Weekend Getaways : Kg. Pahu, Tuaran

www.cla-travel.asia

Ubat paling mujarab untuk melampiaskan rasa lelah dari tugasan harian adalah menikmati hujung minggu dengan santai ditempat yang indah dan segar. Tahun 2019 saya sambut dengan mencabar diri bahawa, setiap sabtu atau hujung minggu harus merangkul alam sepuasnya. Mencium aroma alam tanpa, disempadani oleh konkrit dan fail-fail biru. Tanpa menerima arahan sang majikan kerana, saya berhak untuk menjadi kaya dengan aturan hidup saya sendiri. Kaya dengan kebebasan, kaya dengan kepuasan dan kebahagiaan.
Kg. Pahu, Tuaran

Kg. Pahu, Tuaran
Sabtu lalu, setelah hampir sekian lama tidak ke Kg. Pahu, saya dan keluarga akhirnya berjaya menikmati sejuknya aliran sungai di kampung itu. Orang kaya berhati metropolitan tidak mungkin cinta akan panorama yang saya sampaikan kerana, mereka lebih terpesona pada gahnya susunan bangunan dikota moden. Bagi penggemar alam, lokasi kali ini merupakan salah satu lokasi yang pasti anda impikan dan mahu melakukan eksplorasi. 

Kg. Pahu, TuaranKg. Pahu, Tuaran
Jika dahulu, kawasan ini mungkin terasa sangat jauh dan agak sukar dijangkau oleh kenderaan kecil tetapi, setelah menikmati banyak proses dan pertukaran pemerintahan demi pemerintahan, akhirnya ia mendapat ruang di poket kerajaan untuk dimajukan. Itu pun, setelah berkurun lamanya dan ramai penghuni kampung tersebut telah pergi tanpa pernah menghidu aroma kemajuan yang dijanjikan oleh pemerintah zaman itu. 

Kg. Pahu, Tuaran
Tulisan ini bukan mengkritik pemerintah yang lemah atau menjulang pemerintah yang mapan tetapi, sekadar mahu menyatakan bahawa akhirnya kampung ini telah menerima arus kemajuan kemudahan jalanraya. Mencelikkan mata ke masa hadapan, saya melihat kampung ini sangat berpotensi untuk dimajukan sebagai sebuah kawasan pelancongan. 
Kg. Pahu, Tuaran
Sebelum balik, saya sempat bergambar di pintu utama sekolah SK Pahu, Tuaran. Menurut nenek saya, tapak sekolah ini dahulu adalah tanah warisan mereka tetapi, terpaksa beralah kepada pihak kerajaan dan memberikan tanah tersebut untuk dijadikan sebagai tapak sekolah dibina.

Catat Ulasan

20 Ulasan

khai artzfar berkata…
wah! first time dengar pasal tempat ni! nanti kalau ke tuaran boleh la singgah. ehehe sabah always the best! tq sebab share
sheayang berkata…
Sabahhhhh. Macam2 tempat menarik kat sini. Mujur belum sampai je. Kalau nak travel ke Sabah sebulan pun belum tentu cukup. Hihihi. Best la dapat mandi air sungai yang bersih dan tidak tercemar.
Julia Mahir berkata…
Seronok nya mandi manda! Selalu dgr nama Tuaran tapi tak pernah sampai lagi. Apa lg best kalau nak pegi jalan-jalan kat Tuaran ya?
Chris_Sella berkata…
Tak pernah pun singgah di Tuaran, selalu limpas-limpas saja.hihihihihi macam best la pula
Suria Amanda berkata…
SA sukakan keindahan alam..tenang aje fikiran kalau dapat pergi sini..bestnya..sure air sungai tu sejuk dengan anak2 ikan berenang-renang kan...pemandangan pun cantik sangat kat sini
Mek Onie berkata…
Semoga Kg.Pahu ini terus membangun. Ohh di daerah Tamparuli ya. Bestnya dapat merasa deruan air sungai yang jernih ni. Inshaallah esok saya akan ke Sabah untuk kali kedua. Tak sabar. :D

p/s: Berkenaan tanah itu, memang sakit kadangkan, tapi semoga ahli keluargamu peroleh pahala. Sabar ya.
Mahamahu berkata…
Ye lah kita sekali sekala kena habiskan masa dengan alam semulajadi baru dapat seimbangkan dengan kemodenan kerja dan juga alam. Bila masa nak pergi sana kat sana masih banyak tempat tak sempat pergi lagi ni...
Hanny Abdullh berkata…
Inilah keindahan alam yang diimpikan oleh kami penduduk bandar. Bila dapat ke kawasan sebegini..aduhh tenangnya jiwa dan raga..kalau lah dapat selalu kekawasan begini..nikmatnya hidup..:)
Syamimi Saad berkata…
Bestnya. Betul tu cla. Hujung minggu kita berhak mendapat rehat. Luangkan masa dengan keluarga. Tolak tepi sekejap hal hal kerja.
Airah Syahirah berkata…
seronoknya ! dah lama rasanya tak mandi air terjun. tengoksusasana dia tenang je mesti best luangkan masa tenangkan fikiran dekat sini
JMR berkata…
Wah ingatkan laut dan pantai je cantik kat Sabah. Kawasan sungai yg boleh mandi-manda pun cantik-cantik juga rupanya. Peace & calm lagi..
Sunshine Kelly berkata…
Best kan. I also like to go outing and picnic with my friends and famaily on weekend like this.
mrsliez berkata…
Seronoknya dpt mandi sungai lepas hiking.. sesekali lepaskan keletihan bekerja setiap hari boleh release jugak..dh lama liez xmandi air sungai
Kayathre berkata…
Cantik nya. Boleh la saya pergi tuaran next time. Selalu pergi kota kinabalu je.
Sekali sekala mmg seronok berhibur dgn family menikmati alam fiona & flora.Kak dah lama xpg ke Sabah.
xulhlmi berkata…
Saya pernah pergi tempat ini. sungai nya sangat tenang dan bersih masa itu. Maybe kalau ada rezeki sa datang lagi sana.
Wai Yee aka Rane berkata…
wow, Kg. Pahu is so interesting place. I have not been there yet. plan to go with family one day
Faries berkata…
Belum pernah kesini tpi Sabah mmg banyak tempat2 cantik. Soon boleh masuk dlm wishlist. hehehe
Mawardi yunus berkata…
Kita Nak ke sabah la macam ni. Banyak twmpat x explore lagi ni kat sabah. Ok check list
Nadia Johari berkata…
Bestnya tempat dia.. Boleh mandi manda.. Banyaknya tempat best dekat sabah ni. .Bilalah dapat jejak ni