RANDOM : Keindahan SOSODIKON HILL, KUNDASANG SABAH

www.cla-travel.asia ~ Bukit Sosodikon, Kundasang
SOSODIKON HILL, KUNDASANG SABAH
Saya akui, ini adalah bukit paling mudah yang pernah saya daki. Hanya 20 minit atau kurang dan 'hiking' itu selesai.  Kami tiba di Kundasang masih awal pagi, matahari baru mulai tersenyum, menyentuh permukaan dunia, merengkuh jantung hatiku.
SOSODIKON HILL, KUNDASANG SABAH
SOSODIKON HILL, KUNDASANG SABAH
Oleh kerana perjalanan ini kurang mengundang lelah dan peluh, maka, saya menyempatkan menulis kata-kata  sambil sesekali disentuh gerimis alam. Menulis melalui memori lalu, cernaannya terlihat di sini.
SOSODIKON HILL, KUNDASANG SABAH
Menulis adalah untuk tidak berfikir tetapi, pergi mengalir bersama kata-kata, bersama udara. Kebanyakan orang terlalu banyak berfikir tentang tulisannya. Apa yang dia tulis dan kemana tulisan itu membawanya. Seharusnya, mungkin, tidak seperti itu. Mungkin tidak perlu terlalu banyak yang kita fikirkan. Mungkin kita harus keluarkan sebahagian beban fikiran kita dan mendakap dunia dengan tulus apa adanya. 
SOSODIKON HILL, KUNDASANG SABAH
Tulisan ini tidak akan formal, hanya bersahaja. Ini adalah 2019, sedikit beza cara mempersembahkan kata-kata. Bukit Sosodikon lebih mengundang inspirasi daripada lelah, lebih menciptakan kebahagiaan daripada membuang banyak tenaga seperti memanjat bukit-bukit yang lain. Sebenarnya bukan tentang lokasi semata tetapi, lebih kepada kebersamaan dalam menciptakan kebahagiaan. Kadang mendung membuat suhu udara turun dan padam diwajah. Namun, kaki-kaki roda terus naik dan turun mengikuti gelombang jalan. Diterbangkan awan dari satu koordinat ke koordinat lain. Hanya untuk menciptakan kenangan, menjadi sebuah peta dalam kalbu, sebuah geografi di dalam akal.
SOSODIKON HILL, KUNDASANG SABAHSOSODIKON HILL, KUNDASANG SABAH
Oleh kerana perjalanan ini terlalu mudah, bahkan anak kecil di bawah lima tahun juga mampu berjalan disini, maka, mungkin lokasi ini lebih sesuai menjadi lokasi fotografi. Ada waktu kabus menyelimuti kita seakan-akan kita hidup dalam dunia kapas dan fantasi.

Tulisan informasi tentang Sososikon Hill boleh di baca disini.

