www.cla-travel.asia ~ Kota Kinabalu Christmas Celebration
Perayaan Krismas peringkat Kota Kinabalu 2018 merupakan sambutan yang ke-14 kali pada tahun ini. Seingat saya, saya pernah terlibat dalam perayaan ini dan menjadi salah satu penari yang membuat persembahan diatas pentas diawal-awal perlaksanaan perayaan krismas ini.
Kali ini, sambuatn Krismas peringkat Kota Kinabalu diadakan selama empat hari bermula pada 11 Disember dan berakhir pada 14 Disember 2018. Untuk dua taun atau tiga tahun berturut-turut Temasya Natal ini diadakan di Padang Merdeka Kota Kinabalu kerana kawasan yang lebih luas berbanding kawasan Lintasa Deasoka dimana, ia diadakan sebelumnya.
Pelbagai acara menarik dapat dinikmati semasa acara temasya ini dijalankan. Ia terbahagi kepada kawasan gerai-gerai, photo booth dan juga pentas utama dimana persembahan-persembahan nyanyian dan tarian dipersembahkan. Kota Kinabalu merupakan ibu negeri yang juga merupakan bandaraya terkenal negeri dibawah bayu. Tidak hairanlah pengunjung yang hadir bukan hanya masyarakat setempat tetapi, dari seantareo dunia. Jelas dan nyata keharmonian dan kesejahteraan negeri Sabah khususnya dan negara Malaysia amnya masih terpelihara indah.
Gerai makanan jangan cakaplah, memang rambang mata memandang, susah nak pilih yang mana satu mahu dibeli. Saya sempat beli Penang Chicken rolls dan beberapa kuih-muih yang enak-enak. Kebanyakan harga adalah RM5 ke atas. Poskad percuma juga ada! hanya tulis alamat dan poskad tersebut akan dikirimkan oleh mereka kepada alamat yang diberikan. Goodies untuk anak-anak kecil juga ada diberikan.
Selain itu, snow juga ada ! cuaca khatulistiwa ada salji ? ada ! tidak percaya datanglah ke Kota Kinabalu Christmas Celebration. Jangan datang sendirian, sebolehnya datanglah bersama keluarga atau kawan-kawan kerana Natal adalah kasih, yakni, peringatan dan kenangan penuh syukur atas kelahiran Yesus Kristus, Sang Juruselamat. Perayaan atas kelahiran dan kedatanganNya selalu menghangatkan dan menguatkan pengharapan umat manusia.
Selamat hari natal semua !
24 Ulasan
Dlm keadaan harmoni dan sejahtera
Since I got no where to go then I should plan this trip.
How to deal with markets ups and downs?