JUARA TUGU BUDAYA 2019 : SKK ST Agnes (STADANSA) Mengulangi Kejuaraan 2017

www.cla-travel.asia

Ini adalah sebuah kisah manis dunia sekolah yang membanggakan.
JUARA TUGU BUDAYA 2019 : SKK ST Agnes (STADANSA)
Ada nyawa dan jiwa dalam setiap lenggok tarian yang dipersembahkan. Jika bukan kerana mereka, ''ia' sudah layu dibunuh oleh kemalasan pertiwi. Terima kasih kerana selalu menghidupkan budaya etnik kita, memartabatkan budaya negeri Sabah di persada antarabangsa.

St. Agnes Kota Kinabalu, sebuah sekolah kluster kecemerlangan dengan gah mengangkat nama 'Stadansa' muncul sebagai juara keseluruhan Tugu Budaya Etnik ke-10 2019 mengalahkan 10 buah sekolah rendah yang lain di seluruh Malaysia. Oleh kerana ia adalah pertandingan maka, yang terbaik dari yang terbaik harus dipilih untuk dinobatkan sebagai juara.

JUARA TUGU BUDAYA 2019 : SKK ST Agnes (STADANSA)
Juri tentu saja mereka yang berprestij dan terdiri daripada individu profesional dan tidak hanya berpengalaman dalam bidang seni tari tetapi, memahami sejarah etnik budaya dan tradisi negeri Sabah. Setiap tarian etnik di negeri Sabah mempunyai nilai sejarah yang tinggi, Biasanya tarian-tarian ini diadaptasikan dari lingkungan dan cerita tempat tumbuhnya tarian tersebut. Oleh kerana, tarian tersebut diadaptasi dari lingkungan atau daerah wujudnya tarian tersebut maka, setiap tarian mempunyai karakter tersendiri, unik dan asli. Istimewanya, tarian etnik dan tradisi negeri Sabah sangat luas, bervariasi serta kaya dengan nilai estetika.

Jujur saja, sebagai seorang penonton Tugu Budaya 2019, saya kagum dengan kehebatan semua peserta dari pelbagai sekolah dan kelab tarian yang layak ke peringkat akhir. Untuk sampai ke peringkat akhir bukanlah hal yang mudah, peluh dan airmata terkadang bergabung menjadi satu, banyak masa terpaksa dikorbankan, tidur petang dibatalkan oleh anak-anak murid, belum lagi harus menerima leteran-leteran sang jurulatih. Saya juga sangat memahami bahawa tugas seorang jurulatih bukanlah hal yang remeh, justeru dibahunya ada banyak tugas yang harus beliau pikul. Untuk semua peserta dan jurulatih peringkat akhir Tugu Budaya Etnik 2019, diucapkan tahniah. Anda sudah mengangkat etnik budaya negeri Sabah selangkah lebih jauh dari sebelumnya.

Saya terpesona kepada tarian Molbog dan Sambitan oleh Stadansa (SKK St. Agnes). Gerak tari tersusun rapi, ayu, lembut dan penuh kesopanan. Menonjolkan betapa indahnya budaya yang kita ada. Mungkin ramai dari kita belum tahu apa itu Sambitan dan dari mana asalnya tarian Molbog. Saya juga tidak pernah tahu akan sejarahnya tetapi, koreografer terhebat milik Stadansa berjaya menonjolkan sejarahnya dalam persembahan tarian.

TAJUK TARIAN : SAMBITAN
JUARA TUGU BUDAYA 2019 : SKK ST Agnes (STADANSA)

Koreografi ini mengadaptasikan kisah lagenda perjalanan seni seorang wanita bernama Pandian yang amat dikenali oleh masyarakat irranun di Kampung Rampaian Laut Daerah Kota Belud. Ia terkenal dalam menghasilkan kerja-kerja tangan terutamanya kain tenunan sambitan. Pandian dapat menghasilkan kain tenunan sambitan yang indah dan tinggi nilainya melalui ketelitian, kesabaran dan ketajaman daya kreativitinya yang amat tinggi. Kesungguhannya jiwanya memperjuangkan warisan tenunan ini agar dapat diwarisi oleh generasi akan datang dan memastikan seni warisan ini menjadi kebanggaan dan terus berkembang maju. Berasaskan tarian tradisi sumaranun kaum irranun, koreografi ini diolah dan dikreatifkan mengikut perkembangan masa kini.

TAJUK TARIAN : ALAI MOLBOG

Tarian tradisi ini merupakan tarian bagi etnik Molbog yang menetap di Kampung Maliyu dan Kampung Dumaran Pulau Banggi, Kudat. Lazimnya tarian tradisi ini ditarikan di majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, majlis kesyukuran dan upacara menyambut tetamu pada acara keramaian tertentu.

JUARA TUGU BUDAYA 2019 : SKK ST Agnes (STADANSA)

Hasil usaha di antara koreografer, guru-guru dan penari Stadansa, segala penat lelah terhapus apabila Stadansa diumumkan sebagai juara keseluruhan dan merangkul 'Anugerah Kementerian Kebudayaan Alam Sekitar Negeri Sabah bahagian sekolah rendah 2019' selain, turut memenangi 'Anugerah Tarian Kreatif  Tradisi terbaik' , 'Anugerah undian terbanyak Media Sosial' dan juga, 'Anugerah Koreografi Terbaik'. 

