www.cla-travel.asia : PASAR SERIKIN, SARAWAK
I come for the experiences and not the things to buy. Driving till the end of Sarawak border, and you would come to this Serikin Market where you see stalls selling goods from the other of our border, Kalimantan of Indonesia. Clothes, handicraft, and foods are abundant ! what else ? datanglah sendiri.
Pasar Serikin merupakan pasar hujung minggu yang sangat terkenal di kalangan penggemar barang-barang murah. Ia terletak di Bandar Bau, Sarawak dan untuk sampai ke Serikin dari bandar utama Kuching adalah lebih kurang satu jam setengah. Oleh kerana pasar ini merupakan sempadan antara Sarawak dan Indonesia maka, tidak hairanlah para penjual dan pembeli terdiri daripada penduduk Indonesia dan Malaysia.
Paling menarik, pasar ini terkenal dengan sistem 'runding sampai dapat' atau 'tawar sampai puas hati' dan ketika saya tiba, tempat ini sudah mulai dibanjiri oleh orang ramai. Hangat mentari membatalkan niat saya untuk berjalan hingga ke hujung pasar. Lagi pula, saya tidak mempunyai tujuan nyata untuk membeli-belah selain, datang untuk melihat Pasar Serikin itu seperti apa ? Pasar Serikin itu seindah apa atau semeriah apa ? Saya cepat lelah ditengah kesibukan manusia yang ramai. Saya berhenti ketika yang lain masih sibuk tawar-menawar.
Apa yang anda perlu lakukan ketika berada di Pasar Serikin ?
Pastikan memakai pakaian yang sesuai
Oleh kerana pasar Serikin adalah luas dan terletak di atas jalan raya, seeloknya anda memakai kasut atau selipar yang selesa. Ia juga merupakan kawasan terbuka dan suasana sangat panas. Pakai topi atau payung bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
Sediakan Duit Secukupnya
Ini paling penting ! tujuan ke sini untuk shopping jadi, tiada maknanya ke sini kalau tidak membawa duit banyak-banyak kecuali, mahu seperti saya sekadar jalan-jalan cuci mata. Boleh guna duit Rupiah dan Ringgit Malaysia. Harga barang-barang adalah sangat berpatutan dan kebanyakan barang-barang yang di jual berasal dari dua negara iaitu; Indonesia dan Malaysia.
Jangan Lupa Beli Bagasi MAS/AirAsia
Hal paling saya benci adalah ketika packing atau membawa bagasi besar dan beratur menunggu bagasi. Saya lebih suka bag kompak saya kerana, saya tidak suka shopping. Peringatan untuk anda, sila beli bagasi tambahan khas untuk barang shopping anda. Mustahil ke Pasar Serikin dengan hanya membeli tiga item. Paling kurang 10 benda kena ada dalam tangan. haha

- Alamat : Serikin, 94000 Bau, Sarawak.
- Waktu Operasi : Sabtu (6:00a.m – 6:00 p.m), Ahad (6:00 a.m- 12:00 p.m
18 Ulasan
Once ke sarawak, x sempat.
Seronok nya. Shopping!
My kakak went there, bought tikar sarawak & few decorations.