www.cla-travel.asia
Maybank MAE turut mendapat kepuasan dan keuntungan pada masa yang sama kerana, anda boleh bermain games dan dapat duit. Menarik bukan ? Oleh kerana, saya tidak mahu untung sendiri langkah-langkah berikut saya ajarkan kepada anda.
LANGKAH 1 : Muat turut aplikasi "MaybankMY" dan log masuk ke akaun Maybank anda.
Mungkin masih ramai yang tertanya-tanya apa itu aplikasi Maybank MAE ? MAE adalah singkatan untuk Maybank, Anytime, Everyone. Sebenarnya ia adalah teknologi baru dompet dalam telefon atau dompet digital ataupun e-wallet. MAE merupakan cabang perbankan masa kini oleh Maybank dan boleh diaktifkan dengan mudah.
Penggunaan MAE membantu pengguna mengasingkan wang simpanan dengan wang perbelanjaan harian. Deangan adanya MAE anda bebas dari menggunakan wang simpanan tetap anda. Pengguna MAE boleh melakukan pembayaran di lebih 20,000 peruncit seluruh negara yang menerima pembayaran menggunakan Maybank QRPay. Paling seronok, pengguna MAE boleh menerima wang daripada orang lain.
LANGKAH 2 : Klik pada pilihan [MAE] pada paparan tersebut.
LANGKAH 3 : Masukkan maklumat yang diminta : Email, kawasan tempat tinggal dan Kod jemputan (Kod : pan0426]
LANGKAH 4 : Kemudian tekan log out. [Aplikasi akan meminta anda tambah wang untuk pengaktifan tetapi, anda boleh skip atau abaikan saja arahan tersebut dan terus log out]
LANGKAH 5 : Log masuk semula ke akaun Maybank anda. Kemudian anda akan mendapati ada ikon (M) di bawah bahagian kanan dan klik ikon tersebut.
LANGKAH 6 : Anda akan melihat ikon permainan kecil di sudut bahagian kanan, klik ikon tersebut
LANGKAH 7 : Mulakan permainan (klik pada wang syiling dan elakkan klik bom dan kalau klik berlian dapat 5 saat tambahan)
LANGKAH 8 : Selepas tamat permainan, wang akan automatik masuk dalam akaun MAE anda. Seronok sungguh ! sambil main games, dapat duit percuma.
36 Ulasan
Heip. I main games lepas kerja je tau. Hahaha. nak my code tak?
semlama dalam tren duk tgk ada sorang mamat tu main.. tersenyum-senyum dia hihihi