Stadansa turut membanggakan negara Malaysia dengan mengutip beberapa pingat dari pertandingan berprestij dunia iaitu; World Dance Cup, Braga Portugal yang baru-baru diadakan beberapa hari sebelum meneruskan saingan di Tugu Budaya 2019 'International Youth Folk Dance' dan ternyata, ketangkasan, kekreatifan dan semangat Stadansa membuahkan hasil yang sangat manis. Tahniah !


Kredit gambar : Mr Jeffren Malaning

Catat Ulasan

22 Ulasan

Dunia Mommy Comel berkata…
alahaii cutenya tgk anak2 gadik kecil molek ni menari. last time experienced tgk bdk2 mmenari tarian melayu kat retro Klang. sumpah sgt ayu n lembut lenggokan dorg..
Hanny Abdullh berkata…
Bagus tarian kebudayaan dan tradisi kita ini diketengahkan dan diperkenalkan di sekolah2 moga tidak hilang dek zaman. Zaman-zaman sekolah sis dulu pun memang sis aktif join kebudayaan cam gini, harap diteruskan acara2 kebudayaan sebegini dan menggalakkan anak2 turut serta, jangan asyik nak kpop je..hehehe
Hasif Hamsyari berkata…
Wahhh tahniah, Stadansa! Ada video tak? Teringin tengok tarian mereka. Mesti lemah-gemalai je kan. Bagusnya ada pertandingan macam ni dan harap-harap akan terus dilestarikan. Iyalah, inilah platform generasi muda untuk menghargai seni tradisional sambil bersaing secara sihat kan. :D
athirahassin berkata…
Rindu nya zaman sekolah sbb masa sekolah dulu sy pnah juga terlibat dalam trian tradisional ni. Sy join zapin wakil sekolah. Aura lain sgt bila involve benda mcm ni.
adianiez AIDA berkata…
Terbaik. Ini sgy bagus sebab ia bawa budaya kita ke tgh. Anak2 menarikannya. Ia bakal diturunkan ke generasi akan dtg.
Tarian tradisional ni mostly ada legend nyer, cerita nyer,sejarah nyer... Ia x lahir saje2. Pasti ada sebab nya.
saidila berkata…
suka tengok sebab comel2 dan skil menari diorang memang terbaik ...dulu suka gak menari laa ni suh menari kayu habis dah semua ...apapun tahniah buta mereka semua
Ahmadi berkata…
Bila tengok tajuk ingatkan sama nama je rupanya betul budak2 kk. Terbaiklah anak2 Sabah :) korang juga la yang paling mantul dan teruskan memartabatkan seni budaya negeri kita bha :)
AyuArjuna BiGoshh berkata…
mesti best bila dapat tengok sendiri persembahan kebudayaan macam ni...hidupkan kembali tarian tradisi yang satu masa dulu ianya cukup popular
Admin berkata…
Wow.. Tahniah.. Sangat baik dan berbakat dengan ketengahkan bakat2 yang ada dlm tarian tradisional ni. Satu pencapaian yang membanggakan..
apekinahdotcom berkata…
Bagusnya... Tarian seperti ni la perlu dikekalkan dan diperkenalkan kepada anak-anak zaman sekarang. Supaya tak hilang dek pembangunan yang kian rancak membangun ni.
mrsliez berkata…
Tahniah pada yang juara.. 1st time tahu ada pertandingan tugu budaya.bagus sbb memartabatkan tarian budaya negeri dan sekali gus boleh diketengahkan pada dunia.
Nadia Johari berkata…
bestnya dapat tengok tarian macam ni..nad suka tengok..dulu berangan nak belajr menari macam ni..hahaa..tapi bukan sennag ye nak beljr lenggok tu..tahniah kepada juara..juri pun mesti pening nak pilih..hee
budakbandunglaici berkata…
seronok tengok show anak-anak ni. mak ayah mesti bangga anak dorang aktif bab kokurikulum. tahniah kepada juara, lepas ni lagi bersemangat nak join pertandingan kan. well done semua pelajar & guru terlibat
Lia Hasty berkata…
Tahniah sekolah St Agnes KOta Kinabalu atas kemenangan. Bagusnya dari kecil dah diterapkan dengan adat & budaya tarian. Atleast budaya tak hilang sampai bila2 kan.
Alia Farhan berkata…
Come bila tgk Budak2 menarik an.. Cute ja nengok nya... Tahniah sek St Agnes KK atas kejayaan 😘😘😘
Faries berkata…
Asyikkk bangat bile lihatin anak2 kecik yang berbakat membuat persembahan. Tahniah anak2 semua. Moga terus sukses ya
Nina Mirza berkata…
Tahniah sekolah St Agnes Kota Kinabalu diatas kemenangan! Teringat zaman sekolah, seronok menari ni. Bagusnya ada pertandingan sebegini. Mengekalkan budaya
Kekanda Hawa berkata…
comey2 la hai... berbakat plak tu.. kalau kita di suruh menari hmm keras kat situ la... moga adik2 ni makin maju... makin sukses...tahniah
Mia Kassim berkata…
Tahniah !
Aliza Sara berkata…
Baca baca mi teringat zaman menari dulu. Masa muda muda mmg menari tarian traditional and bagus la kalau huat pertandingan mcm ni. Boleh bagi semangat untuk generasi muda untuk memahami kepentingan budaya kita
länsëiköng berkata…
Nice .......
Suka tgk bdk2 mencari di pentas mmg cute giler tgk semua Comel2 bkn sng nk mencari tau..? Lebih2 lg klu byk tarian yg hendak diingat