Catat Ulasan

27 Ulasan

Wawa Ashihara berkata…
Wahh.. Sambungin dr yg sososikon hill ke? Mmg nmpk best je sbb atas gunung..kalau kita ke sana pon mesti xpuas kan
precious cla berkata…
Hai Wawa, yup..sambungan kisah Sosodikon hill tapi versi santai pula hehee
Lily Shah berkata…
cantiknyer.. nak sangat experience tmpat ni.. to belum berkesempatan.. maybe lepas dah beranak la kot.. hehe
Fadzi Razak berkata…
Bestnye nampak ada kabus kabus tu. mesti sejuk kan. tu sampai duk peluk badan tu hahahha
Suria Amanda berkata…
Bestnyaaa...mesti sejuk kat kat atas tu..amboiii..kata-kata indah umpama penulis novel, umpama penyair..bawak sis ke sini please..mana tau elok terus sakit ni
precious cla berkata…
Hai Amanda, jom lah sis, saya dengan senang hati jadi tour guide sis hehe
Chris_Sella berkata…
Wahhh, kalau budak 5 tahun tu pun boleh naik, nanti boleh la bawa family datang hiking kat sini.
precious cla berkata…
Hi Chris-bella, ya sis.. bukit tu tidak tinggi pun tapi view memang awesome ! :D
Ezna Khalili berkata…
Tak pernah saya sampai ke sini. Indah sungguh bumi Kundasang ini. Cantik sungguh. Kalau ada kesempatan pasti saya dan keluarga ke sini.
SlumberLady berkata…
Belum pernah sampai Sabah. Nampak menarik Sosodikon Hill ni. Pastinya salah satu tempat kena pergi kalau sampai ke sana.
Lin Liena berkata…
wah sejuknyer..best giler ek sosodikon hill ni...nanti kalau ada rezeki nak kesini lahhh
Dakwat Pena berkata…
Seronoknya nerada di bumi kundasang!!...menarik tempatnya...moga satu ketika nanti kita semua dpt menjejak kaki disana...
Dakwat Pena berkata…
Seronoknya dpt travel ke sana....pemandangan yg cantik...moga satu ketika kita semua akan kesana juga
Huda Halid berkata…
Tak pernah dengar nama bukit di Kundasang. View cantik dan terasa segar yer udara kat sana. Wishlist nak ke Sabah belum kesampaian. Harap tahun 2019 ni adalah rezeki jejakkan kaki ke sana. InshaAllah
Mahamahu berkata…
Bestnya tak sampai pun sini masa kita pergi kundasang 2 tahun lepas hehehe mesti tempat baru buka ni tak apa next trip kita akan pergi sini nampak sangat sejuk dan menyeronokkan....
Mek Onie berkata…
Tak sabar mo ke Sabah bulan 2 ni, udah pasti kalau awan tak datang time kita atas tu mesti lagi cantikkan kalau nampak view dari atas tu. Akan ke Sabah buat yang kali kedua :D
Bonde Zaidalifah berkata…
Ini entri kedua sy singgah yang kongsikan tempat menarik di Sosodikon Hill ini... mesti sejuk dekat atas tu kan! nampak berkabus jer tu
Rawlins GLAM berkata…
Rawlins bukan sejenis yang suka hiking tapi view tu memang best. Berbaloi la naik - 20 minit sahaja pun kan. Dah la sejuk tu.
Cik Min berkata…
Cantiknyaaaa Kundasang. Teringin nak pergi sebab belum pernah lagi ke sana
Syafiera Yamin berkata…
wah dulu i pernah pergi kundangsang tak sempat singgah hill ni.. view cantik dan ssejuk je mata memandang.. rindunya tempat ni... kakak i dengan adik ipar i dulu tinggal dekat sini sebab mereka bekerja goverment, tapi masing masing dah pindah semenanjung dah :( jadi memang tak ke sana lagi unless husband plan to go for another visit.
Nina Mirza berkata…
Wahhh.. . Cantik nya view. Penuh ketenangan damai, nyaman. Terasa nak pegi sana bawak anak-anak tengok alam semulajadi. Makaseh share info yang bagus ni
precious cla berkata…
Hai Nina, sebenarnya kawasan Kundasang ada banyak tempat menarik tetapi, kurang dipromosikan. :)
Zharif Azis berkata…
Ya tuhan, nampak indah betul Sosodikon Hill nie. Pernah jugak sampai ke Kundasang tp x jumpa pulak tempat nie. Nampak sejuk betul ya. Mesti menggigil dibuatnya. Ala2 oversea gituee
Tekkaus berkata…
Hanya 20 minit saje? Agak mudah kan. Tapi bila lihat dekat pemandangan di atas...wow...betul-betul cantik. Udara pulak sangat nyaman. Saya nak pergi juga satu hari ni. :)
precious cla berkata…
Hi Tekkaus, yes ! hanya 20 minit atau kurang dari tu, view memang awesome dan udara dijamin segar dan sejuk hehe
JMR berkata…
Cantik pemandangan kat sini. Nampak lebih nyaman. Juga, cantik dan puitis gaya bahasa di artikel kali ini.
precious cla berkata…
haaa, sekali~sekala tu kita guna bahasa puitis biar terasa betapa indahnya dunia yang dimaksudkan ^^ haha