www.cla-travel.asia
Ini adalah sebuah kisah manis dunia sekolah yang membanggakan.
Ada nyawa dan jiwa dalam setiap lenggok tarian yang dipersembahkan. Jika bukan kerana mereka, ''ia' sudah layu dibunuh oleh kemalasan pertiwi. Terima kasih kerana selalu menghidupkan budaya etnik kita, memartabatkan budaya negeri Sabah di persada antarabangsa.
St. Agnes Kota Kinabalu, sebuah sekolah kluster kecemerlangan dengan gah mengangkat nama 'Stadansa' muncul sebagai juara keseluruhan Tugu Budaya Etnik ke-10 2019 mengalahkan 10 buah sekolah rendah yang lain di seluruh Malaysia. Oleh kerana ia adalah pertandingan maka, yang terbaik dari yang terbaik harus dipilih untuk dinobatkan sebagai juara.
Juri tentu saja mereka yang berprestij dan terdiri daripada individu profesional dan tidak hanya berpengalaman dalam bidang seni tari tetapi, memahami sejarah etnik budaya dan tradisi negeri Sabah. Setiap tarian etnik di negeri Sabah mempunyai nilai sejarah yang tinggi, Biasanya tarian-tarian ini diadaptasikan dari lingkungan dan cerita tempat tumbuhnya tarian tersebut. Oleh kerana, tarian tersebut diadaptasi dari lingkungan atau daerah wujudnya tarian tersebut maka, setiap tarian mempunyai karakter tersendiri, unik dan asli. Istimewanya, tarian etnik dan tradisi negeri Sabah sangat luas, bervariasi serta kaya dengan nilai estetika.
Jujur saja, sebagai seorang penonton Tugu Budaya 2019, saya kagum dengan kehebatan semua peserta dari pelbagai sekolah dan kelab tarian yang layak ke peringkat akhir. Untuk sampai ke peringkat akhir bukanlah hal yang mudah, peluh dan airmata terkadang bergabung menjadi satu, banyak masa terpaksa dikorbankan, tidur petang dibatalkan oleh anak-anak murid, belum lagi harus menerima leteran-leteran sang jurulatih. Saya juga sangat memahami bahawa tugas seorang jurulatih bukanlah hal yang remeh, justeru dibahunya ada banyak tugas yang harus beliau pikul. Untuk semua peserta dan jurulatih peringkat akhir Tugu Budaya Etnik 2019, diucapkan tahniah. Anda sudah mengangkat etnik budaya negeri Sabah selangkah lebih jauh dari sebelumnya.
Saya terpesona kepada tarian Molbog dan Sambitan oleh Stadansa (SKK St. Agnes). Gerak tari tersusun rapi, ayu, lembut dan penuh kesopanan. Menonjolkan betapa indahnya budaya yang kita ada. Mungkin ramai dari kita belum tahu apa itu Sambitan dan dari mana asalnya tarian Molbog. Saya juga tidak pernah tahu akan sejarahnya tetapi, koreografer terhebat milik Stadansa berjaya menonjolkan sejarahnya dalam persembahan tarian.
Koreografi ini mengadaptasikan kisah lagenda perjalanan seni seorang wanita bernama Pandian yang amat dikenali oleh masyarakat irranun di Kampung Rampaian Laut Daerah Kota Belud. Ia terkenal dalam menghasilkan kerja-kerja tangan terutamanya kain tenunan sambitan. Pandian dapat menghasilkan kain tenunan sambitan yang indah dan tinggi nilainya melalui ketelitian, kesabaran dan ketajaman daya kreativitinya yang amat tinggi. Kesungguhannya jiwanya memperjuangkan warisan tenunan ini agar dapat diwarisi oleh generasi akan datang dan memastikan seni warisan ini menjadi kebanggaan dan terus berkembang maju. Berasaskan tarian tradisi sumaranun kaum irranun, koreografi ini diolah dan dikreatifkan mengikut perkembangan masa kini.
Tarian tradisi ini merupakan tarian bagi etnik Molbog yang menetap di Kampung Maliyu dan Kampung Dumaran Pulau Banggi, Kudat. Lazimnya tarian tradisi ini ditarikan di majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, majlis kesyukuran dan upacara menyambut tetamu pada acara keramaian tertentu.
Hasil usaha di antara koreografer, guru-guru dan penari Stadansa, segala penat lelah terhapus apabila Stadansa diumumkan sebagai juara keseluruhan dan merangkul 'Anugerah Kementerian Kebudayaan Alam Sekitar Negeri Sabah bahagian sekolah rendah 2019' selain, turut memenangi 'Anugerah Tarian Kreatif Tradisi terbaik' , 'Anugerah undian terbanyak Media Sosial' dan juga, 'Anugerah Koreografi Terbaik'.
Stadansa turut membanggakan negara Malaysia dengan mengutip beberapa pingat dari pertandingan berprestij dunia iaitu; World Dance Cup, Braga Portugal yang baru-baru diadakan beberapa hari sebelum meneruskan saingan di Tugu Budaya 2019 'International Youth Folk Dance' dan ternyata, ketangkasan, kekreatifan dan semangat Stadansa membuahkan hasil yang sangat manis. Tahniah !
Kredit gambar : Mr Jeffren Malaning

TAJUK TARIAN : SAMBITAN

TAJUK TARIAN : ALAI MOLBOG

22 Ulasan
Tarian tradisional ni mostly ada legend nyer, cerita nyer,sejarah nyer... Ia x lahir saje2. Pasti ada sebab nya.