www.cla-travel.asia
''Percutian ke Vietnam tidak lengkap tanpa ke Halong Bay''
Halong Bay merupakan tapak warisan dunia UNESCO dengan jumlah 1,969 pulau batu kapur yang unik dan menarik. Tidak hanya itu, pada tahun 2012 Halong Bay turut diiktiraf sebagai salah satu dari 7 keajaiban dunia versi New 7 Wonders Foundation. Halong Bay terletak dalam wilayah Quang Ninh, Vietnam utara, 160 KM Barat laut Hanoi berhampiran dengan sempadan China.
Tulisan ini akan mengupas informasi samada percutian ini boleh dilakukan secara tour agent atau solo backpacker . Sebenarnya anda boleh melakukan ke dua-dua cara. Untuk tulisan ini, ia adalah melalui tour agent, lebih rapi, santai, bergaya dan terjaga. Halong Bay cruise boleh dilakukan secara day trip tour atau pun 2h1d Halong Bay cruise.
Day Trip Tour - Perjalanan ke Halong Bay, Vietnam
Penginapan sepanjang berada di Vietnam adalah di Luminious Viet Hotel, Old Quarter Hanoi. Untuk ke Halong Bay kami bergerak sekitar jam 7 pagi dan perjalanan adalah sekitar 3 jam setengah. Perjalanan agak jauh tetapi, bukankah jauh perjalanan luas pemandangan ? lagi pula, jarak yang jauh tidak akan terasa ketika kita sampai ke Halong Bay. Saya tidak mempunyai masalah dengan jauhnya perjalanan, asal di hujung perjalanan ada sesuatu yang indah menanti. Oleh kerana mengikut tour agent dan berpakej kami, digabungkan dengan para pelancong dan traveler lain dalam bas dan feri tersebut. Kebanyakan pelancong dan traveler adalah American dan selebihnya adalah Malaysian (itu adalah kami), Indonesian dan Korean. Hal tersebut merupakan sebahagian dari rencah percutian yang saya suka.
Kita tidak sekadar cruising menikmati dandanan alam semata tetapi, berhenti di beberapa pulau batu kapur untuk melakukan aktiviti santai sambil menghargai betapa indahnya karya ciptaan Tuhan di bumi Vietnam. Setibanya kami di Halong Bay kami dihidangkan dengan makanan tengahari yang enak-enak. Ini merupakan impian saya yang akhirnya terlaksana di bumi Vietnam dan ditempat terindah pula. Makan tengahari didalam feri sambil melihat burung-burung berterbangan bebas di permukaan air yang jernih bak kristal.
Setiap kami diberikan kebebasan memilih samada mahu berkayak atau mengayuh rakit bambu. Jika berkayak, maknanya anda harus melakukan aktiviti sendirian atau berdua dengan pasangan. Jika berakit, maknanya ia dilakukan secara berkumpulan (sehingga 10 orang) dan sosialisasi sambil berkenalan dengan traveler/pelancong lain lebih tinggi. Kami memilih rakit bambu ! lebih bersifat persahabatan dan meriah. Saling membantu mengetik kamera dan bertukar senyum dan; kenangan pun akan lebih mewah berbanding berkayak sendirian. Walaupun begitu, aktiviti berkayak turut mempunyai keistimewaan tersendiri. Mendayung rakit menyusur gua cukup membuat saya teruja apatah lagi, seperahu dengan para pelancong dari luar negara yang lain. Selepas memasuki gerbang gua, kami sampai kepada satu lokasi habitat monyet-monyet.
Setelah selesai bermain rakit/berkayak, kami kembali semula ke feri untuk menuju ke sebuah pulau batu kapur lain iaitu, Ti Top Island. Nama Ti Top berasal dari nama Astronot Rusia dan pahlawan Uni Soviet yang bernama Gherman Stepanovic Titov. Nama ini diberikan ketika Presiden Vietnam dan Titov mengunjungi pulau ini pada 22 November 1962. Semasa penjajahan Perancis pulau ini disebut sebagai Pulau Cat Nang.
Atmosfera pulau Ti Top adalah sangat santai dan tenang. Untuk melihat pemandangan Halong Bay dari tempat tinggi, anda boleh mencuba melakukan hiking hingga ke puncak bukit tersebut. Pemandangan dari atas bukit Ti Top adalah sangat indah dan tidak hairanlah, pulau Ti Top menjadi antara destinasi paling terkenal dan digemari oleh ramai pelancong dalam dan luar negara. Meski pulau ini agak kecil tetapi, ia mempunyai pantai yang bersih dan terjaga. Hamparan pasir-pasir membuatkan anda ingin berbaring diatasnya sambil disinari sang mentari dari celah-celah pulau-pulau batu kapur yang terdapat di Halong Bay.
Aktiviti-Aktiviti Di Halong Bay

Berkayak dan Berakit menyusur gua

Hiking di Ti Top Island

Menjelajah Gua Hang Sung Sot
Gua ini terletak di Bo Hon island dan merupakan gua terbesar di Halong Bay. Sebelum sampai ke Halong Bay saya sempat berimaginasi, jika tiba-tiba terjadi kes seperti tragedi gua Thailand 2018 maka, habislah kami ! Kami harus menaiki anak tangga sepanjang beberapa ratus meter untuk mencapai pintu gua Hang Sung Sot.
Hang Sung Sot merupakan gua stalagmit dan stalaktit dengan pelbagai bentuk yang menarik. Apabila melangkah masuk ke dalam gua ini, perasaan kagum terbit dalam secara tulus dari dalam sanubari. Betapa indah dan uniknya gua tersebut dengan kepelbagaian bentuk dan saiz stalagmit dan stalakit yang ada. Cahaya lampu berwarna samar-samar menambahkan pesona Hang Sung Sot dan setiap pengunjung harus berjalan mengikut lorong-lorong yang sudah disediakan. Hang Sung Sot mempunyai dua ruangan besar dan berjalan secara berkumpulan merupakan hal penting dan wajib. Gua ini sangat luas dan jika tidak mengikuti lorong atau tali yang sudah disediakan, anda boleh sesat.
Nantikan kisah seterusnya dari kami. 'Cam on, Vietnam'
16 Ulasan