Hari ini saya akan kongsikan bagaimana cara-cara untuk mengakses atau
pun bagaimana untuk download aplikasi The Asian Parent App (TAP). Satu
aplikasi yang sangat penting dan berguna buat para ibu bapa atau bakal
ibu bapa.
CARA
DOWNLOAD THE ASIAN PARENT APP (TAP)
MASUK KE APPS STORE ATAU GOOGLE PLAYSTORE
Kalau nak install apa-apa dalam smartphone kita kenalah pergi ke Apps Store/Google Playstore terlebih dahulu.
TAIP 'THE ASIAN PARENT'
Tekan butang search di sebelah kanan dan taip The Asian Parent. Selepas carian tersebut akan muncul beberapa pilihan dengan nama yang sama. Oleh itu, jangan tergesa-gesa unutk klik, baca langkah seterusnya.
CARI LOGO HATI
Logo
seperti di atas ini adalah logo rasmi bagi The Asian Parent apps (berbentuk
hati yang warnanya sebelah biru dan sebelah lagi merah). Jangan salah install
yang lain pula. Salah install, maknanya anda tidak akan dapat faedah yang saya
dah jelaskan sebentar tadi.
DOWNLOAD SECARA PERCUMA
Aplikasi The Asian Parent adalah percuma untuk dimuat turun / install. Tiada sebarang caj / bayaran yang dikenakan. Andai anda dikenakan bayaran, itu bukanlah TAP Apps yang tepat.
DAFTAR MASUK MENGGUNAKAN AKAUN FACEBOOK ATAU GOOGLE
Semua langkah sudah siap diikuti, sekarang anda boleh mendaftar dengan TAP apps. Cara pendaftaran ada tiga cara. Pertama anda boleh menggunakan Facebook atau anda boleh gunakan akaun Google. Atau kalau anda tidak mahu gunakan kedua-dua cara tersebut, anda boleh sahaja daftarkan emel lain sebagai log pengguna untuk TAP apps in.
APA YANG MENARIK DALAM TAP ?
Dalam TAP anda akan disajikan dengan banyak faedah selain dapat bertukar pendapat dengan pengguna TAP yang lain.
Sudut Gambar
Bagi saya sudut ini merupakan sudut paling digemari oleh members TAP kerana, selain dapat melihat gambar orang lain, anda juga boleh upload gambar anak-anak anda atau gambar hasil scan kandungan anda bagi memberi insipirasi kepada para ibu-ibu yang baru atau sekadar berkongsi gambar sesama ibu.
Sudut feed
Ia lebih kurang seperti feed social media yang lain dan membolehkan anda untuk ajukan soalan, pendapat atau post gambar-gambar dan poll untuk berinteraksi dengan semua members TAP dalam Apps ini. Jadi, setiap soalan yang anda ajukan pasti akan dibaca dan dijawab oleh member lain.
Sudut topik
untuk perbincangan para ibu
Ruangan ini dikhususkan untuk ruangan perbincangan isu-siu tertentu. Ruangan ini dibahagikan kepada beberapa pecahan kecil seperti bahagian preschooler, just moms, bigger kids, just dad, toddler dan sebagainya. Ia dipecahkan kepada beberapa bahagian kecil bagi memudahkan perbincangan setiap isu dilakukan secara spesifik dan tidak bercampur-baur.
Sudut artikel yang berkaitan
Ruangan ini diwujudkan bagi memberikan info yang tepat kepada para ibu muda atau bakal ibu. Setiap artikel yang dimuat-naik adalah artikel yang telah ditapis oleh TAP Apps. Setiap artikel adalah bermutu tinggi dan banyak membantu memberikan ilmu tepat kepada para wanita yang bakal dan telah bergelar ibu.
Sudut media untuk kanak-kanak
Ruangan ini khas untuk tontonan kanak-kanak dan perlu berasa was-was kerana, video-video yang diupload adalah selamat dan sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak. Tanpa perlu pengawasan pun, kita tahu bahawa kanak-kanak tidak akan terpesong kerana semua video adalah dijamin bermutu dan sesuai peringkat umur kanak-kanak sahaja.
Sudut untuk para ibu mengandung
Apps ini sudah saya nyatakan bahawa ia bukanlah Apps sekadar suka-suka tetapi, mempunyai banyak kebaikan. Ruangan ini akan membantu para ibu hamil memantau kandungan mereka selain, dapat berhubung dengan para ibu hamil yang lain untuk perbincangan atau sekadar bertukar info.
The Asian Parent App
Website The Asian Parent
@TheAsianParent
Like and follow FB The Asian
Parent Page
@TheAsianParentMY
Follow IG The Asian Parent MY
@theasianparent_my
9 Ulasan