www.cla-travel.asia ~ Bintulu, Sarawak
Sarawak merupakan negeri paling dekat dengan Sabah, dan suatu kemustahilan jika saya mengatakan belum pernah menjejakkan kaki ke bumi Kenyalang. Oleh kerana Air Asia sedang meriah dengan promosi 'gila-gila' mereka sejak awal tahun 2019, maka saya turut tidak melepaskan peluang tersebut.
Sarawak merupakan satu-satunya negeri yang paling banyak lapangan terbang di dalam Malaysia dan saya memilih Bintulu sebagai destinasi pertama dalam Sarawak yang mahu saya lawati. Meski kata orang, Bintulu itu tidak banyak yang boleh dibanggakan dari segi pelancongan. Tidak banyak tempat menarik. 'Tidak apa-apa, kita datang saja dulu', cantik atau tidak lokasi tersebut akan kita tahu setelah selesai trip.
Oleh kerana saya mempunyai pengalaman 'kosong' tentang Bintulu, saya mencari tahu beberapa info mengenai Bintulu. Saya berhubung dengan orang-orang yang saya percayai dan tahu lokasi-lokasi pelancongan dalam Malaysia iaitu, Encik Laili (HUGS Project-Helping Groups & Society) dan beliau telah memberikan saya nama seorang Sarawakian yang boleh saya hubungi dan bertanya tentang info kawasan Bintulu. Terima kasih Cik Azzel Azean kerana, banyak membantu dan memberikan maklumat tentang lokasi-lokasi yang boleh saya lawati dan hotel-hotel yang selamat.
Walau bagaimanapun, trip Bintulu tidak menjadi realiti dan sebenarnya, ini bukanlah trip pertama saya yang gagal. Tahun lalu, saya juga pernah membeli tiket Air Asia ke Cambodia. Akhirnya tidak menjadi. Syukur saja tiket kali ini tidaklah mahal. Boleh dikatakan, terkadang harga 'lunch' saya lebih mahal dari tiket ini. Kecewa ? tidak juga, kerana saya masih menikmati moments indah meski terbatalnya penerbangan tersebut. Lagi pula, hari esok masih ada dan Bintulu juga akan sentiasa ada. Hanya menunggu waktu yang tepat untuk saya kembali merancang perjalanan ke Bintulu, Sarawak.
Tulisan ini khusus untuk berterima kasih kepada individu-individu yang telah membantu saya memberikan info penting tentang trip ke Bintulu, Sarawak.
Mungkin ada yang bertanya berapa harga tiket ke Bintulu ? ketika saya membeli tiket tersebut hanyalah MYR 118.24 untuk tiga orang, penerbangan Kota Kinabalu-Bintulu-Kota Kinabalu. Oleh kerana, kami tidak menaiki kapal terbang tersebut maka, service Tax sebanyak MYR44 boleh dituntut daripada Air Asia dalam tempoh enam bulan. Murah ? memang murah. Terima kasih Air Asia kerana benar-benar menepati slogan 'Now everyone can fly' .
Bintulu, jumpa nanti !
20 Ulasan
Thanks for sharing. Nanti nak ke sana, boleh refer sini. Hehehe