas dan Tahun Baru 2019! :)
Mouse Mommy Treats berkata…
Wah! Selamat menyambut Hari Krismas, meriahnya sambutan sebanyak 4 hari tu kat KK. Selamat menyambut Tahun Baru 2019 jugak!
CXopportunities berkata…
Menariknya! Cx tak pernah lagi ke kota kinabalu sabah negeri di bawah bayu. I hope one fine day, I can go there to join celebrating hari² perayaan pelbagai. Kk juga terkenal dgn view yang cantik² based on what I read on people's review. Cx suka jalan² event macam ni ntk food shaja hahah
saidila berkata…
bila ada festival2 memang benda pertama yang kita akan cari semestinya makanan2...sebab ada sesetengah makanan tu nampak keluar time ada perayaaan sahaja ...tak kurang juga dengan pelbagai aktiviti2 lain baik untuk dewasa dan kanak2....by the way Happy New Year to you
Wai Yee aka Rane berkata…
Merry Christmas in advance! Haven't been to KK yet. it seems so much fun there la. I wish to go with my family one day
Henry Tan berkata…
seems like a nice celebration there with all the christmas decoration!

How to deal with markets ups and downs?
Nadia Johari berkata…
meriah kalau ada event macam ni..warn warni dekorasi dia..suka lagi2 ambil gamabr..hehe..part makanna memang ditunggu..macam-macam makanan ada..hehee..selamat menyambut hari krismas
Emi berkata…
Wahhh, nampak meriah sambutannya. musim krismas macam ni memang kat mana2 pun meriah. besttt
Lia Hasty berkata…
Meriah ya sambutan perayaan krimas di Kota Kinabalu Sabah . Teringin nak merasa sendiri . Tak penah pijak lagi bumi sabah .Maybe 1 day akan ke sana .
länsëiköng berkata…
Terlepas peluang saya thn ni jln-jln cari dan peluk pokok krimas d sana dataran ni ..... hahaha
Wawa Ashihara berkata…
Wah KK pon sambut krismas.. Mesti meriah kan lat sana... Seronok tgk suasana dgn lampu2 liplap kt sne..